Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup
Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup. Tindakan terbesar dalam kehidupan seorang manusia adalah apabila beliau berani berhijrah. Mungkin berhijrah ke tempat lain demi mencari rezeki, ada juga yang berhijrah menutup aurat berbanding sebelumnya. Walau apapun hijrah anda, pastikan ia hijrah yang baik kepada lebih baik. Tak ada hijrah yang mudah ya, sayang. Bila telah berhijrah, kita kena menyesuaikan diri pula. Dengan tempat baru contohnya, nak kena berkawan, sesuaikan makanan dan cara hidup dan sebagainya.
Namun hijrah jiwa dan raga yang lebih susah. Dari kehidupan yang lebih baik, tuntutan menjadi muslim sejati, untuk menjadi hambaNya yang taat. Sungguh susah ya kekawan.. tetapi di sebalik kepayahan, kesusahan, keteguhan hati itu.. percayalah, Allah telah sediakan tempat paling istimewa kepada kita. Biarpun jalan istiqamah itu payah dan berliku, tetapi hasilnya amatlah indah dan manis
Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup
Betul saya kata sebelum ini, hijrah tak mudah ya kawan. Jalannya penuh liku dan rintangan datang dalam pelbagai sudut. Hanya mereka yang kuat dan yakin dengan ganjaran dari Allah saja yang akan kekal bertahan
1. Fahami dan amalkan 2 kalimah syahadah
2. Memperbanyak interaksi dengan al Quran
3. Mulai lakukan dengan amalan sederhana
4. Paksa diri untuk beri manfaat kepada orang lain
5. Yakin bahawa ada balasan atas setiap perbuatan di akhirat kelak
6. Cari teman yang mengajak kebaikan dan hadiri majlis ilmu - persekitaran pergaulan kita amat mempengaruhi jalan penghijrahan yang kita pilih. Dalam waktu ini, akan ada ramai rakan yang menjauhi. Tak mengapa. Its okay. Kita cari rakan dan sahabat baru, yang boleh nembimbing kita
7. Perbanyak membaca kisah rasul dan para sahabat
8. Banyakkan berdoa agar kita terus istiqamah dalam penghijrahan, dan tetapkan hati kita dalam iman dan islam - sesungguhnya hati berbolak balik sifatnya. Dah lah iman kita senipis kulit bawang.. maka hanya Allah yang mampu pegang hati kita. Hanya kepada Allah tempat kita bermohon agar dikuatkan hati, diteguhkan iman dalam perjuangan hijrah kita
Semoga sedikit coretan tentang cara-cara istiqamah dalam berhijrah di atas dapat dijadikan panduan dan memberi manfaat kepada semua pembaca blog aynorablogs
Hanya kepada Allah kita bergantung harap. Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2019/10/cara-bertahan-dalam-melakukan.html