Jangan Bandingkan Hidup Dengan Orang Lain Bahagialah Dengan Cara Kita
Cinta Luar Biasa, topik yang diketengahkan dalam Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi. Cinta yang cukup luar biasa, sanggup menerima pasangan walaupun keadaan fizikal yang tidak mengizinkan atau tidak seperti orang lain
Tetamu jemputan yang berkongsi kisah cinta luar biasa ini adalah pasangan Mohd Sukur Ibrahim dan Wan Nurul Syazwani. Dalam wawancara tersebut, Wani memberitahu:
“Saya mengambil masa empat tahun untuk memujuk dan menyakinkan ibu bapa bahawa Sukur adalah pilihan saya untuk hidup bersama. Malah, saat yang paling menggembirakan saya ketika menyambut ulangtahun ke 28, akhirnya ayah bersetuju menerima pilihan saya dengan syarat perlu diorientasikan atau diberi ujian selama 4 hari bagi memastikan pilihan Sukur dapat memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga
Bagi Sukur pula:
“Kami rapat semasa dalam proses membina perniagaan, yang mana saya mengajak Wani untuk terlibat sama dalam perniagaan. Tempoh itulah menguatkan lagi hubungan kami dan wujud auara dalaman yang positif
“Dengan keadaan fizikal ini, sudah tentu saya hadapi cabaran dalam menyakini mentua. Mereka tidak percaya dan ragu-ragu dengan keupayaan saya. Apa yaang saya pegang, HATI MANUSIA MILIK ALLAH dan saya kena bersabar. Saya tidak mahu wanita lain selain daripada dia
Tip yang dikongsi oleh pasangan ini:
Walaupun kekurangan fizikal, kita kena fikir positif. Cinta itu dari hati dan bukan kerana paras rupa
Kekurangan fizikal tidak membantutkan rasa tanggungjawab untuk menjadi seorang suami dan ayah pada anak-anak
Kebahagiaan itu berpunca dari diri kita sendiri, bila orang sekeliling melihat kita bahagia, bahagia itu akan datang dengan sendirinya
Bahagia yang ada bukan untuk ditunjuk tetapi untuk dirasa
Bila kita ada sikap hormat pada pasangan, kita akan bertahan untuk kebahagiaan
Kehidupan dan kebahagiaan seseorang itu berbeza-beza dan jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain
Kita perlu bina kebahagian itu dengan cara kita sendiri
Sumber: Mingguan Wanita
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2020/02/jangan-bandingkan-hidup-dengan-orang.html