Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari


AssalamualaikumBismillah
Terdetik di hati ini untuk berkongsi pengalaman sendiri bagaimana menaikkan trafik blog dalam masa sebulan tanpa perlu menulis setiap hari. 
Aku tahu ramai yang nak tips macam mana tingkatkan pageviews blog tetapi tak ramai yang ajar artikel yang macam mana sepatutnya kita tulis untuk meraih trafik beribu dalam masa yang singkat. 
300k pageviews bersamaan dengan 10k sehari
Jadi hari ini aku bongkar cara aku menulis artikel sehingga boleh mencecah 10k sehari. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri, apa yang aku buat untuk blog aku supaya dapat trafik tinggi
 
Baca Sini : Road To 600k Pageviews Achieved! + Tips Nak Naikkan PV Blog 

1. Kenal Pasti Kekuatan BlogWalaupun aku dah kongskikan perkara ini di entri sebelum ini, tapi tak apa mungkin masih yang tak faham kot. Kekuatan blog yang macam mana aku maksudkan? Aku tahu ramai yang nak direct to the point contoh entri macam mana kan. 
Kekuatan blog itu boleh dilihat melalui entri korang yang manakah paling banyak views? Adakah artikel yang berkaitan resepi, berita semasa, dekorasi, panduan dan tips dan lain-lain. 
Contoh untuk blog aku sendiri, antara artikel yang paling banyak views adalah tips dan tutorial. 
Daftar Akaun Online Customer Service (OCS) Untuk Semak Bil Elektrik (SESB)Daftar i-Akaun KWSP Melalui Email Untuk Semak Penyata KWSPCara Daftar Bank Islam Secara Online


Mungkin ada yang tertanya atau mempersoalkan, korang pun tulis benda yang sama juga tetapi kenapa views tak banyak? Korang pun tulis benda yang sama juga macam aku tetapi tak dapat pun masuk halaman pertama google. 
Di mana silapnya artikel korang? Bila baca artikel aku pun taklah gempak sangat pun. Malah semuanya aku tulis direct takda berbunga-bunga. 
Meh sini aku kongsi, korang duduk catat nota okay. Kita belajar sama-sama. 
Aku ambil contoh untuk artikel Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks
Kalau korang tengok kat google ramai yang share benda yang sama juga cuma apa yang membezakan antara artikel aku dengan blog yang lain ialah dalam tu aku tunjukkan CARA MACAM MANA NAK TENGOK KOD BIL ELEKTRIK
Entri tu aku tulis 2 tahun yang lalu. masa tu aku mempunyai kesukaran untuk bayar bil di kaunter SESB jadi aku cari di google ramai yang share juga pasal tips ini tetapi tak ajar pun macam mana nak tengok kod bil elektrik tu. 
Kenapa dorang tak ajar? Sebab tutorial tu dorang buat berdasarkan perkongsian daripada orang. Maksudnya mereka hanya copy dan tulis balik berdasarkan apa yang orang lain kongsi bukan daripada pengalaman dorang sendiri. 

Jadi itulah yang membezakan artikel aku dengan orang lain. Semua entri berkaitan dengan tutorial adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri bayar sambil tu screenshot dan edit untuk dijadikan tutorial. 
Begitu juga dengan entri korang, cuba semak dan bandingkan artikel yang ditulis dengan blog lain. Mungkin apa yang korang kongsi tu orang lain pun dah cerita juga. Cari apa yang orang lain belum mention lagi di blog dorang. 
Pembaca ini dia cari sebab nak info. Kalau dia buka sampai 2 - 3 blog tetapi semua pun tulis benda yang sama juga, so dia tak jumpa lah jawapan kepada soalan dia. 
KALAU NAK KEJAR TRAFIK, KITA KENA PIKAT PEMBACA DENGAN INFO YANG MEREKA NAK. 
2. Tulis Mengikut Gaya Penulisan Sendiri
Dah tahu apa kekuatan blog, seterusnya korang tulislah artikel mengikut gaya penulisan sendiri. Tak perlu tiru cara orang tulis macam mana. Kita bina sendiri identiti kita dalam penulisan. Bagi aku benda ini sangat penting. Pembaca boleh tahu cara penyampaian kita macam mana. 
Apabila aku menulis berdasarkan pengalaman sendiri, apabila pembaca tanya maka senang nak jawab soalan. Sebab kita tulis berdasarkan apa yang kita faham dan alami sendiri.
Katakanlah korang nak tulis topik blog yang banyak orang baca supaya boleh sumbang trafik yang tinggi dalam blog. Contoh artikel yang boleh menyumbang banyak trafik ialah :
Tanda awal kehamilanResepi ayam goreng berempahSet menu berbukaCara tukar alamat pusat mengundi
Itu adalah contoh artikel evergreen yang tak lapek dek zaman. Tak kira tahun 2020 ke atau 5 tahun kemudian ke orang tetap akan cari topik tu. Korang nak tulis artikel tu tetapi korang tak pernah alami pun sendiri. Tulis tanda kehamilan tetapi masih single. Tulis tukar alamat pusat mengundi tetapi tak pernah buat. 
Sebenarnya bukan tak boleh buat artikel macam tu, cuma apabila kita sendiri yang pernah alami benda tu kita boleh cerita banyak benda. Pengalaman setiap orang tak sama. Korang copy cara tukar alamat pusat mengundi tahun 2015 sedangkan tahun 2020 dah tak sama cara tu. Mungkin ada penambahbaikan ataupun perubahan. 
Jadi pembaca nak cari topik tu, bila baca "eh ini kan cara lama punya". So pembaca hanya buka blog korang tak sampai 5 saat dah lari cari info kat blog orang lain. Sebab tu bounce rate asyik tinggi ja. 
Contohlah aku ambil pula entri berkaitan resepi. Semua orang boleh je buat entri resepi tetapi kena bersaing dengan banyak blog sebab entri berkaitan resepi ini sebenarnya hampir sama saja, mungkin blog ini tak letak rempah, blog yang itu pula ada halia dan sebagainya. 
Jadi macam mana pula nak tingkatkan trafik untuk entri resepi ini? Jawapannya adalah KEYWORD.
Contoh kita nak tulis resepi sosej. Kalau taip kat google korang boleh nampak ada banyak keyword resepi sesej ini. 
resepi sosej telurresepi sosej masak black pepperresepi sosej rollresepi sosej cheeseresepi hotdogresepi sosej cocktailresepi telurresepi sosej grill
Jadi korang just pilih saja resepi mana yang korang nak buat. Boleh tiru resepi orang lain tetapi pastikan GAMBAR dan VIDEO adalah sendiri. Kalau kita ambil semua samalah macam kita plagiat hak orang lain. 
Sebaiknya entri berkaitan resepi kita letak gambar masakan sendiri. 

3. Tajuk dan Konten Memainkan Peranan Penting
Bagi aku tajuk dan konten artikel sangat penting untuk tingkatkan pageviews blog. Tulis tajuk gempak tetapi isi pula tidak kena mengena pun dengan tajuk. Pembaca ini kan ada banyak kategori. 
Ada pembaca dalam kalangan blogger dan followers. Ada pembaca yang hanya datang blog untuk cari info penting sahaja. Ada pembaca yang baca sebab nak maklumat. Ada pembaca yang baca blog kita sebab nak inspirasi

Jadi konten kita adalah bergantung dengan siapa yang baca blog kita. 
Bagaimana cara aku buat tajuk dan penyampaian isi? 1. Heading (Tajuk artikel) - H1Contohnya Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari. Tajuk inilah yang menjadi kata kunci yang paling penting kerana ia dianggap mewakili isi dari konten website. 
Begitu juga dengan topik yang aku tulis sekarang ini adalah tentang perkongsian cara aku menulis artikel dalam blog yang boleh membantu korang meningkatkan pageviews sehingga 10k sehari. Biasanya aku hanya gunakan Tag Heading ini sekali je dalam entri. 
2. Subheading (Pecahan tajuk/point penting) - H2Sama macam kita buat karangan ada pendahuluan, isi-isi penting dan kesimpulan. Subheading bagi tajuk Cara Menulis Artikel Sehingga Boleh Mencecah 10k Sehari ialah :kenal pasti kekuatan blogTulis mengikut gaya penulisan sendiriTajuk dan konten memainkan peranan penting3. Minor Heading (pecahan point subheading) - H3"Tajuk dan konten memainkan peranan penting" adalah subheading ataupun point penting bagi tajuk blog. (h2) "Bagaimana cara aku buat tajuk dan penyampaian isi?" (h3) pula adalah pecahan point lagi kepada point Tajuk dan konten memainkan peranan penting. 
Faham juga bah kan? haha~ Kalau masih keliru boleh baca penggunaan umum heading tag di bawah. Sumber : pandagila.com


Aku sebenarnya tak berapa tahu juga pasal heading ini. Tetapi itulah apa yang aku faham dan selalu buat setiap kali nak buat entri baru dalam blog. Sekiranya apa yang aku kongsi dan pemahaman aku selama ini salah korang bagitau ja ya. 

Kesimpulannya...
Sejujurnya itu sahaja yang aku buat untuk naikkan pageviews blog aku. Bagi aku point pertama itu yang paling penting. Hanya diri kita sahaja yang tahu apa kepakaran kita dalam menulis macam mana. Kalau korang tengok semua entri aku kebanyakkan berdasarkan apa yang aku pernah alami sendiri. 
Aku jarang buat artikel ulasan atau pendapat berkenaan isu semasa yang terjadi sebab bagi aku setiap pendapat orang berkenaan isu semasa seperti pandemik covid-19, isu orang tak puas hati dengan PKP fasa 4, isu tentang artis yang tak puas hati dan sebagainya adalah berbeza. 
Ada orang suka ada yang tak suka. Ada yang setuju ada juga yang tak setuju. So benda tu subjektif takda betul dan salah. Walaupun aku tahu konten seperti begitu boleh meraih trafik yang tinggi. Bergantung dengan koranglah nak tulis pasal apapun. Blog korang kan

Tips Tambahan Tingkatkan PageviewsJenis Artikel Yang Korang Perlu TahuKalau korang nak trafik tinggi tetapi terhad jangka masanya. Korang boleh tulis artikel berkenaan isu semasa, politik, sukan, jenayah, hiburan dan gosip. 
Selain itu, korang boleh buat entri bermusim. Misalnya tentang perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Ramadan, dan tahun baru. Biasanya entri seperti ini tinggi pageview tetapi apabila masuk musim tersebut sahaja. So sentiasalah kemaskini konten mengikut trend semasa. 
Kalau nak trafik yang berterusan boleh tulis entri yang berbentuk evergreen. Contohnya seperti resepi dan masakan, ia tidak mengundang pageviews mendadak tetapi berterusan. Entri berkenaan travel, percutian, tips percutian dan entri berilmiah serta keagamaan. 

Baca Sini : Cara Dapatkan 1USD Adsense Setiap Hari

Akhir sekali..
aku nak kongsi dengan korang antara keyword atau tajuk blog yang insyaAllah boleh meningkatkan trafik yang tinggi. Korang boleh cuba tulis di blog sekiranya berminat. Ini adalah himpunan blog idea yang aku simpan. 
Tanda awal kehamilanAiskrim MalaysiaResepi ayam goreng berempahSambal belacanNasi tomatoRendang ayamBuat rumah terbuka hari rayaSet menu berbuka/ menu rayaResepi kuah kacangMasalah gastrikDoa awal tahunKek batik sukatan cawan
Fuh.. Panjang nak menaip ni. Aku berharap sangat-sangat perkongsian ini dapat menaikkan semangat rakan-rakan blogger untuk menulis sekaligus dapat tingkatkan pageviews beribu-ribu. Tak best kan kalau sendiri saja semakin hari naik tetapi kawan-kawan pula struggle juga nak jadi macam kita. 
Ada banyak lagi aku nak kongsi pasal blogging tentang pengalaman sendiri macam mana nak tingkatkan pendapatan adsense, berapa kali sehari nak post entri, dan macam-macam lagi. InsyaAllah, akan datang aku akan kongsi dengan korang. 
Kalau korang ada soalan lain berkenaan blog atau nak tips lain pula boleh komen di bawah ya. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/05/cara-menulis-artikel-sehingga-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 10k Likes Ini Cara Mudah Nak Simpan Santan Kotak Kalau Tak Habis Pakai Elak Jadi Basi

Lebih 10k Likes Ini Cara Mudah Nak Simpan Santan Kotak Kalau Tak Habis Pakai Elak Jadi Basi

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 449 hits
Penggunaan santan kotak memang memudahkan tugas apabila memasak Tetapi masalah timbul apabila ianya tidak tahan lama selepas dibuka Selalunya jika ada lebihan santan mesti akan dibuang sahaja kerana sudah basi Tetapi terdapat cara mudah bag...
7 Cara Kita Boleh Elakkan Diri Dari Wabak

7 Cara Kita Boleh Elakkan Diri Dari Wabak

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 253 hits
2020 adalah tahun paling mencabar bukan saja untuk rakyat Malaysia tapi kepada seluruh dunia Covid 19 telah menjadi 1 nama yang disebut oleh hampir setiap orang di seluruh dunia Suatu virus yang agak merbahaya yang mengancam nyawa Dalam art...
Boleh Tak Puasa Ganti Sehari Sebelum Ramadhan

Boleh Tak Puasa Ganti Sehari Sebelum Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 709 hits
BOLEH TAK buat qada PUASA atau PUASA NAZAR SEHARI SEBELUM RAMADHAN Hari itu saya bertanya sahabat sahabat kalau nak ganti puasa Isnin Khamis ni boleh lagikan Sebab Khamis tengok anak bulan Ikut kalendar Jumaat dah mula puasa Melainkan kalau...
Sepanjang Pkp Ini Cara Mengajar Yang Boleh Cuba Dipraktikkan Guru Di Rumah

Sepanjang Pkp Ini Cara Mengajar Yang Boleh Cuba Dipraktikkan Guru Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 477 hits
Kelas Online Dari Rumah Semenjak PKP dijalankan dan KPM mengarahkan sekolah ditutup dan guru sekolah terus memikirkan inisiatif yang sesuai supaya anak murid tidak ketinggalan dalam pelajaran Jadi kebanyakan guru sendiri telah mencuba untuk...
Cara Buat Tau Fu Fa Instant Guna Serbuk Agar Agar Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit Je

Cara Buat Tau Fu Fa Instant Guna Serbuk Agar Agar Boleh Siap Dalam Masa 15 Minit Je

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 791 hits
Antara makanan yang paling popular di pasar malam dan juga bazar Ramadan tentu sekali Tau Fu Fa atau nama sebenarnya Doufuhua Tau Fu Fa adalah kuih tradisi orang cina yang diperbuat daripada soya Baca Rasanya yang manis dan juga Tau Fu Fa y...
Cikgu Ini Ajar Cara Uruskan Kain Baju Menimbun 10 Minit Pun Boleh Settle

Cikgu Ini Ajar Cara Uruskan Kain Baju Menimbun 10 Minit Pun Boleh Settle

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 365 hits
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah waktu yang sesuai untuk satu keluarga menolong antara satu sama lain mengemas rumah atau mempelajari sesuatu yang berfaedah bersama Tidak dinafikan dalam pengurusan aktiviti harian di ruma...
Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 626 hits
Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka harini Ini dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh lembut dan sedap Baca Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan ku...
Kupas Tuntas Soal Kerak Kepala Bayi Dan Cara Mengatasinya Nggak Boleh Sembarangan Ya

Kupas Tuntas Soal Kerak Kepala Bayi Dan Cara Mengatasinya Nggak Boleh Sembarangan Ya

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 243 hits
Umumnya kerak kepala atau cradle crap ini nggak berbahaya Tapi ada beberapa kondisi yang harusnya bikin kamu waspada
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game