Cara Mohon Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan


Baru baru ini Cik iena ada post di instastory yang Cik iena bawa puan ibunda melawat pakcik sakit tenat di Tapah, Perak dan ada yang bertanya mengenai urusan permohonan permit pergerakan perintah kawalan pergerakan. Berikut Cik iena kongsikan langkah-langkah dan dimana anda boleh dapatkan borang berkenaan.



 
Bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan. Manakala kawasan PKPD tidak dibenarkan untuk membuat pergerakan keluar atau masuk. Hanya PKP dan PKPB dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.
 

Larangan rentas daerah dan negeri adalah untuk semua kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, ekonomi, temujanji vaksin dan pasangan jarak jauh.
Bagi Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan pula perlu di mohon untuk tujuan kecemasan dan pasangan jarak jauh. Tujuan kecemasan seperti ahli keluarga terdekat sakit. Bukan sepupu atau dua pupu tiga pupu , empat pupu. Ahli keluarga terdekat seperti ibu, ayah dan adik beradik.
Untuk tujuan kesihatan, ekonomi dan janji temu vaksinasi, tidak memerlukan permit perintah kawalan pergerakan. Cuma perlukan surat janji temu bagi kesihatan dan temujanji vaksin. Manakala bagi sektor ekonomi perlu surat majikan yang disahkan miti beserta pass pekerja. 

Menerusi lembaran fakta yang dikongsikan MITI, pergerakan rentas daerah atau negeri untuk tujuan kerja hanya memerlukan dua dokumen di bawah.
Surat kebenaran MITI (atau rujuk surat kebenaran yang dikeluarkan kementerian atau agensi yang berkenaan bagi sektor tertentu); DAN Pas pekerja ATAU surat majikan




 Langkah-langkah bagi urusan permohonan permit kebenaran pergerakan:Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan beserta salinan kad pengenalan;Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.Nota : Kebenaran beberapa orang yang boleh pergi dalam satu kereta tertakluk pada SOP terkini. Semasa Cik iena mohon bertarikh 16 Mei 2021 semasa PKP 3.0 , kebenaran cuma 3 orang 1 kereta. Jadi perlukan dua salinan ked pengenalan setiap seorang untuk lampiran.


Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan
Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

1. Borang Permit Pergerakan PKP, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp)/borang-permit-pergerakan-perintah-kawalan-pergerakan-(pkp).jpeg
2. Borang Permit Pergerakan PKPB, https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2

 
Pengalaman Mohon Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan .Sejujurnya susah juga nak mohon permit ni mungkin kerana ramai yang menipu. Disebabkan beberapa instafamous dan golongan kayangan dapat permit rentas negeri dengan mudah dan dengan bangganya buat social media post seolah olah sedang bercuti membuatkan pihak polis perlu lebih teliti semasa proses temubual untuk mendapatkan kebenaran rentas daerah/negeri. 
Mula mula Cik iena dan Deqnor tersalah pergi balai. Disebabkan rushing sampai tak perasan itu Pondok Polis Alam Damai, bukan balai Polis. Semasa di Balai Polis, pihak polis tanya ada borang atau tidak. Kami pun tiada borang sebab emergency kan memang tak prepare.
Jadi polis di pondok polis bagi dua borang untuk di isi kemudian dia tanya berapa orang nak pergi. Kami jawab 3. Kalau 3 orang boleh dia cakap tapi sediakan salinan kad pengenalan ketiga tiga untuk memudahkan urusan. Buat dua salinan. Pegawai polis di Pondok Polis Alam Damai memang baik dan peramah.
Kemudian kami keluar cari kedai photostate. Kedai tutup . Jadi terpaksa pergi pejabat Deqnor untuk photostate kad pengenalan. Mujur deknor ada kunci pejabat dan pejabat dia memang dekat kawasan rumah.
Selesai photostate kami menuju ke arah IPD Cheras yang terletak di Taman Maluri Cheras. Semasa dalam perjalanan Deqnor isi borang dahulu dan Cik iena drive. Sempat isi 1 borang je nama Deqnor. Pada awalnya kami ingatkan satu borang satu nama.  Bermaksud perlu 3 borang lain lan nama. 
Salah rupanya. Kedua2 borang nama yang sama. Memandangkan nama Deqnor yang dah isi di borang jadi Deqnor yang masuk ke dalam berjumpa pegawai IPD Cheras untuk dapatkan COP kebenaran.  
 
Proses Mohon  Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan di IPD Cheras 
Semasa tiba di IPD Cheras mereka akan buat tapisan dulu. PEgawai pollis yang bertugas di pintu masuk akan bertanya tujuan, lihat borang yang telah di isi beserta bukti seperti gambar atau video. Kemudian mereka akan bagi pass untuk masuk ke Balai Polis. Hanya seorang yang dibenarkan masuk untuk bertemu pegawai.
Agak risau juga Cik iena sebab Deqnor tak de dalam family group so dia tak banyak info. Tapi iena dah ceritakan apa yang terjadi. Dan iena juga bagi Deqnor pegang handset iena untuk dia tunjuk bukti bukti seperti Video dan Gambar.
Selepas beberapa minit deqnor masuk dia mesej dan beritahu pegawai tak terima video atau gambar. Pegawai  minta surat Hospital. Mujur deqnor bawa handset iena jadi boleh whatsapp nombor sepupu yang ada dalam group familly.
 
Kenangan konvoi raya ke rumah paklang pada tahun 2018 (paklang baju melayu kuning)
 
Selepas tunjuk surat hospital barulah pegawai cop kebenaran untuk Permit Perintah kawalan pergerakan . Semasa temubual pegawai akan tanya sakit apa. Siapa yang sakit.  Berkenaan siapa yang pergi untuk rentas daerah atau negeri dia tiada soal siasat kesemua nama tinggal di mana. Cuma dia perlu lihat nama tu betul ke tidak ada relation.
Contoh kami mohon permit untuk bawa mak berjuma abang kandung yang sakit tenat. Dalam surat hospital ada nama penuh pakcik. Bin Hassan dan dia cek nama Mak Binti Hassan. PEngesahan macam tu jelah. 
Untuk tujuan kecemasan ahli keluarga sakit Pihak polis cuma benarkan 3 hari sahaja. Untuk pengetahuan anda tak perlu mohon permit sekali lagi untuk pulang kembali. Cuma guna permit sama kerana ada tarikh tertera di situ.
Di IPD Cheras kami mohon 3 nama. Cik iena, deqnor dan juga Mak.


 


Proses Mohon  Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan di Balai Polis Batang Kali Untuk memohon Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan di Balai Polis Batang Kali sangat susah. Untuk makluman semua di Balai polis batang kali mereka tidak terima hanya menunjukkan bukti gambar, video atau surat dalam handphone. Mereka perlukan bukti bercetak. Pada Cik iena ianya agak menyusahkan untuk tujuan emergency untuk bukti bercetak tambahan lagi semasa musim perayaan kedai tutup. Bukan semua rumah ada printer. Rumah mak dekat batang kali mana ada printer.
Sangat sedih bila mak kata tak boleh rentas negeri polis tak bagi, perlu bukti bercetak. Jadi kami masukkan nama mak sekali semasa mohon permit di IPD Cheras. Memandangkan batang kali memang lalaun jalan lama ke Perak, jadi kami cuma berhenti singgah ambil mak dan terus ke Tapah.
Cik iena kongsi berdasarkan pengalaman Cik iena. Mungkin balai polis anda boleh terima hanya tunjuk bukti di whatsapp seperti di IPD Cheras. Berbeza di Batang kali perlu Bukti Bercetak. Dari whatsapp tu anda perlu print. Kalau dah kata kecemasan sempat ke buat semua tu tambah lagi kawasan kampung, mana nak cari kedai printing. Cuti perayaan pula lagi. Memang tiada toleransi ya di Balai Polis Batang Kali.
 

Gambar kenangan bersama paklang tahun 2018. Dari Kiri Mak, paklang, Cik iena and Deqnor. Masa ni paklang sihat lagi boleh bergurau gurau senda. Cuma tak boleh bercakap sebab peti suara paklang takde dah kene buang atas sebab faktor kesihatan yang memerlukan ianya di buang. Kami berborak dengan bahasa isyarat sahaja. Paklang memang suka bergambar. Bila datang rumah dia memang paklang yang akan ajak bergambar dan paklang juga suka edit2 gambar adik beradik dan keluarga besar kami dan post dalam group familly

  
Pengalaman Rentas Daerah Dan Negeri Kuala Lumpur - Tapah PerakDari rumah Cik iena di Maxim Residence Taman Len Seng Cheras, lokasi yang ada pollis seperti dinyatakan dibawah. Namun ada yang polis cek dan ada yang tidak.
Depan EkoCheras Mall - takde berhenti cek, mungkin polis just tengok jumlah orang dalam kereta
Masuk Highway Tanjung Malim - Takde cek
Keluar Highway Tapah - Polis Cek Permit
Masuk Highway Tapah - Polis Cek Permit Keluar Highway Tanjung Malim - Polis Tak Check- Sepatutnya Cek sebab masa kami masuk tol nampak polis cek tapi mungkin polis dah penat. Berhenti rehat sekejap. Dia ada je cuma tak tahan tengok permit. Alhamdulillah urusan dipermudah sebab iena risau juga nak balik KL kenapa exit tanjung malim. Kami exit tanjung malim sebab nak drop off mak dekat batang kali. Jadi panjang cerita pula bila dia tanya nanti. Alhamdulillah Allah tolong orang yang sangat memerlukan bantuan dia.
Semasa perjalanan ke Tapah, kami berhenti rehat di RNR Tapah sebab Cik iena dan Deqnor masih belum makan tengah hari. Selepas beli makanan kami makan di pondok rehat. Kelihatan juga pengguna lebuhraya lain makan di bonet kereta, di tepi pasu dan banyak lagi tempat selain food court namun dengan penjarakan yang selamat. Jauh sangat. Tidak berkumpul satu tempat dengan kapasiti orang yang ramai. 
 
Untuk pengetahuan semua sekiranya anda ingin merentas daerah terlebih dahulu sila semak kawasan laluan tersebut mempunyak kawasan PKPD atau tidak. Kerana sekiranya melalui kawasan PKPD anda perlu cek ada laluan lain untuk sampai destinasi atau tidak.
Kesilapan Cik iena tak alert tentang benda ni. Setibanya di tapah  nak masuk satu kawasan laluan ke rumah paklang ada khemah polis dan jalan tutup. Rupanya kawasan tu PKPD. TIada kendaeraan luar dibenarkan masuk. Pihak polis yang jaga disitu minta kami ikut jalan lain.
Yang lawak dia suruh ikut Jalan belakang pasaraya TF. Kami pergi lah pusing2 jumpa jalan ke polis tadi tapi bahagian belakang. Gelak sendiri. Tak tau nak masuk jalan mana jadi call sepupu. Sepupu keluar ke Pekan untuk ambil kami ikut jalan alternatif lain. Jalan tu memang sangat sempit dan tiada lampu jalan. Hanya boleh 1 kereta sahaja dan tebing agak curam. Kalau terserempak dengan kereta lain memang sangat bahaya kerana jalan kecil dan tebing tinggi.
Semasa pergi kami bertembung satu kereta. Sepupu  terpaksa turun motor dan tolong kereta yang berselisih untuk lepas jalan sempit tu. Semasa balik pula Cik iena ikut sepupu lain keluar naik kereta. Yang ni terserempak dua kereta dan nasib baik kawasan terserempak tu ada ruang sedikit di bahu jalan.

 Jadi yang nak rentas daerah atau negeri jangan lupa semak kawasan laluan ada PKPD atau tidak ya. kalau takde jalan alternatif memang tak boleh lah pergi. Pakcik iena yang sakit tu pun polis lansung tak bagi ikut laluan tu. Perlu lalu laluan alternatif apatah lagi kita yang nak datang ziarah je.


Tak bnyk story yg update. Seharian kosong takde story ade org bertanya. jadi cik iena post dua related ig story dan gambar throwback dgn paklang. Sepanjang perjalanan cuma sempat snap selfie makan dekat RNR. Nak snap pic roadblock atau keadaan di rumah paklang semua tak de sebab memang fikiran ingat kat paklang je. Nak amek gmbr paklang pun tak sampai hati tgk keadaan paklang. Just ambil untuk keluarga tgk je.
Okay sekian perkongsian Cik iena untuk pegalaman mohon permit pergerakan perintah kawalan pergerakan dan pengalaman sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan Cik iena tak update apa2 pun. Cik iena update story ig pun selepas semuanya selesai. Gunakan permit untuk tujuan sebetulnya bukan salah guna permit okay :)
 
LET'S BREAK THE CHAIN
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Kita perlu beri contoh yang baik pada orang lain. Masa raya pun Cik iena memang tak keluar kawasan rumah. Cuma keluar joging di taman tingkat 7 dan keluar ke Mynews di ground floor sahaja. Memang bosan tahap dewa beraya bujang di KL, rancangan nak ajak kawan raya di rumah pun terpaksa dibatalkan sebab goverment dah umumkan tak boleh aktiviti ziarah raya.. Walaupun tengok story orang ramai pergi mall pergi ootd kat klcc kat taman tapi Cik iena dan deqnor decide untuk joging bawah rumah sahaja untuk hilangkan bosan. Keep in mind LET'S BREAK THE CHAIN, #kitajagakita .
 
Okay Stay Safe Guyz. Duduk Rumah Okay. Jangan keluar jika tiada keperluan :)
 
 





 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2021/05/Permit-Pergerakan-Perintah-Kawalan-Pergerakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Perintah Kawalan Pergerakan Pkp Pkpb Dan Pkpp Tahun 2021

Sop Perintah Kawalan Pergerakan Pkp Pkpb Dan Pkpp Tahun 2021

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 685 hits
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP2 0 bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021 bagi beberapa buah negeri iaitu 1 Pulau Pinang2 Selangor3 Wilayah Persekutuan KL4 Wilayah Persekutuan Putrajaya5 Johor6 Wilayah Persekutuan Labuan7 Sa...
Tahun Kedua Beraya Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Tahun Kedua Beraya Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 286 hits
Tahun kedua beraya dalam perintah kawalan pergerakan Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya seluruh rakyat Malaysia akan beraya buat kali kedua dalam tempoh perintah kawalan pergerakan Maknanya dah 2 tahun kita tak beraya tanpa kelua...
Idea Aktiviti Seronok Yang Saya Lakukan Bersama Anak Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Idea Aktiviti Seronok Yang Saya Lakukan Bersama Anak Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 438 hits
10 Aktiviti Seronok Yang Saya Lakukan Bersama Anak Di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Sekarang kembali berada dalam situasi PKP Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan semua orang perlu berada di rumah sepanjang masa Akibatnya satu ...
Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan Di Beberapa Lokaliti Di Negeri Pahang

Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan Di Beberapa Lokaliti Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 216 hits
nbsp PUTRAJAYA Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Meripoh Kota Bahagia di Muadzam Shah Genting View Resort Apartment Meranti Windmills Condo Vista Residence Apartment Mawar Midhill Apartment dan Apa
Tangani Defisit Keyakinan Terhadap Sop Dan Kawalan Pergerakan Syahredzan

Tangani Defisit Keyakinan Terhadap Sop Dan Kawalan Pergerakan Syahredzan

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 184 hits
Pada 18 Mei 2021oleh PENTADBIROleh Ghafar NSSelepas lebih setahun Covid 19 melanda negara dapat dilihat semakin ramai rakyat Malaysia tidak mematuhi SOP dan kawalan pergerakan berbanding beberapa bulan pertama negara dilanda wabak pada tahu...
Kes Naik Mendadak Dr Noor Hisham Merayu Masyarakat Amal Kawalan Pergerakan Kendiri

Kes Naik Mendadak Dr Noor Hisham Merayu Masyarakat Amal Kawalan Pergerakan Kendiri

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 193 hits
1 114 total views 969 views today Peningkatan kes baharu Covid 19 secara mendadak sejak awal April lepas telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah J...
Nadiem Kita Perlu Sempurnakan Cara Mengajar Pancasila Ke Anak

Nadiem Kita Perlu Sempurnakan Cara Mengajar Pancasila Ke Anak

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 282 hits
Menurutnya mestinya penanaman nilai nilai Pancasila dalam kehidupan sehari hari harus menjadi fokus pengajaran ke anak Cara pengajaran yang kurang sempurna itu membuat bangsa Indonesia justru berjarak dengan ideologinya sendiri
Rayuan Bpr Cara Buat Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Rayuan Bpr Cara Buat Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 438 hits
RAYUAN BPR CARA BUAT RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021 Pada 4 Mei 2021 kerajaan bersetuju untuk memberi peluang kepada pemohon yang gagal untuk membuat rayuan BPR bermula 15 Jun sehingga 30 Jun 2021 Bagi mana mana individu yang mendapat s...
Cara Daftar Jaringan Prihatin 2021 Free Data Free Phone

Cara Daftar Jaringan Prihatin 2021 Free Data Free Phone

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 419 hits
TERKINI PENDAFTARAN DIBUKA 5 MEI 31 JULAI UNTUK JARINGAN PRIHATIN KELAYAKAN Untuk 8 4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat MANFAAT Bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih NILAI MANFAAT RM3 5 bilion ADA ANAK 18 ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari