Cara Kiraan Untung Ternakan Ayam Kapasiti 50 000 Ekor
Contoh Kiraan Untung Ternakan Ayam Daging Kapasiti 50,000
======================================
Ada orang PM, minta sy contoh kiraan untung ayam daging. Jadi, saya buatkanlah contoh.
Kiraan ini berdasarkan statistik sebenar sahabat penternak. Cumanya sy tulis semula supaya tak leh trace integrator mana, farmer mana.
Bab profit ni kan, sesetengah farmer agak sensitif. Termasuklah integrator.
Mereka suka, kalau orang nampak yang untung tinggi, tapi nama integrator boleh jadi "busuk" sikit kalau profit tu rendah.
Jadi, to be fair. Saya tulis semula.
Rasanya semua tahu, farmer ayam ni. Buat "Contract Farming" dengan syarikat "Integrator".Jadi, integrator akan bekalkan anak ayam, dedak ayam, ubat ayam secara kredit.
Bila ayam besar, jual balik kepada integrator. Baru tolak balik jumlah kredit tadi.
Fahamkan.
Berapa Farmer Biasa Untung?
Ni soalan best, ramai yang tertanya tanya.
Sejujurnya, saya boleh katakan. Ramai farmer untung dalam RM1.00-RM1.70.
Perlu diingat yer, ini tak tolak lagi kos operasi. Lebih kurang RM0.70-RM1.00 seekor ayam.
Jadi, kalau farmer tu untung RM1.00 dengan integrator. Kiranya pusingan tu farmer makan dedak juga la. Unless dia punya operation kos rendah.
Sebahagian besar farmer juga, akan peroleh untung antara RM1.70-RM2.30. Ini untung dengan integrator (Ingat yer, belum tolak kos operasi).
Untung macam ni, sedap sikit.
Ada juga farmer yang untung "Makan Besar". Saya ada sahabat yang untung ternak ayam RM2.00 ke atas dalam tempoh 2 tahun. Tertinggi RM3.20.
Nak kata tak betul, dia siap tunjukkan statement ke saya. Haha. Memang jack pot lah.
Mengapa keuntungan farmer berbeza?
Harga kontrak dengan integrator yang berbeza. Ada sahabat saya, dapat harga kontrak yang tak baik. Tapi disebabkan tak ada integrator lain yang boleh handle kapasiti besar dia, dia terpaksa jalan ja dengan integrator tu. Kalau ayam dia perform, dia untung dalam RM1.80 sahaja max. Sedangkan, kalau performance dia dikira dengan harga kontrak company lain, dia dah untung RM2.30 ke atas dah. Jadi sangat penting pilih syarikat integrator yang majoriti farmer nya untung tinggi.Kualiti anak ayam dan dedak yang dibekalkan kepada farmer. Ini masalah sikit sebab biasanya integrator yang control. Farmer kena tawakkal lebih sikit hal ni. Kalau dapat anak ayam padu, dedak kualiti A+. JACKPOT. Buatlah macam mana pun, insya Allah terpaksa untung besar biasanya.Pengeluaran ayam. Bila ayam keluar juga akan tentukan untung. Ambil ayam jantan dulu atau betina dulu pun akan tentu untung. Sebab ayam jantan bila dah besar, pecutan kenaikan berat dia sangat pantas. Betina pulak, berat naik agak bersantai. Nak keluar ayam mana dulu biasanya ditentukan oleh integrator ikut customer ayam dia tu.Penjagaan ayam oleh penternak. Penternak yang nak untung tinggi biasanya akan jaga ayam gila gila. Mereka ni biasanya memang duduk bersama ayam. Kenal feel ayam. Ayam berdehem pun dia dah tahu sihat ke tak. Nak untung tinggi, suka tak suka pekerja dan owner reban kena rancak jaga ayam. Kalau jaga biasa biasa, result dia pun biasa biasa nanti.Kualiti reban ayam. Nak kena tengok, jenis reban open atau terbuka. Kalau tertutup, system litter atau sistem high rise atau plastic slat. Kualiti kipas macam mana? Angin laju tak. Kualiti drinker macam mana. Yang air keluar tu 360% tak?
Eh macam macam lah.
Jangan ingat seronok sangat ternak ayam ni. Macam macam juga cabarannya.
Kali ni, saya share yang untung RM2. Kalau lapang nanti saya akan share kiraan yang rendah pulak.
Then saya kira, bandingkan performance ikut harga kontrak dari integrator pulak.
Semoga bermanfaat.
Sila SHARE Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat.
Jemput follow FB Saya Mohd Firdaus Mat Saad untuk lebih banyak story mory pasal ayam.Jika berminat nak mengikuti Kursus Ternakan Ayam Daging, sila klik link ini :wasap.my/60195782515/KursusTernakanAyam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2023/02/cara-kiraan-untung-ternakan-ayam.html