Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog
   FMT Reporters

Membuat blog boleh menjana pendapatan jika benar-benar serius. (Gambar Rawpixel)Dalam kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) untuk membendung penularan pandemik Covid-19 pelbagai perkara  boleh kita lakukan di rumah. Dalam keadaan ekonomi semakin merundum dan  terbatasnya pergerakan untuk bekerja di luar menjadikan pekerjaan  melalui internet adalah sangat diperlukan ketika ini.
Dari membuang masa, apa kata kita jana pendapatan dengan membuat blog  sendiri. Ya, membuat blog juga boleh memberi pendapatan dan jika  benar-benar serius, ia mampu memberikan pendapatan lumayan.
Tidak perlu kos yang tinggi dan ia tidaklah sesukar yang disangka.  Berikut adalah serba sedikit mengenai cara membuat blog. Jom baca cara  buat duit dengan blog.
Cara Buat Blog
1. Pilih platform blog
Terdapat pelbagai platform untuk membuat blog seperti blogger, wix,  drupal, joomla dan sebagainya. Paling popular ialah WordPress dan  kebanyakan blogger menggunakan platform ini kerana ianya mudah.
2. Keperluan membuat blog
Terdapat 4 keperluan utama membuat blog iaitu masa, nama domain,  hosting dan budget. Sebelum membuat blog, anda mesti bersedia untuk  semua perkara ini.
Masa adalah perkara paling penting kerana kunci kejayaan blogger adalah masa yang diluangkan.
Anda juga perlukan nama domain dan hosting sendiri. Dengan memiliki  domain dan hosting sendiri blog anda kelihatan lebih profesional dan  lebih serius. Ini membuatkan orang akan lebih percaya dengan blog anda  sekaligus membantu mendapat lebih banyak lawatan (trafik) dan juga  pengikut setia (subscriber). Ia juga membolehkan anda mempelbagaikan  cara untuk jana pendapatan daripada blog.
Selanjutnya bajet. Untuk serius dalam dunia blogging anda perlu  mengeluarkan sedikit belanja. Pertama sekali untuk membayar domain dan  juga hosting. Tidaklah mahal sangat. Bergantung pada syarikat penyedia  domain dan hosting yang anda pilih. Anda boleh dapat harga untuk domain  dan hosting terbaik dalam sekitar RM100+ setahun.
Kedua, sebagai pilihan, mungkin anda nak berbelanja sedikit untuk  perkara seperti beli theme yang cantik, upah untuk ubahsuai laman dan  sebagainya.
3. Akhir sekali langkah membuat blog
Berikut merupakan urutan langkah untuk buat blog sendiri:
Pilih Niche BlogTentukan Nama DomainBeli Domain dan HostingInstall WordPressAkses Admin WordPressInstall Theme WordPressBuat Page & PostAntara blog-blog popular:
1. Penulisan
Jika anda mempunyai kemahiran menulis maka anda boleh kongsikan bakat  menulis itu di blog. Anda boleh tulis pelbagai perkara yang  menyeronokkan yang boleh menarik minat pembaca.
Apabila blog anda sudah mempunyai ramai pelawat, anda boleh buat duit  dengan menjual slot iklan atau melalui Google Adsense dan sebagainya.  Namun, anda perlu memberikan komitmen masa dan tenaga jika mahu buat  duit melalui penulisan blog.
2. Menjual produk sendiri
Anda boleh bermula dengan menjual E-book kerana ia tidak memerlukan kos yang besar dan dapat menjana pendapatan yang banyak.
Anda juga boleh menjual produk hasil kerja tangan sendiri. Sekarang  sudah menjadi tren, ramai yang menjual pelbagai barangan hasil dari hobi  sendiri seperti mengait, lukisan, fotografi, pokok hiasan dan banyak  lagi di dalam blog.
3. Affiliate
Ia adalah satu perniagaan “internet” yang boleh memberikan pendapatan  hasil dari promosi yang dilakukan terhadap sesebuah produk. Jika anda  fokus, ia boleh menguntungkan. Di Malaysia, affiliate tempatan adalah  seperti Klik Jer, manakalah affiliate luar negara adalah seperti  Amazon.com,Clickbank.com dan lain-lain.
Namun begitu, untuk buat duit dengan blog melalui affiliate, anda  perlu menguasai ilmu pemasaran bagi membantu anda mempromosikan sesuatu  produk.
4. Monitize 
“Monetize” adalah teknik di mana bloggers hanya perlu membina blog  dan memasangkan kod iklan dari syarikat- syarikat pengiklanan tempatan  dan luar negara. Kemudian iklan-iklan tersebut akan terpapar di blog  berdasarkan bidaan tertinggi dari pengiklan-pengiklan.
Terdapat pelbagai pengiklanan yang terkenal seperti Adsense (dari  Google), Nuffnang, Innity dan sebagainya. Tetapi pastikan mereka  membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/cara-mudah-buat-duit-dengan-blog.html