Cara Memilih Sunscreen Terbaik Mengikut Kesesuaian Jenis Kulit


Pakai sunscreen tu bukan hanya bila perlu, tapi perlu dipakai setiap hari.  Berani ke nak keluar rumah dalam keadaan cuaca panas tanpa sunscreen? Haa mesti risau kulit sunburn kan. Lagi-lagi bila berada di tepi pantai yang terdedah dengan cuaca panas terik dan berlamaan di situ. 

Realitinya, ramai yang mengabaikan pemakaian sunscreen. Betul tak? Kadang malas, kadang tak sesuai dengan kulit dan macam-macam alasan lagi lah. Padahal pemakaian sunscreen ni penting dalam cara penjagaan muka dan salah satu tips muka glowing.

Mungkin sekarang tak nampak kesannya. Tapi dalam jangka masa pendek, kesannya kulit akan terbakar (sunburn), kusam dan kelihatan gelap. Untuk kesan jangka masa panjang pula akan menyebabkan tona tidak sekata, berkedut dan tidak anjal.

Sebab itulah kena cakna cara penjagaan muka yang betul. Duduk dalam rumah ke luar rumah ke, tetap lah kena pakai sunscreen. Sila jangan abaikan.

Zaman sekarang ni berlambak dengan macam-macam jenis sunscreen di pasaran yang boleh dipilih. Tahu tak apa ciri-ciri sunscreen terbaik sebagai krim siang terbaik? Macamana cara memilih sunscreen mengikut kesesuaian kulit terutamanya sunscreen untuk kulit berminyak?

Sebelum tu, kenali dulu apa itu sunscreen?
Apa itu sunscreenSecara ringkasnya, sunscreen merupakan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia tertentu yang akan menyerap ke dalam kulit terlebih dahulu sebelum sinaran UV kena pada kulit.

Lapisan sunscreen ini adalah sebagai lapisan tambahan yang boleh mengurangkan kemasukan sinaran UV ke dalam kulit. Cara memilih sunscreen terbaik, pilihlah yang boleh melindungi kulit daripada kedua-dua radiasi iaitu UVA dan UVB. Nak yang terbaik lagi, boleh pilih hybrid sunscreen. 

Hybrid sunscreen merupakan sejenis krim perlindungan matahari yang menggabungkan physical dan chemical yang boleh melindungi kulit dengan lebih baik. Terpaling sunscreen gitu.

Cara memilih sunscreen terbaikSunscreen yang tidak berminyak dan tidak melekitPertama sekali, pilihlah jenis sunscreen yang tidak berminyak dan tidak melekit. Kenapa? Sebabnya kita nak keselesaan bila pakai sunscreen. Tak nak lah jenis rimas dan tak selesa, dia akan jadi auto malas nak pakai sunscreen. Kan

Tekstur yang ringan, lembap, lembut dan tidak menyebabkan pori tersumbatKeduanya, pastikan tekstur sunscreen yang ringan, melembap dan melembutkan kulit. Bukan hanya melindungi kulit dari panahan sinaran UV, tapi kulit pun dapat manfaatnya. Terpaling penting sunscreen tu tak menyebabkan pori tersumbat yang boleh mengundang jerawat muncul

Strong SPF 50+ PA+++Untuk memilih sunscreen terbaik, kena pilih sunscreen dengan nilai SPF 50 dan PA yang tinggi. Makin tinggi SPF, makin tinggi kekuatan melindungi kulit. Begitu juga dengan simbol + PA tu, makin banyak +, makin bagus. Sebaiknya pilihlah sunscreen SPF 50.
Mudah blend dan cepat meresap kedalam kulitPastikan juga sunscreen mudah blend dan cepat meresap kedalam kulit, barulah cepat proses kita bersiap sebelum keluar rumah

Mesra wuduk, sunscreen yang boleh basuh dengan airYa, terpaling penting carilah sunscreen yang boleh basuh dengan air, sunscreen mesra wuduk. Mudah untuk kita bersihkan muka sebelum mengambil wuduk tanpa perlu menggunakan pencuci muka. 
Hybrid sunscreenSebaiknya, pilih hybrid sunscreen yang terpaling sunscreen kerana ianya sejenis sunscreen terbaik yang menggabungkan physical dan chemical yang memberikan kesan yang jauh lebih bagus

Mempunyai bahan Aloe Vera yang bagus untuk kulit, melegakan kulit dan bagus untuk kulit sensitifPilihlah sunscreen aloe vera kerana aloe vera mempunyai kandungan aloe aera yang bersifat 'soothing' iaitu melegakan kulit dari keradangan. Disebabkan itu, sunscreen aloe vera sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif

Tiada white castPilih juga sunscreen yang tiada meninggalkan kesan white cast untuk mengelakkan kulit muka kelihatan bercapuk putih putih terutamanya semasa berpeluh. Sunscreen tanpa kesan white cast akan nampak kulit lebih natural dan boleh dijadikan sebagai krim siang terbaik

Selamat digunakan, tiada bahan memudaratkan (No Alcohol, No Sulfate, No Paraben)Pastikan produk sunscreen yang dipilih selamat digunakan. Sunscreen yang tiada mengandungi bahan yang memudaratkan (No Alcohol, No Sulfate, No Paraben)

Saiz dan harga setanding kualitiBiasanya pek sunscreen dijual dalam saiz yang kecil dan harganya tidak murah. Jadi, carilah sunscreen yang saiz dan harganya setanding kualiti.

Kesemua ciri-ciri sunscreen terbaik yang saya senaraikan diatas ada pada hybrid sunscreen Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen yang saya guna. Dahlah sejenis hybrid sunscreen, sunscreen untuk kulit berminyak pun ye juga. Bagus ya amat


Aloe Vera Sunscreen Hansaegee NatureAloe Vera Sunscreen jenama Hansaegee Nature mengandungi ekstrak aloe vera yang melegakan masalah kulit dan radang serta memberikan kulit sihat yang kekal hidrat. 
Selain menggunakan ekstrak aloe vera, ia juga diformulasikan dengan ekstrak centella asiatica, ekstrak morus alba bark, ekstrak orkid dan bahan-bahan utama yang lain seperti sodium hyaluronic, glycerin dan allantoin

1. Sunscreen untuk kulit berminyak (texture tidak berminyak)
Disebabkan sunscreen ini jenis tidak berminyak, jadi selepas sapuan tu kulit pun tidak kelihatan berminyak dan tidak melekit. Biasanya kalau kita sapu sebarang krim mesti rasa berminyak dan melekit kan. Apatah lagi bila berada di bawah panas cahaya matahari dan berpeluh. 
Walau berpeluh sekalipun dia tak akan menyebabkan berminyak dan tak melekit-lekit. Pendek kata, selesa lah walau dalam keadaan cuaca sekali pun. Itu yang jadi sunscreen favourite tu

2. Tekstur ringan dan lembut, moisture tidak menyumbatkan pori
Sunscreen Aloe Vera Hansaegee Nature memiliki tekstur ringan (light weight) dan lembut. Selain melindungi kulit daripada pancaran sinaran UV, ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit tanpa menyebabkan pori tersumbat. Dia pun ringan tu rasa macam pakai krim nipis-nipis je

3. Sunscreen Strong SPF 50+ PA+++
Seperti yang saya telah ceritakan di atas, Hansaegee Nature Sunscreen Aloe Vera memiliki nilai SPF 50+ PA+++ yang terbaik yang mampu melindungi kulit dari terbakar dari panahan sinaran UV dengan baik tanpa perlu disangkal lagi. Sunscreen SPF 50 yang bukan biasa-biasa tapi Strong SPF 50+ PA+++

4. Easy to blend dan mudah menyerap ke dalam kulit
Dengan tekstur yang ringan dan lembut, sangat mudah lah nak blend pada kulit. Pula tu cepat meresap ke dalam kulit. Senang kerja nak bersiap pakai sunscreen. Paling saya suka tu dia jenis cepat meresap. Sapu beberapa kali je. Nah, kulit pun auto licin! seolah-olah macam kita pakai primer tapi sunscreen ni dia tak menutupi pori kulit.
5. Sunscreen yang boleh basuh dengan airSunscreen aloe vera Hansaegee Nature ini tersangatlah mesra wuduk. Mesra wuduk tu macamana? Krim sunscreen ni boleh dibasuh dengan air je tanpa perlu menggunakan pencuci muka. Hanya perlu gosok-gosok manja dengan air bersih, lepas tu bilas je

Bila basuh dengan air, dia akan bertukar warna menjadi putih susu menandakan sunscreen sebati dengan air. Maksudnya mesra wuduk


Selepas cuci muka, kulit pun tidak ada kesan berminyak dan bersih. Cepat pun cepat nak bersiap ambil wuduk kan. Tak kalut nak bawa pencuci muka atau tisu basah kemana saja. Sunscreen mesra wuduk yang wajib ada.
6. Hybrid SunscreenHansaegee Nature Sunscreen Aloe Vera sejenis hybrid sunscreen, iaitu krim perlindungan matahari yang menggabungkan kebaikan physical dan chemical sunscreen yang menjadikan sunscreen terbaik. Hybrid sunscreen ini seperti menutup kelemahan yang ada pada physical dan chemical sunscreen


Bukan sekadar hybrid sunscreen terbaik, tapi boleh juga dijadikans ebagai makeup base.
 
7. Krim siang skincare terbaik untuk kulit sensitifKita sedia maklum bahawa Aloe vera banyak digunakan dalam bidang kecantikan kerana banyak manfaatnya untuk kulit. Aloe vera bagus untuk merawat luka, sunburn dan melembapkan kulit muka


Sebabnya Aloe vera kaya dengan kandungan air dan pelbagai mineral yang menjadikannya sebagai bahan yang bagus untuk mencegah keradangan dan meningkatkan kelembapan kulit. 
Aloe vera juga terkenal dengan sifat soothing nya itu. Jadi, bagus juga untuk kulit sensitif. Kalau awak jenis kulit sensitif, boleh cuba sunscreen aloe vera ni. Recommended

8. Sunscreen tanpa white cast , nampak natural dan tidak bercapukTak tahulah orang lain macamana. Tapi saya sejenis anti kalau pakai sunscreen ada white cast. Sebolehnya no white cast. Tak suka nampak bercapuk putih-putih terutamanya bila berpeluh. Bila bergambar tu kelihatan jelas ye tompok-tompok white cast tu.
Sebab dah terjadi begitulah saya suka pakai sunscreen tanpa ada kesan white cast. Pakai sunscreen aloe vera ni kulit muka akan tone up sikit, lebih cerah sedikit tanpa capuk-capuk. Selain jadikan dia krim siang terbaik, boleh ganti sebagai foundation juga. Function teruk sunscreen ni kan?

Biasalah bila malas nak touch up foundation. Pakai moisturiser dan sunscreen je sudah. Kadang terpaling malas nak bersiap bila nak keluar tu pakai sunscreen ni je dah cukup. Sangat menjimatkan masa saya ye.
9. Tiada bahan yang memudaratkan (No alcohol, No Sulfate, No Paraben)Sunscreen aloe vera mengandungi bahan-bahan alami yang aman dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Bebas dari Alcohol (No alcohol), bebas Paraben, bebas Silicon, bebas Sulfate dan bebas Allergen.

Bila pakai sunscreen ni tidak akan memedihkan kulit. Rasa nyaman bila disapu pada kulit dan tidak pedih apabila terkena sinaran matahari

10. Volume 70ml dengan harga yang berpatutan sangat berbaloi!

Produk sunscreen kita tahu harga dia tak berapa nak murah. Tapi kalau nak membeli tu biarlah berbaloi orang kata. Kalah membeli, menang memakai. Saya rasa berbaloi sangat sunscreen aloe vera dengan saiz volume 70ml ni selari dengan harga dan kualiti. Untuk harga tu boleh check dalam pautan di bawah sekali

Saiz pek yang comel pun mudah dibawa kemana saja. Tak memerlukan ruang yang banyak kalau letak dalam beg


Cara pakai sunscreen yang betulPakai sunscreen selepas rutin asas penjagaan kulit harian. Cara pakai sunscreen yang betul, ikut seperti langkah di bawah

1. Pencuci muka (Pencuci Muka Aloe Bubble Cleanser)
2. Toner
3. Essense/ Serum
4. Pelembap (Aqua Whitening cream)
5. Sunscreen
Sunscreen perlu dipakai di langkah terakhir sekali kerana lapisan terakhir itulah yang akan melindungi kulit dari sinaran UV. 
Saya sertakan sekali pautan untuk produk Hansaegee Nature yang lain yang pernah saya gunakan iaitu pencuci muka dan pelembap. Kalau nak tahu boleh baca

Sunscreen pakai waktu bila?Persoalan sunscreen pakai waktu bila? seringkali menjadi tanda tanya kan. Jawapannya, pakai sunscreen pada waktu pagi sebelum keluar rumah, mahupun berada di dalam rumah. Ye, dalam rumah pun kena pakai sunscreen sebab masih ada sinaran UV yang boleh masuk melalui ruang yang terbuka.
Banyak mana perlu pakai sunscreen
Satu lagi persoalan, banyak mana perlu pakai sunscreen? Confused kadang kan? Tapi mengikut sukatan standardnya adalah sebanyak 2 ruas jari untuk sapuan seluruh muka

Bila perlu reapply sunscreenSeperti yang disarankan, jika berada di luar di bawah sinaran matahari, reapply sunscreen setiap 2-3 jam terutamanya jika melakukan aktiviti seperti berenang dan berpeluh sebab lapisan sunscreen ini akan hilang dan kurang berkesan.

Untuk reapply sunscreen, tidak perlu basuh muka. Boleh terus pakai sunscreen pada kulit muka. Tapi kalau nak basuh muka dulu dengan air, pencuci muka atau tisu basah pun boleh. Terpulang lah. Janji pakai sunscreen. Itulah dia tips muka glowing, jangan lupa pakai sunscreen okay

Untuk maklumat lanjut tentang produk hybrid sunscreen Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, boleh layari laman rasmi dan media sosial Hansaegee Nature di bawah


Untuk pembelian : Pembelian Aloe Vera Sunscreen

Brand : Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNatureYoutube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/11/sunscreen-aloe-vera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing Sihat Berseri

Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kering Moisturizer Water Based Menjadikan Kulit Glowing Sihat Berseri

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 266 hits
sebelum ni aku pernah kongsikan dengan korang berkenaan kali ini aku akan buat kesinambungan produk hansaegee iaitu moisturizer untuk kulit kering pelembab muka ni penting tau selain melembabkan muka ia juga penting sebagai lapisan mekap Ke...
7 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dan Kenali Jenis Sakit Kepala Anda

7 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dan Kenali Jenis Sakit Kepala Anda

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 237 hits
datang menyerang perkara awal yang terlintas di fikiran adalah bagaimana cara hilangkan sakit kepala Sakit kepala bukanlah perkara yang boleh ditahan tanpa membuat apa apa tindakan kadang ia mengganggu aktiviti harian kita Tahukah anda di M...
Jenis Jenis Tuntutan Perkeso Dan Cara Claim Perkeso Untuk Mc Atau Kemalangan

Jenis Jenis Tuntutan Perkeso Dan Cara Claim Perkeso Untuk Mc Atau Kemalangan

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 364 hits
Ketahui jenis jenis tuntutan PERKESO yang penting bagi anda selaku pekerja Melalui PERKESO kebajikan pekerja terjaga dan boleh memohon perlindungan atau pampasan selaku pekerja Terdapat keadaan yang mana layak untuk pekerja membuat tuntutan...
Cara Memilih Kasut Badminton Yang Baik

Cara Memilih Kasut Badminton Yang Baik

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 286 hits
Kandungan Bagaimana Memilih Kasut Badminton Ini adalah satu soalan yang sangat baik kerana kasut badminton adalah nadi kepada permainan badminton di samping raket Ramai orang yang membeli raket yang terbaik untuk bermain badminton tetapi me...
Solat Taubat Niat Cara Menunaikannya Doa Mudah Saja

Solat Taubat Niat Cara Menunaikannya Doa Mudah Saja

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 406 hits
Solat Taubat Niat Cara Menunaikannya Doa Mudah saja Sebagai manusia kita tidak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa Dalam Islam kita digalakkan untuk menunaikan solat Taubat sebagai tanda menyesali kekhilafan yang dilakukan dan memoho...
Cara Menghilangkan Stress Yang Lebih Berkesan

Cara Menghilangkan Stress Yang Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 378 hits
Cara menghilangkan stress yang lebih berkesan Kita ni manusia biasa yang dikurniakan bermacam macam perasaan Bukan setiap masa kita akan gembira akan berfikir positif betul tak Ada masa kita akan down kita akan diuji dengan masalah Masalah ...
Cadar Tuala Putih Nampak Bertompok Bila Kena Kesan Karat Air Paip Ikut Tip Ini Cara Nak Cuci

Cadar Tuala Putih Nampak Bertompok Bila Kena Kesan Karat Air Paip Ikut Tip Ini Cara Nak Cuci

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 214 hits
dan putih memang cantik nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil Begitu juga dengan tuala putih Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip Boleh j...
Cara Simpan Motor Untuk Bercuti

Cara Simpan Motor Untuk Bercuti

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 356 hits
SUDAH lumrah untuk warga kota terutama kaum lelaki memiliki motosikal untuk kegunaan harian meskipun mempunyai kereta untuk mengelak kesesakan lalu lintas menjimatkan belanja dan sebagainya Apabila pulang bercuti bagi menyambut lebaran di k...
Cara Kubu Anies Cak Imin Penetrasi Kandang Banteng Di Jawa Tengah

Cara Kubu Anies Cak Imin Penetrasi Kandang Banteng Di Jawa Tengah

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 114 hits
Timnas AMIN akan masuk ke pelosok pelosok untuk bisa merebut suara di Jawa Tengah
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa