Cara Kurus Dengan Berbasikal
Hai semua, bertemu kita kembali ewah haha. Kali ni Che sar nak bercerita tentang bersenam. Oleh kerana Che Sar baru saja beli basikal senaman yang kayuh setempat tu, jadi kali ni Che Sar nak kongsikan pada kalian tentang senaman mengayuh basikal. Almaklumlah tengah semangat ni, baik Che Sar buat satu entri hahaha.
Haa ni lah dia basikal Che Sar tu, beli di Fitness Concept.
Mari baca sedikit info yang Che Sar baca dari internet. Kalian pakar kesihatan mengatakan senaman hanyalah 30% daripada proses menguruskan badan, manakala makanan merangkumi 70%. Walaupun begitu senaman tetap diperlukan untuk menjadikan tubuh kita ‘fit’ dan sihat. Nak kurus tak boleh malas ok. Selain berjogging di atas treadmill, senaman kayuhan basikal juga terbukti dapat membakar kalori dengan cepat dan menguruskan berat badan dengan lebih laju.
Berlari atau berjogging mungkin lebih baik tetapi itu juga bermakna semua sendi akan menerima beban hentakan tanpa henti. Semakin berat tubuh anda, semakin berat juga sendi anda menerima hentakan. Sebab itulah berbasikal adalah senaman alternatif terbaik untuk mengelakkan kecederaan.
30 minit sahaja.
Tahukah kalian senaman mengayuh basikal dalam 30 minit sehari boleh menurunkan berat badan dengan cepat? Ya 30 minit sahaja.
Contohnya berkayuh selama 15 minit boleh buang atau bakar 185 kalori. Jadi, kalau berkayuh selama 30 minit, anggaran kalori yang telah bakar adalah sebanyak 341 kalori dari tubuh kita. Bila jumlah kalori dari tubuh berkurangan, badan jadi ringan dan lemak degil yang lain akan ikut sama dibakar.
Namun begitu, setelah penat berkayuh dan keluarkan peluh, kita kena lah juga mengawal cara makan kita, apa yang kita ambil dan sebagainya. Kita mesti mengurangkan pengambilan gula terutamanya, garam dan karbohidrat dalam menu pemakanan kita. Itulah asas pemakanan yang mesti dikawal untuk cepat kurus. Tak perlu ambil ubat kurus langsung pun tak apa.
Yeah, semoga majulah sukan untuk negara. Kalian sama-sama doakan agar Che Sar terus istiqamah meneruskan gaya hidup sihat yer. Semoga basikal kuning itu tidak jadi tempat sidai kain di kemudian hari hendaknya hahaha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.chesar.my/cara-kurus-dengan-berbasikal/