Cara Memilih Kasut Badminton Yang Baik


[Kandungan]Bagaimana Memilih Kasut Badminton?Tapak Kasut BadmintonAlas Dalam (Kusyen)RinganSaizRumusanBagaimana Memilih Kasut Badminton?Ini adalah satu soalan yang sangat baik kerana kasut badminton adalah nadi kepada permainan badminton di samping raket. Ramai orang yang membeli raket yang terbaik untuk bermain badminton tetapi mengabaikan kasut yang mereka pakai di dalam gelanggang badminton.
Kasut badminton yang baik akan membantu kita bergerak dengan cekap di dalam gelanggang. Kasut badminton yang baik juga akan mengelakkan kita daripada tergelincir apabila beraksi menentang seteru di dalam gelanggang.
Apa yang penting adalah kasut badminton yang kita pakai seharusnya membantu kita bergerak ke mana-mana arah.
Tapak Kasut BadmintonPerkara yang paling penting tentang kasut badminton adalah daya tarikan dan cengkaman.
Pemilihan tapak kasut badminton yang betul akan bergantung kepada gelanggang yang digunakan. Secara umumnya kita bermain menggunakan gelanggang kayu, PU, dan juga simen.
Permainan di gelanggang kayu dan PU memerlukan cengkaman, maka kita memerlukan tapak kasut getah melekit. Jika tiada kasut badminton, kita boleh gantikan dengan kasut bola tampar untuk kedua-dua gelanggang ini.
Tapak kasut getah melekit amat mudah mengumpul kotoran dan apabila ia berlaku, cengkaman akan berkurangan menyebabkan tapak kasut menjadi licin. Sebahagian pemain akan membawa tuala untuk mengelap tapak kasut mereka apabila ia terjadi.
Permainan di gelanggang simen pula memerlukan kasut bertapak getah yang biasa, boleh digantikan dengan kasut tenis jika terpaksa.
Bagi mereka yang tidak tahu ciri-ciri fizikal tapak kasut badminton, anda perlu mencari kasut dengan tapak yang lebar dan tidak tinggi, untuk menyokong tapak kaki kita semasa bergerak. Ia berbeza dengan kasut jogging atau kasut berlari yang mempunyai tapak yang tebal dan kurang lebar.
Jika tak jumpa kasut yang dilabel sebagai kasut badminton, boleh pilih kasut yang dilabel "court" dan juga "training". Jangan gunakan kasut jogging kerana anda mungkin akan terseliuh dibuatnya!
Alas Dalam (Kusyen)Aha.... ini juga penting terutamanya jika anda selalu melakukan jumping smash! Tapi kalau tak selalu buat jumping smash ia tetap penting juga kerana kita akan menggunakan tumit dengan banyak terutama untuk pergerakan ke belakang.
Kasut dengan kusyen yang baik akan menyerap hentakan dengan baik apabila kita melakukan pergerakan pantas. Jika tiada kusyen yang baik, anda mungkin akan sakit tumit.
RinganKasut badminton yang baik tentunya yang ringan kerana ia membolehkan kita bergerak pantas. Kalau ringan seperti kasut Nike Free tentunya lebih bagus.
SaizApakah mengarut Tedi ni? Nak beli kasut tentulah kena beli dengan saiz yang betul, dan tentunya kawan-kawan lebih mengerti apakah saiz kasut kalian.
Tak kisahlah, apa yang Tedi nak tekankan di sini ialah kasut badminton yang dibeli seharusnya tidak ketat, kalau boleh muat ibu jari di antara kaki dan kasut adalah lebih bagus, kerana anda akan memakai stokin juga nanti, dan stokin badminton yang Tedi suka adalah yang tebal.
Selain itu kelebaran kasut juga penting, kerana kita bukan sahaja akan bergerak ke hadapan dan ke belakang, tetapi juga ke kiri dan ke kanan semasa bermain badminton.
RumusanUntuk mencari kasut badminton yang baik pastikan tapaknya adalah lebar dan mencengkam, tapak tidak setebal tapak kasut jogging sehingga menyebabkan kita tidak stabil. Pastikan kusyennya bagus untuk menyokong tumit anda, ianya ringan dan tidak menghalang anda melompat dan menerkam laksana harimau, dan saiznya selesa tidak ketat.
Itu sahaja celoteh Tedi pasal pemilihan kasut badminton, semoga kita semua mampu membeli kasut badminton dengan ciri-ciri yang Tedi ceritakan tadi... hehehe...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2016/12/cara-memilih-kasut-badminton-yang-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menentukan Judul Skripsi Yang Baik Dan Menarik Sehingga Disukai Dosen

Cara Menentukan Judul Skripsi Yang Baik Dan Menarik Sehingga Disukai Dosen

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 299 hits
Skripsi adalah istilah yang digunakan di Indonesia untuk merujuk pada karya tulis ilmiah yang disusun oleh mahasiswa tingkat akhir sebagai syarat untuk memperoleh gelar sarjana atau diploma Skripsi biasanya merupakan tugas akhir yang mencer...
Cara Memilih Sunscreen Terbaik Mengikut Kesesuaian Jenis Kulit

Cara Memilih Sunscreen Terbaik Mengikut Kesesuaian Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 431 hits
Pakai sunscreen tu bukan hanya bila perlu tapi perlu dipakai setiap hari Berani ke nak keluar rumah dalam keadaan cuaca panas tanpa sunscreen Haa mesti risau kulit sunburn kan Lagi lagi bila berada di tepi pantai yang terdedah dengan cuaca ...
4 Tips Memilih Mesin Cuci 2 Tabung Yang Cocok Dengan Kebutuhan Keluarga Anda

4 Tips Memilih Mesin Cuci 2 Tabung Yang Cocok Dengan Kebutuhan Keluarga Anda

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 163 hits
Mesin cuci adalah salah satu alat rumah tangga yang sangat berguna untuk membersihkan pakaian kotor Mesin cuci dapat menghemat waktu tenaga dan air yang dibutuhkan untuk mencuci pakaian secara manual Namun tidak semua mesin cuci memiliki fi...
Solat Taubat Niat Cara Menunaikannya Doa Mudah Saja

Solat Taubat Niat Cara Menunaikannya Doa Mudah Saja

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 442 hits
Solat Taubat Niat Cara Menunaikannya Doa Mudah saja Sebagai manusia kita tidak lari daripada melakukan kesalahan dan dosa Dalam Islam kita digalakkan untuk menunaikan solat Taubat sebagai tanda menyesali kekhilafan yang dilakukan dan memoho...
Cara Menghilangkan Stress Yang Lebih Berkesan

Cara Menghilangkan Stress Yang Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 448 hits
Cara menghilangkan stress yang lebih berkesan Kita ni manusia biasa yang dikurniakan bermacam macam perasaan Bukan setiap masa kita akan gembira akan berfikir positif betul tak Ada masa kita akan down kita akan diuji dengan masalah Masalah ...
Cara Simpan Motor Untuk Bercuti

Cara Simpan Motor Untuk Bercuti

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 425 hits
SUDAH lumrah untuk warga kota terutama kaum lelaki memiliki motosikal untuk kegunaan harian meskipun mempunyai kereta untuk mengelak kesesakan lalu lintas menjimatkan belanja dan sebagainya Apabila pulang bercuti bagi menyambut lebaran di k...
Cara Jual Barang Di Ebay Langkah Demi Langkah

Cara Jual Barang Di Ebay Langkah Demi Langkah

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 241 hits
Ramai yang ingin berniaga di Ebay tetapi kurang pengetahuan Oleh itu penting untuk kita tahu cara yang betul untuk jual barang di Ebay supaya kita tidak rugi Memandangkan pasaran Ebay yang global semestinya berniaga di Ebay antara alternati...
Cara Kubu Anies Cak Imin Penetrasi Kandang Banteng Di Jawa Tengah

Cara Kubu Anies Cak Imin Penetrasi Kandang Banteng Di Jawa Tengah

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 150 hits
Timnas AMIN akan masuk ke pelosok pelosok untuk bisa merebut suara di Jawa Tengah
Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Kepala Air Punca Tanda Kesan Dan Bahaya

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Al Fateh Tak Sihat

Saya Juga Teringin G Dragon Ulas Niat Ingin Berkahwin

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Tips Ayam Goreng Garing Dan Gebu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000

15 Pemimpin Pkr Cabang Masjid Tanah Letak Jawatan

Menteri Perpaduan Seru Rakyat Jadi Ejen Keharmonian Ia Tidak Wujud Dengan Sendiri

Seorang Lelaki Ditemui Mati Lemas Ketika Mencari Emas Di Sungai Berhamah Merapoh Lipis Pada Rabu

Kena Bersabar Kalau Nak Buat Rawatan Gigi Di Klinik Pergigian Dr Fadzli Meru Perak

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences