Cara Mendidik Anak Dengan Adab



1. Sebahagian salafussoleh menyatakan bahawa memiliki adab itu lebih utama dari menguasai ilmu yang luas. Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia. Atas dasar itu Abdullah ibn al-Mubarak menegaskan bahawa:
نحن إلى قليل من الأدَب أحوجُ منا إلى كثيرٍ من العلم
“Kita lebih memerlukan kepada adab (walau) sedikit berbanding dari memiliki ilmu yang menggunung.” (al-Khatib al-Baghdadi, al-Jami’ li Akhlaq al-Rawi)
2. Bahkan al-Imam Malik dikatakan sangat mengutamakan adab dalam pengajian beliau. Perkara ini dinukilkan oleh anak murid beliau iaitu Abdullah ibn Wahb yang menyebutkan:
ما نقَلْنا مِن أدب مالكٍ أكثرُ مما تعلمنا مِن عِلمه
“Apa yang kami pelajari daripada adab Imam Malik itu lebih banyak dari apa yang kami pelajari dari ilmunya.” (al-Asbahani, Hilya al-Aulia’)
3. al-Imam Malik dikatakan turut pernah menegur al-Imam al-Shafie yang dilihat seakan bermain-main dengan jarinya ketika majlis pengajian hadith dijalankan. Perbuatan bermain-main dengan jarinya itu seakan dilihat tidak beradab ketika pengajian hadith. al-Imam Malik lalu memanggil al-Shafie untuk bertanya tentang kelakuannya itu. al-Shafie lalu menjawab:
يا سيدي! ما كنتُ أعبث ولكني كنتُ أسجل بريقي ما تقول حتى لا أنسى؛ لأنني فقير، ولا أملك الدرهم الذي أشتري به القرطاس والقلم.
“Wahai Tuanku, aku tidak bermain-main, tetapi aku menulis dengan air liurku (di atas tapak tanganku) agar aku tidak lupa. Sesungguhnya aku adalah orang yang miskin dan tidak mempunyai dirham untuk memberi kertas dan pen.”
Rupa-rupanya al-Imam al-Shafie menulis diatas telapak tangannya menggunakan air liurnya. al-Imam Malik menyangkakan bahawa al-Shafie bermain-main dengan tangannya. Lihatlah betapa seriusnya al-Imam Malik dalam menjaga adab anak muridnya ketika pengajian ilmu sedang berjalan.
4. Bahkan sebahagian hukama menyimpulkan bahawa adab yang tinggi adalah kesan dari ibadah yang diterima. Seakan tiada gunanya buat mereka yang mempunyai amal yang banyak tetapi tidak memiliki adab yang tinggi. al-Imam Ibn al-Qayyim menukilkan:
الأدبُ في العمل علامةُ قَبول العمل
“Beradab di dalam amalan itu (salah satu daripada) tanda amalan itu diterima.” (Madarij al-Salikin)
5. Seharusnya mereka yang dilihat memiliki pengetahuan yang luas itu turut dihiasi dengan adab yang mulia. Lihatlah bagaimana Allah mendidik Nabi Musa yang menyangkakan dirinya lebih mengetahui dari orang lain. Perkara ini diceritakan oleh Rasulullah yang menyebutkan:
أَنَّ مُوسَى قَامَ خَطِيبًا فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ ، فَسُئِلَ : أَيُّ النَّاسِ أَعْلَمُ ؟ فَقَالَ : أَنَا ، فَعَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِ
“Sesungguhnya Nabi Musa memberikan khutbah kepada Bani Israel. Lalu beliau ditanya, siapakah yang paling mengetahui (paling mempunyai ilmu) dikalangan manusia. Lalu Nabi Musa menjawab: Aku. Maka Allah memberikan pengajaran kepada beliau (Nabi Musa).
Dikatakan pada Nabi Musa bahawa terdapat seorang hamba (Nabi Khader/Khidr) yang mempunyai ilmu yang lebih dari engkau. Lihatlah bagaimana dalam proses pengajian Nabi Musa bersama dengan Nabi Khidr, beliau lebih banyak terdidik dari aspek adab.
6. Kadang-kadang mungkin kita terasa lebih bijak dan pandai dari yang lain sehingga terlepas aspek adab yang perlu dijaga. Ia adalah peringatan buat diri saya sendiri.
Semoga Allah membimbing kita semua dan mengurniakan kita adab yang diredai Allah.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
The post Cara Mendidik Anak Dengan Adab appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/cara-mendidik-anak-dengan-adab/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendidik Bukan Membajak Kader Cara Pdip Menghasilkan Kepala Daerah Yang Baik

Mendidik Bukan Membajak Kader Cara Pdip Menghasilkan Kepala Daerah Yang Baik

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 215 hits
Keberhasilan PDI Perjuangan memenangkan Pemilu 2014 2019 ternyata dimulai dengan langkah organisasi melibatkan para kadernya yang duduk sebagai kepala daerah Langkah itu kemudian terinstitusionalisasi menjadi sekolah kepala daerah yang dipe...
Ibu Ini Kongsi Cara Latih Anak Tak Pakai Lampin Dalam Masa 3 Hari Bolehlah Cuba

Ibu Ini Kongsi Cara Latih Anak Tak Pakai Lampin Dalam Masa 3 Hari Bolehlah Cuba

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 449 hits
Bila anak semakin besar mulalah terfikir bila nak latih dia tak payah pakai pampers lagi Jimat kos ibu Tapi kadangkala terasa macam tak sempat atau belum bersedia untuk melatih si kecil Padahal si kecil sendiri sudah memberitahu keinginanny...
Anak Asyik Tak Sihat Mama Mesti Lakukan Cara Ini Barulah Tak Kerap Makan Ubat

Anak Asyik Tak Sihat Mama Mesti Lakukan Cara Ini Barulah Tak Kerap Makan Ubat

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 688 hits
Tentunya ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil ingin mengetahui cara untuk meningkatkan imun badan anak Ada yang akan cuba buat pelbagai cara untuk memastikan antibodi anak kuat dan tidak mudah sakit Bagaimanapun ada juga anak anak yang s...
Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

Jom Ubah Cara Kita Didik Anak Lelaki Kita Mereka Juga Perlu Tahu Urus Rumah Bukan Ajar Jadi Pondan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 575 hits
Dalam sesebuah institusi keluarga anak perempuanlah yang selalu ditekankan untuk membantu ibu membuat kerja kerja rumah seperti memasak melipat kain atau mengemas Manakala anak lelaki pula jarang diasuh membuat kerja kerja rumah kerana suda...
Perhatikan Cara Berjalan Anak Untuk Ketahui Risiko Masalah Punggung Mereka

Perhatikan Cara Berjalan Anak Untuk Ketahui Risiko Masalah Punggung Mereka

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 309 hits
Dokter spesialis kedokteran fisik dan rehabilitasi Christa Adriane Tenges menyampaikan salah satu tanda skoliosis yakni cara berjalan yang miring sebelah entah ke kiri atau ke kanan
Cara Cepat Turunkan Suhu Jerlum Dan Angkat Jangan Biar Tuala Atas Kepala Anak

Cara Cepat Turunkan Suhu Jerlum Dan Angkat Jangan Biar Tuala Atas Kepala Anak

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 590 hits
Demam biasanya dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan anak Bagaimanapun demam yang disebabkan jangkitan kuman serius adalah kecil Namun demam yang biasa dialami anak anak adalah dari jangkitan virus Sebag...
Rangsang Otak Anak Jadi Cerdas Dan Iq Tinggi Cara Nak Rangsangnya Kena Tepat

Rangsang Otak Anak Jadi Cerdas Dan Iq Tinggi Cara Nak Rangsangnya Kena Tepat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 389 hits
Siapa yang tak mahu anak jadi bijak dan pandai dalam segala hal Namun mendidik anak yang cerdas minda dan tinggi daya IQnya harus dilatih sejak kecil lagi Namun cara ransangannya juga harus bijak dan tepat Ada beberapa perkara ibu ayah bole...
Tips Dari Prof Muhaya Dalam Mendidik Anak Anak Cemerlang

Tips Dari Prof Muhaya Dalam Mendidik Anak Anak Cemerlang

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 880 hits
Mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan terutama daripada orang tua Dalam hal ini di sini kita kongsikan pesanan penting Prof Dr Muhaya untuk ibu bapa dalam mendidik anak anak Tips Dari Prof Muhaya Dalam Mendidik Anak Anak CemerlangCredit...
Ini Cara Syu Melatih Anak Tabiat Memberus Gigi Sejak Bayi

Ini Cara Syu Melatih Anak Tabiat Memberus Gigi Sejak Bayi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 754 hits
Ini Cara Syu Melatih Anak Tabiat Memberus Gigi Sejak Bayi Syu ada sedikit panduan yang ingin dikongsikan buat ibu ibu melatih anak memberus gigi Tips ni berdasarkan pengalaman Syu melatih Naufal supaya melekat dengan tabiat memberus gigi se...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English