Cara Mudah Buit Duit Dalam Usd Dari Rumah Tanpa Modal
Assalamualaikum,Selamat Malam,
Cara Mudah Buit Duit Dalam USD Dari Rumah Tanpa Modal | Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk Fiza kongsikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya buat mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging
Jadi, blogpost hari ini Fiza nak kongsikan satu ilmu penting untuk semua bagaimana cara nak menjana pendapatan melalui blog tanpa mengeluarkan modal satu sen pun. Percaya tak? Disebabkan Fiza dah pun berjaya raih pendapatan la, Fiza berani kongsikannya di sini
Pernah dengar tak tentang Intellifluence?
Apa Itu Intellifluence?Intellifluence adalah platform pemasaran yang membantu pelbagai jenama untuk bekerjasama dengan ramai influencer seluruh negara bagi mencapai jaringan pemasaran yang lebih baik.
Banyak jenama besar dan kecil yang menjadikan laman Intellifluence sebagai medium pemasaran mereka kerana servis dan sistem mereka yang mudah dan mampu menghubungkan jenama-jenama ini dengan sasaran influencer yang tepat mengikut niche mereka.
Dengan adanya platform ini, peluang untuk kita menjana income dalam USD sangat cerah. Apa yang paling penting, langkah pertama... Adalah mendaftar secara PERCUMA DI SINI
Kemudian, TIPS untuk dapatkan job dengan mudah dari marketplace Intellifluence ialah kena lengkapkan profile dan Bio kita dengan selengkapnya. Kena capai 80% ke atas ye. Lagi bagus 100% okeh
Alhamdulillah, berkat usaha Fiza dah berjaya jana sedikit income melalui platform ini. Berikut adalah sedikit bukti pembayaran yang telah Fiza terima dari Intellifluence. Bayaran akan dibuat setiap hari Jumaat, di mana akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal. Takde akaun PayPal? Kenalah daftar jugak ye
Lepas tu bolehla transfer masuk mana-mana akaun. Macam Fiza, Fiza akan terus transfer ke akaun bank sebaik sahaja dapat notification email pembayaran dari PayPal. 😜🤪😂. So, hari Isnin petang dah masuk dah... Iaitu selepas dua hari pembayaran dibuat
Bagaimana Nak Dapatkan Job Dari Intellifluence?Okeh! Bila dah daftar dan profile pun dah capai 80% ke atas, bolehla tengok di bahagian marketplace. Kat situ akan ada senarai job yang kita boleh apply mengikut kesesuaian. Apa yang penting, kena faham betul-betul apa yang dorang nak ye. Macam Fiza, Fiza lebih suka apply job yang melibatkan reviews di blog. Bila dah minat, boleh hantar mesej tanya samaada kita boleh join ke tidak sesuatu kempen tersebut.
Bila mereka reply kata boleh. Maka, hantarlah permohonan. Setelah dorang terima, mereka akan berikan requirement untuk tugasan. Jika tak faham, boleh ajukan soalan. Dah siap, hantarkan job sebelum due date yang diberi. Nanti mereka akan review. Bila dah completed. Final part, tunggu bayaran daripada mereka. Sangat mudah.
Jika korang berminat, bolehla daftar di link di bawah ye. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran. Ok
PENDAFTARAN INTELLIFLUENCE
Akhir sekali, nak mudah bolehla muatturun aplikasi Intellifluence di Play store. Mereka juga turut menyediakan aplikasi Intellifluence bagi memudahkan orang ramai untuk akses menggunakan handphone ataupun tablet. Rugi kalau tak cuba. Masa ni la kita kena rebut peluang yang ada. Betul tak
#Intellifluence
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2021/07/cara-mudah-buit-duit-dalam-usd-dari.html