Cara Menyelesaikan Masalah Card Information Is Invalid Di Samsung Pay
Sejujurnya saya sangat meminati produk Samsung. Selain daripada binaan produk yang berkualiti, saya juga meminati salah satu kemudahan yang disediakan iaitu Samsung Pay. Persoalannya, pernahkah anda menghadapi masalah “card information is invalid” ketika mula mendaftar kad di Samsung Pay?
Masalah card information is invalid
Jika jawapan anda ya, maka anda senasib dengan saya. Saya mengintegrasikan kad debit Maybank dengan peranti jam tangan dan telefon bimbit saya. Sepatutnya saya tidak menghadapi sebarang masalah. Namun masalah terjadi apabila saya bertukar peranti daripada Redmi 3s kepada Samsung galaxy s20+. Saya asyik mendapat error sahaja ketika membuat tetapan.
Saya gagal untuk mendaftar kad Maybank saya
Kebiasaannya tetapan hanya memakan masa 3 minit. Namun apabila saya memindahkan aplikasi Samsung Pay ke peranti baru, terdapat mesej ralat yang menyatakan “card information is invalid”. Saya fikir ini hanya masalah tersalah masuk input, ternyata sangkaan saya meleset.
Punca masalah Card information is invalid?
Siasat punya siasat rupanya masalah “Card information is invalid” ini berpunca daripada saya yang bertukar telefon bimbit yang menyebabkan pihak bank mengenalpasti terdapat peranti baru yang mengintegrasikan kad debit Maybank saya. Ini menyebabkan penggunaan saya ditolak oleh pihak bank. Persoalannya kenapa?
Buat pengetahuan anda semua, ini adalah ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak bank dan juga pihak Samsung. Setiap kad telah ditetapkan limit maksimum 3 peranti sahaja (Maybank) untuk diintegrasikan dengan Samsung Pay.
Memandangkan ketika saya mengintegrasikan Samsung Gear saya dengan Samsung Galaxy, saya perlu reset semula jam tangan saya dan mendaftar baru penggunaan Samsung Pay. Ini menyebabkan pihak bank mengesan terdapat 4 peranti yang cuba menggunakan kad bank saya walaupun realiti hanya 1 peranti sahaja yang bertukar. Itulah menjadi punca mengapa pendaftaran kad bank saya terhalang.
Bagaimanakah cara untuk menyelesaikannya?
Caranya cukup mudah. Apa yang saya buat adalah dengan menghubungi khidmat pelanggan bank dan minta mereka untuk resetkan token yang mengintegrasikan kad saya dengan Samsung Pay. Disebabkan saya menggunakan Maybank, jadi saya menghubungi mereka menerusi talian dibawah.
Khidmat pelanggan Maybank: 1-300-88-6688
Terdapat beberapa pengesahan yang perlu dibuat ketika saya cuba untuk set semula token saya. Antaranya saya diminta untuk membuat pengesahan nombor kad bank, nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan jenis peranti. Jadi pastikan anda menyediakan maklumat tersebut.
Selepas pegawai perkhidmatan bersetuju untuk membantu anda untuk set semula token, anda perlu menunggu selama 30 minit sebelum dibolehkan untuk mengisi semula maklumat anda pada aplikasi Samsung pay. Pasti masalah anda akan selesai.
Kad Maybank telah berjaya didaftarkan
Kesimpulannya
Tidak perlu memeningkan kepala, sebenarnya mudah sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. Cuma diharapkan dimasa akan datang, bagi mengelakkan anda mempunyai masalah yang sama, mungkin ada beberapa tabiat yang anda dan saya perlu ubah.
Pertama, jika ingin format peranti anda, pasti anda delete dahulu kad tersebut daripada aplikasi Samsung Pay. Tidak kiralah saya ada anda buat factory setting, clear data mahupun resetting peranti anda, sebenarnya anda tidak mengubah pun penggunaan token. Jadi remove kad anda daripada aplikasi Samsung Pay, kemudian buat la apa yang anda suka.
Kedua jika anda tidak boleh remove kad anda daripada aplikasi Samsung Pay disebabkan oleh faktor peranti rosak dan sebagainya, telefon sahaja khidmat pelanggan bank untuk remove token pada peranti tersebut. Tidak perlu memeningkan kepala memikirkan jalan penyelesaiannya. haha
Baca juga: Samsung Pay membenarkan pembayaran menggunakan jam tangan
Baiklah, terima kasih kerana sudi membaca. Diharapkan artikel ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah “Registration failed. Card information is invalid, please try again”. Jika punyai sebarang pertanyaan, jangan segan silu ajukannya di ruangan komen.
The post Cara menyelesaikan masalah “card information is invalid” di Samsung Pay appeared first on Azmir Shah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://azmirshah.com/card-information-is-invalid-samsung-pay/