Macammana Cara Hilangkan Kulat Di Dinding
Saya pernah tanya kawan-kawan di Instagram cara untuk hilangkan kulat di dinding tapi tak dapat jawapan sebaliknya saya pula ditanya balik cara hilangkan kulat yang saya buat pada dinding bilik. Eh, haha..pening kejap.
Dinding bilik saya memang ada masalah kulat yang ketara berbanding bahagian lain dalam rumah. Tengok dengan mata kasar sekali imbas pun dah nampak lapisan kulat di dinding bilik. Dinding berkulat bukan saja buat rumah nampak tak cantik malah berbahaya juga untuk sistem pernafasan dan kesihatan penghuni dalam rumah itu. Iyelah, kulat atau spora ni kan bersaiz sangat halus dan membiak di kawasan lembap dan kering, jadi bila bilik tidur jadi tempat pembiakan kulat..tak ke bahaya untuk sistem kesihatan diri? Betul tak?
Dua Cara Hilangkan Kulat di Dinding
Hasil daripada pembacaan saya, lapisan kulat muncul di dinding akibat tidak dicat terlebih dahulu dengan lapisan undercoat bersifat anti bakteria. Selain itu, faktor bilik yang berkelembapan tinggi juga mempengaruhi kemunculan kulat di dinding. Saya percaya alasan kedua lebih valid kerana bilik saya adalah tempat yang paling sejuk dalam rumah kami meski tak dibuka tingkap atau kipas apatah lagi aircond.
Mustahil tukang cat tak undercoat dahulu sebelum cat dinding bilik kerana ia perkara basic yang tukang cat perlu tahu. Lagi pun bahagian lain dalam rumah tidak pula terlalu berkulat, jadi saya setuju masalah ini berlaku kerana kelembapan udara yang tinggi dalam bilik saya. Jadi apa cara yang boleh saya buat untuk hilangkan kulat pada dinding bilik?
1. Sental dengan Campuran Cuka dan AirCara pertama yang saya jumpa setelah di Google adalah menyental dinding berkulat dengan menggunakan campuran cuka dan air mengikut nisbah 6:4. Kebetulan suami hadiahkan saya meja study yang baru, jadi kami sepakat untuk buat operasi menyental dinding rumah terlebih dahulu sebelum mula masukkan meja ke dalam bilik. Jom refer gambar sebelum dinding di sental kat bawah.
Sakit mata kan bila tengok dinding bilik macamni? Sebelum itu saya dah perasan bilik berkulat tapi cuma abaikan sebab tak fikir yang kulatnya terlalu tebal. Tapi lepas alihkan almari dan perabot, baru perasan mereka dah beranak pinak sampai warna putih kulat dah boleh dijadikan bedak muka. Terus rasa geram nak hilangkan semua kulat. Akhirnya selepas penat menyental selama dua hari, bilik kami pun kembali cantik macam masa mula-mula masuk dulu. Love sangat..
Tapi panas tak sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Dua tahun kemudian kami masih berhadapan dengan masalah kulat ini lagi. Penat menyental selama dua hari rupanya bertahan untuk dua tahun sahaja. Ingatkan bolehlah long lasting, kecewa tau. Sudahlah tangan sakit sebab menyental, bau cuka pun boleh tahan busuk untuk beberapa hari, takkan kami nak kena menyental lagi. Fikir punya fikir, akhirnya kami buat cara kedua.
2. Cat Dinding Rumah dengan Warna PutihCat saja dinding rumah dengan warna putih, habis cerita! Tak pasti lepas cat ini kulat akan kembali lagi atau tak sebab sama warna dengan kulat jadi susah nak beza tapi paling kurang, bilik dah tak nampak huduh lagi dengan kelompok kulat di sana sini. Kami juga dah tukar kepada cat lain yang berbeza daripada sebelum ini jadi tinggilah harapan kami agar bilik akan bebas kulat.
Selepas ini saya kena selalu buka tingkap bilik untuk pastikan kelembapan bilik berkurangan supaya dapat melambatkan pembiakan kulat. Apa yang bestnya bila kami dah start cat bilik dengan warna putih ni, automatik terasa nak deko bilik pula. Di musim PKP yang membataskan pergerakan semua orang, serasanya ini waktu terbaik untuk deko bilik kami. Jadi apa aktiviti kawan-kawan pada musim PKP ni?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2021/06/cara-hilangkan-kulat-dinding.html