Kencing Kotor Jenis Gejala Punca Dan 6 Cara Mudah Untuk Merawatnya


Adakah anda selalu rasa sakit semasa membuang air kecil? ataupun kencing anda adalah keruh, coklat ataupun berdarah? ataupun anda perlu pergi ke tandas berulang kali? Jika jawapan anda. Ya, kepada ketiga-tiga soalan tadi, ada kemungkinan besar jangkitan saluran kencing ataupun dikenali kencing kotor.
Jika anda selalu ada masalah ini. Sila ikuti artikel ini sampai habis! Admin akan share satu persatu cara apa yang dapat membantu anda .
Kecilkan Risiko, Jaga Kebersihan : Lawan Masalah Kencing Kotor! Kencing Kotor : Jenis, Gejala, Punca dan 6 Cara Mudah untuk Merawatnya 10 Apakah itu Kencing Kotor? Kencing kotor ataupun dikenali sebagai jangkitan saluran kencing, jangkitan saluran kencing (Urinary Tract Infection) adalah jangkitan oleh microorganisma (kuman) pada sistem urinary. Perkara ini berlaku disebabkan oleh bakteria E.coli (Escherichia coli). Kebiasaannya bakteria jenis ini terdapat didalam usus. Selain itu, beberapa jenis bakteria lain seperti Klebsiella, Proteus, atau Staphylococcus.
Umum ketahui bahawa Wanita lebih cenderung untuk mengalami kencing kotor ini sebanyak 30 kali ganda berbanding lelaki. Hal ini kerana wanita mempunyai urethra yang pendek berbanding lelaki yang mempunyai urethra yang panjang.
Saluran kencing manusia terdiri daripada 2 jenis iaitu : Saluran kencing bawah yang terdiri daripada pundi kencing dan urethra ( saluran yang menghubungkan pundi kencing luar dari tubuh badan mengalir melalui tengah-tengah organ reproduktif (pada lelaki) atau di bawah kelitoris (pada wanita). Saluran kencing atas terdiri daripada buah pinggang (ginjal) dan ureter (saluran yang menghubungkan ginjal ke pundi kencing ia mengalir dari setiap ginjal ke arah pundi kencing) Jenis-jenis air kencing Sebenarnya, warna kencing kita dapat memberikan informasi yang penting tentang kesihatan kita. Terdapat beberapa jenis air kencing menandakan kesihatan badan anda.
Antara warna-warna air kencing terdiri daripada :
1. Warna air kencing : Kuning CerahJika warna air kencing anda adalah kuning cerah, ini menandakan badan anda mempunyai hidrasi yang cukup dan badan anda berfungsi dengan baik.2. Warna air kencing : Kuning gelapJika warna air kencing anda kuning gelap, ini maksudnya anda perlu minum air SEGERA! Kerana hidrasi badan anda tidak cukup.3. Warna air kencing: Merah ataupun merah jambuANDA PERLU AMBIL PERHATIAN! Sila ke klinik untuk dapatkan rawatan dengan kadar segera. Ia boleh disebabkan pengambilan faktor pemakanan.4. Warna air kencing: Putih atau jernihJika kencing anda warna jernih ataupun tidak berwarna. Ini maksudnya anda terlebih hidrasi, JANGAN PANIK! Anda hanya perlu amalkan pengambilan air yang cukup harian sahaja dan sekiranya air kencing keruh, itu tandanya terdapat jangkitan kuman atau batu karang.5. Warna air kencing: Coklat , Warna Jingga Ataupun Warna Gelap Sila ke hospital dapatkan rawatan siasatan serta merta. Ini disebabkan masalah BUAH PINGGANG ataupun HATI. Air kencing kita dapat memberi sedikit sebanyak petunjuk tentang kesihatan kita. Jika anda mengalami perubahan warna air kencing, admin nasihatkan anda. Pergi jumpa dengan doktor sama ada di klinik ataupun di hospital untuk konsultansi yang seterusnya kerama kesihatan adalah aset kita .
Kencing Kotor : Faktor Peningkatan Risiko untuk Mendapat Jangkitan Saluran Kencing Faktor Risiko 1 : Hubungan seks Hubungan seks merupakan faktor risiko jangkitan kuman saluran kencing, ketika melakukan aktiviti seksual, terutama bagi wanita, wanita lebih cederung terhadap jangkitan saluran kencing. Hal ini kerana saluran uretra mereka lebih pendek berbanding lelaki ini menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada bakteria yang masuk ke dalam pundi kencing semasa aktiviti seksual.
Namun, amalan kebersihan seperti basuh faraj selepas hubungan seksual dan penggunaan kondom boleh membantu mengurangkan risiko ini.
Faktor Risiko 2 : Wanita Hamil Ramai kes yang kita dengar wanita ketika hamil sering menghadapi jangkitan saluran kencing. Hal ini disebabkan oleh perubahan dalam sistem badan mereka semasa kehamilan. Sebagai contohnya, tekanan pada pundi kencing yang lebih tinggi akibat perkembangan janin boleh mengganggu aliran urin dan meningkatkan risiko bakteria jangkitan saluran kencing.
Seterusnya berkaitan dengan perubahan hormon semasa kehamilan boleh mengurangkan daya tahan tubuh wanita terhadap bakteria. Ini menjadikan mereka lebih cederung terhadap jangkitan saluran kencing.
Faktor Risiko 3 : Kerap tahan kencing Menahan kencing dalam jangka masa yang lama menyebabkan bakteria berkumpul dalam saluran kencing. Ini menyebabkan iritasi pada saluran pundi kencing sehingga mengakibatkan kerengsaan pada dinding saluran kencing menjadikan ia lebih cenderung mendapat jangkitan serta memudahkan bakteria potagen untuk berkembang dan menyebabkan jangkitan.
Menahan kencing secara berterusan juga boleh menjadi petanda masalah kesihatan lain seperti masalah pundi kencing atau gangguan neurologis yang mempengaruhi kawalan buang air kecil.
Faktor Risiko 4 : Kurang minum air Kurang minum air menyebabkan urin menjadi lebih pekat, ketika urin terlalu pekat. Bakteria yang mungkin ada dalam saluran kencing mempunyai persekitaran yang lebih sesuai untuk berkembang dan menyebabkan bakteria. Minum air yang mencukupi membantu meningkatkan jumlah kekerapan buang air kecil. Ini membantu mengeluarkan bakteria dan toksin dari pundi kencing dan mengurangkan jangkitan.
Antara faktor lain peningkatan risiko jangkitan saluran kencing ialah:
Diabetes Tidak berkhatan Sistem imun lemah Tidak menjaga kebersihan faraj Batu karang Apakah Simptom-simptom kencing kotor? Antara tanda-tanda jangkitan yang berlaku pada pundi kencing termasuk:
Kesakitan atau kepedihan ketika membuang air kecil Kerap membuang air kecil Rasa terdesak untuk membuang air kecil Rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen Air kencing berbau atau menjadi keruh atau kemerah-merahan Rasa tegang di bahagian bawah abdomen Jangkitan saluran kencing yang melibatkan buah pinggang pula akan mengalami siptom-simptom seperti:
Kerap membuang air kecil Rasa sakit semasa membuang air Rasa terdesak untuk membuang air kecil Sakit di bahagian belakang badan, pangkal peha dan bahagian sisi badan Demam Terdapat darah atau nanah dalam air kencing Loya dan muntah-muntah Rasa tegang di bahagian belakang badan Kadangkala, Simptom-Simptom nya adalah kurang spesifik dan ini termasuk keletihan dan kekeliruan terdapat ramai orang yang mendapat jangkitan saluran kencing tetapi tidak mengalami apa-apa sistem terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi seperti:
Wanita mengandung Pengidap diabetis Bagaimana ia didiagnosis? Antara petunjuk jangkitan saluran kencing adalah kehadiran nitrit yang tinggi dalam ujian urine. Hal ini kerana kebanyakan bakteria ini menukarkan nitrat yang terdapat dalam urine, kompaun yang biasanya hadir dalam air kencing kepada nitrit 100,000 bakteria dalam satu mililiter, air kencing juga adalah satu indikasi terdapatnya jangkitan sel darah putih dan sel darah merah juga dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik.
Di makmal mikrobiologi, air kencing biasanya akan dikultur untuk menentukan jenis bakteria atau microorganisma yang hadir dalam air kencing sehingga menyebabkan jangkitan tersebut. Selain itu, ujian sensitiviti antibiotik juga dilakukan bagi menentukan antibiotik yang terbaik untuk digunakan sebagai rawatan.
Bagaimana ia dirawat? Jangkitan saluran kencing (UTI) biasanya dirawat dengan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan, doktor akan memilih antibiotik yang sesuai berdasarkan jenis bakteria yang ditemui dalam kultur urine dan keadaan kesihatan individu.
Penting untuk mengambil antibiotik seperti yang ditetapkan oleh doktor dan menyelesaikan keseluruhan rawatan walaupun gejala mungkin hilang lebih awal. Selain itu, minum banyak air dapat membantu membersihkan bakteria dari saluran kencing.
Masalah Kencing Kotor : Kurangkan Risiko Dengan Pencegahan Awal Berikut beberapa langkah yang anda boleh lakukan dirumah, Antaranya ialah ;
Pencegahan Awal 1# : Elakkan dari menahan air kecil Elakkan dari menahan membuang air kecil ketika anda merasa perlu, menahan membuang air kecil ketika perlu akan menyebabkan pembiakan bakteria-bakteria yang mungkin terdapat dalam air kencing.
Pencegahan Awal 2# : Pastikan minum air yang cukup Pastikan anda minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Hal ini akan membantu pembuangan air kecil yang lebih kerap.
Pencegahan Awal 3# : Air barli Minum air rebusan barli merupakan petua yang popular akhir-akhir ini, diyakini amat berkesan dalam merawat jangkitan saluran kencing. Selain itu, ibu mengandung digalakkan menggunakan air rebusan barli, sekiranya mengalami masalah kencing kotor.
Pencegahan Awal 4# : Menjaga kebersihan Amalkan kebersihan yang baik terutamanya selepas buang air kecil dan sebelum melakukan hubungan seksual membersihkan diri dari depan ke belakang selepas buah air besar juga penting untuk wanita
Kesimpupanya, menerapkan langkah-langkah ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan memelihara kesihatan pundi kencing anda!
Kenapa ibu hamil kerap kena kencing kotor? Ibu hamil kera kena kencing kotor adalah disebabkan perubahan hormon ketika hamil, perubahan hormon ini akan menyebabkan saluran kencing dan pundi kencing menjadi renggang. Perkara ini mengakibatkan pergerakan air kencing menjadi sangat perlahan.
Bahaya tak kencing kotor ketika hamil? Tanpa rawatan yang betul masalah kencing kotor atau jangkitan saluran kencing akan semakin teruk dan menyebabkan keradangan pada buah pinggang. Ia juga akan merebak ke dalam saluran darah. Hal ini membuatkan situasi semakin teruk dan boleh meragut nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
Apa yang menyebabkan jangkitan saluran kencing? Jangkitan saluran kencing disebabkan oleh bakteria yang memasuki saluran kencing ianya merebak serta membiak di dalamnya.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh bakteria E.coli (Escherichia coli). Kebiasaannya bakteria jenis ini terdapat didalam usus. Selain itu, beberapa jenis bakteria lain seperti Klebsiella, Proteus, atau Staphylococcus.
Berapa lama untuk sembuh dari kencing kotor? Tempoh untuk sembuh dari kencing kotor sebenarnya bergantung kepada penyebabnya, apabila kencing kotor disebabkan oleh jangkitan saluran kencing (UTI), orang biasanya merasakan perubahan yang positif dalam beberapa hari selepas mengamalkan antibiotik.
Namun, jika kencing kotor disebabkan oleh faktor lain seperti batu karang, masalah prostat, jangkitan ginjal atau keadaan kesihatan lain lebih serius, untuk pemulihan mungkin mengambil masa yang lama ini kerana penyelidikan lebih lanjut dan rawatan yang lebih khusus diperlukan dalam kes ini.
Apakah ubat kencing kotor cara tradisional? Ada beberapa cara tradisional yang mungkin membantu meredakan gejala kencing kotor:
1. Minum rebusan air barli atau menggunakan herba tertentu seperti daun cranberry atau ubatan-ubatan herba yang diketahui dalam amalan tradisional.
2. Menggunakan botol air panas di kawasan perut bawah atau menggunakan pemanasan untuk meredakan kesakitan atau ketidakselesaan boleh membantu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/12/kencing-kotor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Influenza B Jenis Simptom Amp Cara Merawatnya

Influenza B Jenis Simptom Amp Cara Merawatnya

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 228 hits
Influenza B Jenis Simptom amp Cara Merawatnya Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan influenza B dan cara untuk merawatnya Baca juga Tanda Influenza A B Ubat Batuk Untuk Ibu Mengandung Ubat Sakit Te
Kencing Tak Lawas Punca Jenis Dan Kaedah Rawatan

Kencing Tak Lawas Punca Jenis Dan Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 167 hits
Masalah kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan suatu masalah yang membuatkan ramai rasa tidak selesa Meskipun ia sering dikaitkan dengan penuaan kencing tidak lawas sebenarnya boleh berlaku kepada semua jantina daripada pelba...
Cara Mudah Nak Buat Solat Tahajjud

Cara Mudah Nak Buat Solat Tahajjud

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 264 hits
Solat tahajjud adalah solat sunat yang dilaksanakan lepas bangun dari tidur dan dikerjakan selepas tengah malam Ia lebih afdal dilakukan secara bersendirian dan digalakkan sebagai amalan tambahan seharian umat islam Waktu terbaik nak buat s...
2 Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Online Dengan Mudah Dan Pantas

2 Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Online Dengan Mudah Dan Pantas

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 348 hits
Adakah anda tahu cara untuk dapatkan dengan Mudah dan Pantas Cara untuk mendapatkan Bank Statement Maybank tidaklah sukar seperti yang dijangkakan oleh ramai pihak Hal ini kerana sekiranya anda telah mendaftar dengan Maybank2u ianya telah m...
Cara Buat Kad Kahwin Digital Mudah Dan Percuma Melalui Canva Untuk Majlis Kahwin

Cara Buat Kad Kahwin Digital Mudah Dan Percuma Melalui Canva Untuk Majlis Kahwin

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 191 hits
Trend terkini bakal pengantin adalah membuat kad kahwin digital Dengan capaian media sosial yang semakin meluas penggunaan kad kahwin elektornik ini semakin mendapat sambutan tinggi Dengan rekaan yang menarik dalam urusan penghebahan majlis...
Cara Memilih Sunscreen Terbaik Mengikut Kesesuaian Jenis Kulit

Cara Memilih Sunscreen Terbaik Mengikut Kesesuaian Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 296 hits
Pakai sunscreen tu bukan hanya bila perlu tapi perlu dipakai setiap hari Berani ke nak keluar rumah dalam keadaan cuaca panas tanpa sunscreen Haa mesti risau kulit sunburn kan Lagi lagi bila berada di tepi pantai yang terdedah dengan cuaca ...
Tekanan Darah Rendah Punca Simptom Dan Cara Untuk Atasi

Tekanan Darah Rendah Punca Simptom Dan Cara Untuk Atasi

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 324 hits
Adakah anda sering alami pening kepala selepas bangun tidur Ini merupakan antara simptom tekanan darah rendah Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja Bergantung kepada punca dan simptom ia perlulah ditangani dengan baik bagi mengelakkan masa...
Cara Mudah Dan Ringkas Mengenal Pelaburan Dan Aplikasi Scam

Cara Mudah Dan Ringkas Mengenal Pelaburan Dan Aplikasi Scam

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 366 hits
Antara soalan paling popular yang saya selalu dapat adalah sama ada sesuatu skim atau aplikasi sekian sekian scam atau tidak Sebenarnya bukan tak nak jawab tapi banyak skim dan aplikasi di Malaysia tumbuh macam cendawan Macam macam nama Ada...
Cara Buat Duit Mudah Dengan Ecomobi Affiliate

Cara Buat Duit Mudah Dengan Ecomobi Affiliate

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 266 hits
Apa itu ecomobi affiliate ini adalah sama macam platform shopee affiliate di mana kita promote link dan bila orang beli dan dapat barang yg betul baru kita dapat komisen Tapi ecomobi lagi mudah untuk daftar Mana lagi best antara shopee laza...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever