Tips Dari Prof Muhaya Dalam Mendidik Anak Anak Cemerlang



Mendidik anak ibu bapa memerlukan panduan terutama daripada orang tua. Dalam hal ini, di sini kita kongsikan pesanan penting Prof Dr Muhaya untuk ibu bapa dalam mendidik anak-anak. 

Tips Dari Prof Muhaya Dalam Mendidik Anak-Anak Cemerlang
Credit Pic : SUMBER
Pakar motivasi terkenal Profesor Dr. Muhaya banyak berkongsi perkara yang penting dalam urusan mendidik anak-anak.

Tips Dari Prof Muhaya Dalam Mendidik Anak-Anak Cemerlang
1. Kirimkan Bacaan Al Fatihah

Jika tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMu pohon pertolongan” mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat.

Habiskan bacaan surah Al Fatihah, doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Doa & Pandang Wajah Anak

Pandang wajah anak semasa dia tidur dan ucapkan bahawa, “ibu hendak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang !!. Cubalah amalkan sewaktu anak tidur kerana waktu ini kita sedang bercakap dengan rohnya. Setiap ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.


3.Solat Hajat Disisi Anak

Ketika bangun solat malam, solatlah hajat di sisi anak. Solat dalam bilik anak, dekat dengannya. Jika kita selalu melakukannya dan selalu memberitahu anak yang kita sering mendoakannya, dia akan merasai satu ikatan kasih sayang hakiki yang kita amat sayangkan dirinya serta mahu dia menjadi anak soleh.


4. Minta Dikasihani

Ucapkan setiap masa bahawa kita sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak menjadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan  ibu bapanya dan tentunya kita akan merana di alam barzah nanti.


5. Peluk Dan Cium Anak Selalu

Selalu peluk anak walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita menatangnya semasa kecil. Peluk dan cium sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.


6. Maafkan Anak

Maafkan anak  setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati. Muhasabbah diri, mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita di masa lampau.


7. Jaga Tutur Kata & Minta Maaf

Jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hati anak. Jika ini berlaku kerana tidak sengaja, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk minta maaf pada anak. Mengakulah itu kelemahan kita tapi kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci.


8. Amalkan Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim

Supaya kita, anak dan zuriat termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku, perkenankanlah doa permohonanku.]


9.Tekankan Kemuliaan Peribadi

Selalu ingatkan anak bahawa tidak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta menghafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak memandang wajah yang cantik tapi memandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia pun tak suka.

Rahsia Anak Pintar Sebelum Memasuki Tadika = Klik Disini

10. Berdoa Ketika Membasuh Beras

Sewaktu membasuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya.” Kenapa anak perlu faham agama? Kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibu bapanya juga ke neraka.

Basuh beras lawan jam ( seperti bertawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.  Sewaktu melakukannya kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah selalu.


11. Ucap Kata-Kata Positif

Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi kata-kata positif kepada anak. Apabila memarahi anak-anak, jangan sesekali mengeluarkan kata-kata negatif. Tindakan ini membuatkan anak jadi seperti yang kita ucapkan.


SUMBER

Baca Juga : Rawatan Awal Untuk Kanak-Kanak Yang Mempunyai Masalah Mata Juling



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/07/tips-dari-prof-muhaya-dalam-mendidik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prof Dr Muhaya Pesan Ajar Minta Maaf Bagi Pujian Cara Mudah Elak Anak Bergaduh

Prof Dr Muhaya Pesan Ajar Minta Maaf Bagi Pujian Cara Mudah Elak Anak Bergaduh

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 470 hits
Memang seronok apabila mempunyai anak ramai Tetapi bila anak anak sudah mula bergaduh memukul tidak mahu berkongsi barang dan mencubit semuanya jadi tidak indah Boleh dikatakan tidak ada bonding antara adik beradik Apabila tiadanya bonding ...
Viral Hitamkan Mata Tak Nak Anak Ketagih Gajet Menipu Prank Bukan Cara Mendidik

Viral Hitamkan Mata Tak Nak Anak Ketagih Gajet Menipu Prank Bukan Cara Mendidik

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 1541 hits
Semalam viral di media sosial tentang taktik berbentuk prank untuk mengekang anak daripada leka dengan gajet atau telefon pintar Tolong jangan tiru kurang baik untuk perkembangan mental emosi kanak kanak Posting yang telah tular di Facebook...
Amit Amit Jangan Sampai Anak Kelak Jadi Pelaku Bullying Ini 6 Tips Penting Mencegahnya Terjadi

Amit Amit Jangan Sampai Anak Kelak Jadi Pelaku Bullying Ini 6 Tips Penting Mencegahnya Terjadi

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 269 hits
Jangan suka nyinyirin anak orang di media sosial Hati hati kamu pun bisa berpotensi jadi orang tua dari anak pelaku bullying Tapi tenang bisa dicegah kok
Tips Menjaga Kesehatan Anak Di Musim Pancaroba

Tips Menjaga Kesehatan Anak Di Musim Pancaroba

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 332 hits
Cuaca yang panas di pagi atau siang hari kemudian tiba tiba hujan di malam harinya merupakan tanda tanda bahwa saat itu sedang memasuki musim pancaroba Setidaknya inilah yang tengah terjadi di beberapa daerah di Indonesia Apalagi Indonesia ...
Cara Mendidik Anak Dengan Adab

Cara Mendidik Anak Dengan Adab

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 872 hits
1 Sebahagian salafussoleh menyatakan bahawa memiliki adab itu lebih utama dari menguasai ilmu yang luas Apa gunanya ilmu setinggi langit andai diri tidak dihiasi dengan adab mulia Atas dasar itu Abdullah ibn al Mubarak menegaskan bahawa Kit...
Selalu Dipeluk Ibu Boleh Ubah Perilaku Anak Yang Tak Dengar Kata Tips Penting Dari Ustaz

Selalu Dipeluk Ibu Boleh Ubah Perilaku Anak Yang Tak Dengar Kata Tips Penting Dari Ustaz

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 454 hits
Tahukah anda anak yang kerap dipeluk ibu akan membesar sebagai individu yang positif mudah mendengar kata dan mempunyai perilaku yang baik Kenapa susah sangat nak dengar cakap Ibu Dah berapa kali ibu pesan jangan buang sampah dalam bilik Ko...
Bawa Anak Ke Library Apa Faedahnya

Bawa Anak Ke Library Apa Faedahnya

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 330 hits
Bawa Anak Ke Library Apa Faedahnya Dekat sekolah nanti kan ada library Kenapa perlu bawa sekarang Anak tak boring ke Mungkin pertanyaan The post appeared first on
Cara Cepat Turunkan Suhu Jerlum Dan Angkat Jangan Biar Tuala Atas Kepala Anak

Cara Cepat Turunkan Suhu Jerlum Dan Angkat Jangan Biar Tuala Atas Kepala Anak

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 538 hits
Demam biasanya dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan anak Bagaimanapun demam yang disebabkan jangkitan kuman serius adalah kecil Namun demam yang biasa dialami anak anak adalah dari jangkitan virus Sebag...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025