Cara Mendaftar Akaun Boost


Perkhidmatan e-wallet atau dompet digital telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun yang lepas dengan lebih daripada 40 lesen telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ianya antara inisiatif bank negara untuk mengubah Malaysia sebagai negara tanpa tunai atau cashless nation menjelang tahun 2020 dengan pembayaran mudah alih.


Salah satu perkhidmatan E-Wallet paling popular di Malaysia adalah aplikasi Boost, kerana cara penggunaannya yang mudah terutamanya ketika membuat sebarang pembayaran tanpa perlu membawa wang tunai.

Bagaimana Cara Mendaftar Akaun Boost?

Sila ikuti langkah berikut untuk mendaftar akaun Boost:

1. Muat turun aplikasi Boost di Play Store. [KLIK SINI]

2. Buka aplikasi tersebut dan ikuti langkah di bawah untuk mendaftar akaun Boost:

3. Klik pada "Register".

4. Masukkan nombor telefon dan Boost akan menghantar SMS dengan kod pengesahan 6 digit.

5. Jika anda tidak menerima SMS tersebut, sila klik pada "Did not receive SMS" dan sistem akan menghantar SMS tersebut sekali lagi.


6. Masukkan nama penuh anda.

7. Masukkan alamat e-mel anda (Bukan email orang lain).

8. Masukkan kata laluan supaya hanya anda yang boleh log masuk ke akaun Boost anda. Gunakan kata laluan yang mudah diingati. Gunakan gabungan huruf besar, huruf kecil serta nombor. Cth: PassWord2020.

9. Masukkan kod PIN transaksi 6 digit supaya hanya anda yang boleh membenarkan semua transaksi dilakukan dalam aplikasi Boost. Pastikan anda tidak terlupa kod PIN nanti.

Tips: Gunakan nombor pin kad atm, tarikh lahir atau kad pengenalan anda, cuma tidak digalakkan kerana mudah diketahui orang lain.

10. Pilih penyedia rangkaian anda (telco). Cth: Pilih DIGI jika sim kad anda adalah DIGI.

Pilih jenis "wallet" yang anda ingin gunakan: Basic Wallet (had RM200) atau Premium Wallet (had RM1,500) penggunaan sebulan.

Jika anda memilih untuk menggunakan Premium Wallet, anda perlu memberikan butiran gambar kad pengenalan/pasport, yang boleh dirakam ketika pendaftaran.

Anda juga perlu merakam video selfie untuk pengecaman wajah dan gambar kad pengenalan.

Abaikan Premium Wallet jika anda merasakannya terlalu sukar untuk membuat pengesahan.

Siap!


5 Kelebihan E-Wallet (e-Dompet)

Dompet digital merujuk kepada peranti elektronik atau perkhidmatan dalam talian yang membolehkan seseorang membuat urus niaga secara online.

Penjual akan menerima bayaran secara online, begitu juga pembeli boleh membuat pembayaran secara online juga.

Komputer individu juga boleh disambungkan dengan e-wallet tersebut.

E-wallet kini semakin diterima sebagai pilihan pembayaran yang efisien dan telah digunakan secara meluas di serata pasar raya, kedai runcit, kedai makanan & minuman dan juga vendor-vendor kecil di seluruh Malaysia.

Justeru itu, sekiranya anda masih baru dengan e-wallet, saya akan kongsikan 5 kelebihan menggunakan dompet digital.

1. Jejak Perbelanjaan

Apabila anda membuat sesuatu pembayaran, e-wallet tersebut akan menyimpan semua rekod perbelanjaan anda di bahagian history.

Oleh itu, anda tidak perlu lagi risau untuk mengingati atau tertanya-tanya kemana duit anda telah 'menghilang' atau berapa banyak anda telah berbelanja dalam seminggu atau sebulan.

Semua rekod perbelanjaan anda kini dibuat secara automatik. Senang bukan?

Tidak perlu lagi membazir kertas dan bersusah-payah menulis rekod setiap kali berbelanja.

2. Kawal Perbelanjaan

Dengan menggunakan e-wallet, anda boleh mengawal perbelanjaan dengan menetapkan jumlah amaun tambah nilai mengikut keperluan peribadi.

Tidak perlu lagi risau berbelanja melebihi had peribadi yang telah ditetapkan.

Cara ini sesuai untuk individu yang sering lupa diri apabila berbelanja, terutamanya ketika gaji bulanan baru dikreditkan ke dalam akaun bank.

3. Peringatan Pembayaran

Sering terlepas tarikh pembayaran untuk segala macam langganan bulanan anda? Atau sering dikejar oleh tuan rumah untuk bayar sewa? E-wallet boleh menjadi 'pembantu peribadi' anda.

Pengguna hanya perlu menetapkan pembayaran secara auto atau auto pay dan e-wallet anda akan membayar bil berkenaan bagi pihak anda.

Tetapi, bagaimana pula kita nak jejak segala bil yang telah ditolak kalau pilih pembayaran secara auto? Kesemua bil tersebut boleh disemak di bahagian history e-wallet!

4. Nikmati Pelbagai Diskaun

Ya! Jika anda memuat turun dompet digital, pelbagai jenis diskaun menunggu anda. Bukan itu sahaja, tawaran cashback atau balik balik tunai juga menanti.

E-wallet seperti Boost, FavePay, BigPay dan GrabPay sentiasa menawarkan pelbagai cashback dan diskaun menarik yang semestinya akan membuat pengguna mereka tergoda! Inilah yang dikatakan sebagai membeli-belah dengan bijak.

5. Keselamatan Terjamin


Semasa menggunakan e-wallet, kesemua maklumat akaun peribadi 'disulitkan' kerana nombor akaun bank sebenar anda tidak akan dinyatakan di telefon.

Selain itu, kata laluan turut diperlukan sekiranya anda ingin melihat atau mengubah maklumat akaun, membuat pembelian atau transaksi ke mana-mana perkhidmatan.

Tambahan pula, anda tidak perlu risau kehilangan dompet atau terlupa untuk membawa kad bank ketika berada di luar. Top up saja dompet digital secara online dan teruskan pembayaran dengan mudah.

Sebaik sahaja mula menggunakan e-wallet, anda tidak perlu lagi dompet lama anda itu. Hanya perlu bawa smartphone sahaja!

DAFTAR BOOST SEKARANG!
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Itu e-Dompet (e-Wallet)?Apa Itu Blockchain?
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/cara-mendaftar-akaun-boost.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung Haji

Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung Haji

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 1656 hits
Assalamualaikum dan Hai Semalam sempat masukkan duit dalam Akaun Tabung Haji Saya masukkan duit RM1 dan RM5 yang saya simpan lebih kurang sebulan Macam mana dapat idea simpan duit RM1 dan RM5 ni Haaa ceritanya macam ni suatu hari saya berbo...
Cara Daftar Dan Tebus Rm30 Etunai Rakyat Touch N Go Boost Dan Grabpay

Cara Daftar Dan Tebus Rm30 Etunai Rakyat Touch N Go Boost Dan Grabpay

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1419 hits
Cara Daftar Dan Tebus RM30 eTunai Rakyat Touch N Go Boost Dan GrabPay Dalam perbentangan belanjawan 2020 yang lepas kerajaan ada sediakan bajet sebanyak RM450 juta untuk insentif eTunai Rakyat eTunai Rakyat ini adalah satu inisiatif kerajaa...
Cara Claim Rm30 E Tunai Rakyat Melalui Aplikasi Boost

Cara Claim Rm30 E Tunai Rakyat Melalui Aplikasi Boost

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1476 hits
Assalamualaikum Malam tadi dah keluar berita mengenai baucer e tunai rakyat bernilai RM 30 Pasti ramai yang sibuk untuk dapatkan cara cara untuk menebus RM 30 tersebut kan Sebenarnya tidak susah pun nak tebus Dengan syarat korang dah instal...
Iphone Bermasalah Data Apps Bateri Ini Cara Untuk Setting Semula Smartphone Anda

Iphone Bermasalah Data Apps Bateri Ini Cara Untuk Setting Semula Smartphone Anda

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 901 hits
Setting iPhone jadi tak betul Atau network kejap kejap lost Atau ada apps selalu terkeluar sendiri Korang blh try cara ni Ni thread cara cara nak reset Korang kena tahu iPhone ada banyak option utk reset setiap satu tu tujuannya berbeza Car...
Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap

Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1201 hits
Cara Buat Kuah Kari Dhal Yang Sedap Kuah Dhal sedap dimakan dengan roti canai Lepas tu tambah sikit sambal tumis Boleh dibayangkan sedapnya sarapan hari itu hehehSaya nak kongsi tentang kuah dhal Ada banyak cara orang masak kuah dhal atau d...
Pakaikan Alisa Mitten Cara Hanis Zalikha Elak Anaknya Menggaru Hingga Luka

Pakaikan Alisa Mitten Cara Hanis Zalikha Elak Anaknya Menggaru Hingga Luka

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 742 hits
Memandangkan anak kedua kepada pelakon dan pengacara Hanis Zalikha Alisa Aisyah mengalami kulit sensitif di bahagian muka Hanis akui kena sentiasa menitik beratkan penjagaan kebersihan dan pemakanan untuk anaknya Terbaru Hanis berkongsi car...
Ini Cara Untuk Tebus Rm30 E Tunai Rakyat Mulai Esok

Ini Cara Untuk Tebus Rm30 E Tunai Rakyat Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 1073 hits
Seperti diketahui pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu kerajaan mengumumkan mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e wallet buat Rakyat Malaysia Nampaknya rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut ...
Gimana Sih Cara Mudah Ahli Jualan Buat Pebisnis

Gimana Sih Cara Mudah Ahli Jualan Buat Pebisnis

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 418 hits
Di postingan ini kami akan ulas seputar Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai income tam...
Cara Cuci Botol Susu Bayi Tips Jimat

Cara Cuci Botol Susu Bayi Tips Jimat

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 595 hits
Banyak benda nak share berkenaan barang barang yang ok dan tak ok based on aku punya experience Maybe boleh bantu orang orang yang memerlukan HeheKita mulakan dengan cara cuci botol susu Haritu aku ternampak orang share artikel dari majalah...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meditation Experience 5

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri