Masalah Keputihan Normal Dan Tidak Normal Macamana Cara Mengatasinya


Bercakap pasal masalah keputihan ni, rasanya ramai kaum wanita alami. Betul tak?Okey ke keputihan ni? Jom kita kenal dulu apa itu keputihan?Keputihan ni cecair yang dikeluarkan sel normal miss v sebagai pertahanan badan. Tujuannya untuk membuang sel miss v yang rosak dan dijangkiti bakteria. Biasa berlaku sebelum atau selepas period. 
Masalah keputihan ni bergantung juga samada yang keluar tu keputihan normal atau keputihan tidak normal. Sebelum kita cerita lebih lanjut macamana ciri-ciri keputihan normal dan keputihan tidak normal. Jom kita tengok apa punca kita alami masalah keputihan ni?



Punca Masalah KeputihanTak lain tak bukan masalah keputihan ni berpunca dari faktor pemakanan terutama minuman/makanan yang mengandungi gula. Sekarang ni memang banyak minuman manis yang muncul macam cendawan tumbuh lepas hujan. You name it, girl. Kalau ke mall tu, merata jenama-jenama minuman yang kita tahu kandungan gulanya tinggi. Tak perlu lah k.fiezz beritahu kat sini. Disebabkan habit kita yang suka minum air & makanan yang manis ni jadi punca keputihan muncul. Selain dari faktor minuman/makanan ada juga faktor lain untuk yang dah berkahwin, iaitu aktiviti seksual. 
Ni antara punca masalah keputihan yang ramai kita, wanita alami. Terpulang pada kita cara untuk mengawal dan mengurangkan masalah keputihan ni. Kalau masalah keputihan yang kita alami normal, tak ada masalah. Cuma kalau jadi keputihan tidak normal, itu yang bermasalah. 
Macamana nak beza keputihan normal dan keputihan tidak normal?
CIRI KEPUTIHAN NORMAL Macam k.fiezz beritahu di atas ni, keputihan ada 2 jenis samaada yang normal atau tidak normal. Meh kita tengok ciri keputihan normal. 

Lendir cair & tidak melekatKuantiti sedikitMuncul sebelum waktu subur dan sebelum periodwarna putih @ krimTidak berbauTidak gatalCIRI KEPUTIHAN TIDAK NORMAL

Lendir kental & melekatWarna kuning , kelabu, hijauBerbau busuk Jumlah BanyakGatal & RadangKeputihan berpanjangan
Cara Untuk Mengelak Keputihan
Macamana cara untuk mengelak atau terjadinya keputihan. Ni caranya : 

Pastikan miss v sentiasa bersih & keringElakkan guna pembersih miss v yang boleh menganggu kestabilan PH Elak pakai seluar dalam yang terlalu ketat & diperbuat dari fabrik satinSelalu tukar pad semasa periodGuna pantyliner bila perlu sahaja (cara k.fiezz, k.fiezz pakai beberapa hari sebelum period & selepas period tinggal sikit.) Kalau  yang nak pakai hari-hari, tukar setiap 4 jam walaupun pantyliner kering.Jangan guna produk wangian/semburan pada miss vKurangkan pengambilan makanan/minuman manisBasuh bersih miss v selepas bersama suami
**Tips tukar pantyliner setiap 4 jam, k.fiezz dapat info dari page produk kesuburan yang k.fiezz tengah cuba sekarang. Founder produk ni Doktor, dia ada share cara mengatasi masalah keputihan. Sebelum ni k.fiezz pun tak tahu kena tukar pantyliner setiap 4 jam sebab kering je memandangkan k.fiezz tak ada masalah keputihan. Itu yang rasa macam rugi pula nak membazir pi buang. haha. Dasar kedekut. Tapi sebenarnya bila kita pakai pantyliner, kawasan miss v cepat kita berpeluh & menyebabkan bakteria di situ. Jadi digalakkan untuk tukar pantyliner setiap 4 jam bagi elakkan terjadi keputihan. 
ALAMI KEPUTIHAN
Yea. k.fiezz sendiri alami masalah keputihan sebelum ni. Tapi bila k.fiezz banyak mencari info berkaitan TTC (trying to conceive) dan jumpa artikel-artikel pasal masalah keputihan ni boleh jadi salah satu faktor susah untuk hamil. K.fiezz cuba tips-tips untuk elak masalah keputihan dari muncul. Antaranya kurangkan pengambilan makanan/minuman manis, banyakkan minum air putih dan memang nampak hasilnya sebab keputihan yang k.fiezz alami sekarang cuma bila nak menghampiri waktu subur dan juga sebelum period. Alhamdulillah sangat. 
TAK MINUM AIR MANIS DAH KE?
Eh. tak ada lah tak minum langsung. Ada juga minum tapi bila dah buat uji kaji pada diri sendiri dan tips yang k.fiezz baca, baru tahu punca keputihan ni dari gula putih. Sekarang k.fiezz tukar dari gula putih kepada gula perang (brown sugar) di rumah. Walaupun ada yang cakap gula perang pun masih kategori gula. Betul la tu, tak lah kata tipu pun. Cuma guna gula perang ni, air kurang manis. Jadi tak ada lah kita craving nak minum manis sangat. K.fiezz pun buat air manis sekali  sehari je waktu pagi  untuk breakfast. Itu pun kadang k.fiezz tak minum. Buat untuk mr hubby. 
Cumanya kalau ke kedai makan, mesti order air manis. Dah kat kedai, memang sah-sah lah air tu akan diletakkan gula putih tapi k.fiezz minum je sebab bukan hari-hari pi minum kat kedai pun. hehe. Lagi pula sekarang kita duk rotate PKP, PKPB, PKPD, PKP balik dan begitu lah seterusnya, lagi lah jarang ke kedai makan sebab boleh take away je sekarang. 
Hikmahnya kurang lepak di kedai & kurang lah minum air manis-manis di kedai. hehe. Kenapa tak order air kosong je kalau pi makan kat kedai? Alaaaa...kat rumah air kosong. Kat kedai makan, cheat day lah order air manis. Sesekali. hehe. Tapi tak pe lah sekarang ni nak keluar pun tak boleh, apa lagi nak makan kat kedai. Duk rumah minum lah air putih. hehe.  
Bagi korang yang ada masalah keputihan tidak normal sampai menganggu kehidupan harian, contoh paling teruk miss v berbau. Duduk sebelah pasangan pun, pasangan kita boleh hidu bauan yang kurang enak dari miss V,korang kena jumpa Doktor untuk rawat masalah keputihan tu.  Untuk yang dah berkahwin, masalah keputihan tu bukan pada diri kita juga tau. Berkait juga dengan pasangan kita sebabkan ada aktiviti seksual. Bila kita bersama dengan pasangan, keputihan dari miss v kita tu boleh menjangkiti pada pasangan kita pula. Itu yang kita kena rawat masalah keputihan ni.  
Jadi ni antara tips untuk kawal masalah keputihan. Semua info ni k.fiezz kumpulkan dari pharmacist & Doktor yang kongsi maklumat di Tik Tok. Senang kumpul sekali dalam satu entry untuk rujukan diri sendiri dan orang lain. Kalau kat Tik Tok, video bersambung-sambung. Leceh pulak nak kena cari bila-bila nak rujuk. Tulis kat sini, senang nak cari. 
Untuk yang ada masalah keputihan, selamat mencuba cara-cara diatas ni. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/06/Masalah-Keputihan-Normal-Dan-Tidak-Normal-Macamana-Cara-Mengatasinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menyelesaikan Masalah Card Information Is Invalid Di Samsung Pay

Cara Menyelesaikan Masalah Card Information Is Invalid Di Samsung Pay

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 356 hits
Sejujurnya saya sangat meminati produk Samsung Selain daripada binaan produk yang berkualiti saya juga meminati salah satu kemudahan yang disediakan iaitu Samsung Pay Persoalannya pernahkah anda menghadapi masalah card information is invali...
Ulat Pengorek Buah Dan Cara Mengatasinya

Ulat Pengorek Buah Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 536 hits
Durian merupakan buah buahan bermusim yang semakin banyak diusahakan di negara kita kerana mampu memberikan pendapatan lumayan jika diusahakan dengan betul Namun jika anda masih baru dalam bidang ini salah satu cabaran utama yang wajib anda...
Hiburan Peminat Terhibur Cara Layanan Jururawat Aedy Ashraf Fobia Jarum Rupanya

Hiburan Peminat Terhibur Cara Layanan Jururawat Aedy Ashraf Fobia Jarum Rupanya

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 293 hits
Pelakon Aedy Ashraf tampil mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik sebuah video di laman Instagramnya yang memaparkan gelagatnya mendapatkan vaksin COVID 19 baru baru ini Ujar Aedy dia sebenarnya fobia kepada jarum suntikan na...
Kemaskini Mysejahtera Cara Update Status Kesihatan Ibu Mengandung Menyusu Bayi

Kemaskini Mysejahtera Cara Update Status Kesihatan Ibu Mengandung Menyusu Bayi

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 592 hits
KEMASKINI MySEJAHTERA CARA UPDATE STATUS KESIHATAN IBU MENGANDUNG MENYUSU BAYI Untuk makluman setiap rakyat Malaysia anda wajib membuat kemaskini status kesihatan di Bagaimanakah cara kemaskini MySejahtera BAGAIMANA JIKA GAGAL MEMBUAT KEMAS...
Cara Membuat Kuah Laksa Menggunakan Ikan Sardin Dalam Tin Dan Ulam Ulaman Yang Unik

Cara Membuat Kuah Laksa Menggunakan Ikan Sardin Dalam Tin Dan Ulam Ulaman Yang Unik

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 362 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Memandangkan PKP tak kerja dan duduk di rumah mula lah setiap hari berlegar legar dalam kepala nak masak apa Asal buka facebook je macam macam menu yang ada Nampak menyelerakan pulak So hari ni CCL plan n...
Tutorial Cara Buat Seo Facebook Page Untuk Bisnes 2021

Tutorial Cara Buat Seo Facebook Page Untuk Bisnes 2021

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 476 hits
Jika anda serius untuk berniaga dan mahukan pelanggan menjumpai anda maka anda wajib memiliki kedai online anda sama ada Facebook Page atau bina sebuah website Hari ini saya akan tunjukkan caranya bagaimana anda boleh membuat SEO Facebook P...
Cili Kisar Tahan Lebih Lama Nak Masak Pun Senang Ini Cara Mudah Simpan Cili Kisar

Cili Kisar Tahan Lebih Lama Nak Masak Pun Senang Ini Cara Mudah Simpan Cili Kisar

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 456 hits
Berbanding bahan memasak lain cili kisar antara bahan wajib ada di dalam peti ais di rumah kita Semua ini bagi menjadikan masa memasak terutama masakan bersambal jadi lebih pantas dan menjimatkan masa Pun begitu stok cili kisar yang selalu ...
Cara Daftar Sarawakpay Online 2021 Dengan Mudah

Cara Daftar Sarawakpay Online 2021 Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 446 hits
Cara Daftar SarawakPay Online Rakyat Sarawak khususnya sudahkah anda mendaftar dengan aplikasi SarawakPay SarawakPay ini mengaplikasikan konsep cashless seperti eWallet dimana anda boleh menggunakan perkhidmatan pembayaran bil utiliti pembe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba