Cara Mengurus Masa Dengan Bijak




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua. Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Hari ini aku nak kongsikan dengan anda cara untuk mengurus masa dengan bijak dan juga mengapa pengurusan masa itu penting. Semoga bermanfaat

Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab

Artikel Berkaitan : [ 6 Cara Untuk Hidup Lebih Bahagia ]
KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:Membazir banyak masa yang berfaedahMenjadi tidak produktifMendapat stresMenjadi cemas dan bimbangBertambah gusar dan mudah marah
Dan yang paling utama, anda:
Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
CARA MENGURUS MASA DENGAN BIJAK
Buat jadual harian. Catatkan:
Pukul berapa biasanya anda bangun tidur? Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah? Pukul berapa anda pergi ke sekolah? Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah? Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah? Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama

Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif

Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: ‘Saya ingin memperoleh wang’ bukanlah satu matlamat; sebaliknya ‘Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang kasut dalam tempoh 2 bulan’; merupakan satu matlamat. Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan

Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: ‘Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan’, ‘Melakukan senaman adalah keutamaan’, ‘Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan’. Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan

Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa. Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan

Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan

Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik

Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan. Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres

Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja

Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula

Artikel Berkaitan : [ 10 Penyakit Penyebab Kematian di Malaysia ]
Apabila anda berjaya menguruskan masa dengan baik, maka kehidupan anda akan lebih terurus. Selain itu, hari anda akan lebih produktif dan kurang tekanan. Perasaan gembira nuga akan muncul dan membuatkan anda mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna

Sekian
Sumber : myhealth.gov | Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/11/cara-mengurus-masa-dengan-bijak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu

7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 403 hits
Muslim praying in Sujud posture Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal ...
Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup

Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 2089 hits
Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup Tindakan terbesar dalam kehidupan seorang manusia adalah apabila beliau berani berhijrah Mungkin berhijrah ke tempat lain demi mencari rezeki ada juga yang berhijrah menutup aurat berbanding ...
5 Cara Efektif Untuk Menjaga Tekanan Darah Tanpa Menggunakan Obat

5 Cara Efektif Untuk Menjaga Tekanan Darah Tanpa Menggunakan Obat

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 373 hits
Menderita masalah tekanan darah tinggi juga bisa membuat seseorang berisiko mengalami risiko komplikasi kesehatan Walau begitu terdapat sejumlah cara yang bisa kamu lakukan untuk menjaga tekanan darah tanpa menggunakan obat
Inisiatif Jalur Dan Laluan Kekalkan Cara Dan Fahaman Malaysia

Inisiatif Jalur Dan Laluan Kekalkan Cara Dan Fahaman Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 316 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Begini Cara Tepat Untuk Mengetahui Apakah Anak Memiliki Berat Badan Sehat Atau Tidak

Begini Cara Tepat Untuk Mengetahui Apakah Anak Memiliki Berat Badan Sehat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 316 hits
Dokter anak spesialis nutrisi dan penyakit metabolik pada anak Prof Dr dr Damayanti Rusli Sjarif SpA mengatakan bahwa masa awal kehidupan menjadi periode krusial dalam perkembangan anak Sebanyak 50 sampai 60 persen energi yang diperoleh si ...
Cara Tingkatkan Trafik Blog Tahun 2019

Cara Tingkatkan Trafik Blog Tahun 2019

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 402 hits
Topik ini antara carian tertinggi Bagi blogger baru yang ingin menjana pendapatan melalui blog sudah tentu masih mencari formula untuk meningkatkan pengunjung ke blog anda 1 tip untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog antaranya 1 Postk...
Cara Tukar Hak Milik Motosikal

Cara Tukar Hak Milik Motosikal

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 320 hits
Semalam saya beli sebuah motosikal EX5 Dream Second hand daripada seorang rakan Harga dalam 3K Sudah tentu saya perlu tukar nama pemilik lama kepada nama saya Susah ke Mahal ke caj yang dikenakan Saya cuba survey kalau guna ejen atau agensi...
Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 476 hits
Apa yang kita tanam itulah yang anak akan tuai Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi mendisiplin dan menghukum anak anak dengan kelembutan kasih sayang Ini ad...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Cuti Raya China 2025

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Senarai Chord Lagu Ajl 39 2024

Senarai Biodata Anak Sultan Pahang

The New Morgan Embracing Heritage With A Modern Twist

Baju Burgundy Lebaran 2025 Jadi Tren Baru Tahun Ini

Hiburan Perintah Gaji Minimun Baharu Rm1 700 Bermula Hari Ini

Guru Besar Komen Hentam Kerajaan Menteri Pendidikan Janji Nak Bagi Perhatian Kan Silakan