Cara Kira Fidyah Puasa Dan Bayar Fidyah Online


Ramadan semakin hampir. Puasa dah habis ganti ke belum? Mana yang tak sempat nak menghabiskan puasa ganti, wajib bayar fidyah. Sekarang bayar fidyah online je lebih mudah. Cara kira dan bayar fidyah online mengikut negeri masing-masing

Maksud FidyahFidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. 
Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu, atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan sehinggakan tidak sempat untuk menggantikan puasa tersebut bila hampir bulan Ramadhan berikutnya.

Golongan yang wajib membayar fidyahOrang tua yang uzur dan pesakit yang tiada harapan sembuh. Golongan ini tidak wajib untuk qada puasa.Orang yang telah meninggal dunia. Waris perlu menguruskan bayaran fidyah sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.Orang yang melewatkan qada puasa sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya.Perempuan mengandung atau menyusukan anak dan khuatir akan keselamatan anaknya.
sumber : JAKIM

Kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri Seluruh MalaysiaKadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Kadar fidyah juga berbeza setiap negeri.

Merujuk perkongsian Ustazah Asma’ Harun, cara kiraan bayar fidyah puasa seperti di bawah :


Cara kira fidyah puasa mengikut negeri Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak. Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Beras hasil bayaran fidyah pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Bagi mengira fidyah yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar

Gandaan FidyahSekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh : 
jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qada puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar

Cara kira fidyah puasa dengan fidyah calculator dan bayar fidyah onlineUntuk memudahkan anda, di sini kami telah menghimpunkan kalkulator fidyah yang akan mengira fidyah secara automatik.

    1. Fidyah Kedah : RM1.80Gandaan : Pilihan atas kemampuan
Kalkulator online & Bayaran online : http://www.maik.gov.my/e-fidyah/
    2. Fidyah Perlis : RM5.00Gandaan : Tidak dikenakan
Kalkulator online
Bayaran online : https://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transfer)
    3. Fidyah Pulau Pinang : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator online : http://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php

    4. Fidyah Perak : RM1.80Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maiamp.gov.my/
    5. Fidyah Selangor : RM1.80Gandaan : Tidak dikenakan
Kalkulator online : https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/

    6. Fidyah Wilayah Persekutuan : RM4.00Gandaan : Pilihan Ikut Kemampuan
Kalkulator Online : https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
    7. Fidyah Negeri Sembilan : RM1.75Gandaan : Ya (Pilihan Gandaan berganda)
Kalkulator online : https://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
    
    8. Fidyah Melaka : RM1.80Gandaan: Ya
Kalkulator Online : https://fidyah.maim.gov.my/
    9. Fidyah Johor : RM1.75Gandaan : Ya
Laman web: https://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
    10. Fidyah Pahang : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator Online : http://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
    11. Fidyah Terengganu : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator Online : http://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
    12. Fidyah Kelantan : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator online : https://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa
    13. Fidyah Sarawak : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
    14. Fidyah Sabah : RM1.75Gandaan : Ya
Kalkulator Online : https://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php

Bila perlu bayar fidyahFuqaha sepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan

Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan

Jika lupa berapa hari puasa yang ditinggalkanMenurut Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau lupa bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan Ahwat (lebih berhati-hati).

Misalnya : Dia tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini (pasti) dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadhan yang telah dilangkau

sumber rujukan :
Zakat Selangor | Mufti Wilayah | Ustazah Asma' Harun | harianpost 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/03/cara-kira-fidyah-puasa-dan-bayar-fidyah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan

Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 244 hits
Macam Mana Nak Kira Fidyah Puasa Yang Ditinggalkan Puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti pada tahun semasa ramadhan dijalani hendaklah diganti puasa tersebut dan bayar fidyah sekali Maksudnya jika anda sihat walafiat sengaja ting...
Cara Niat Puasa

Cara Niat Puasa

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 229 hits
Rukun puasa mudah sahaja Ada dua rukun puasa Niat Menahan diri daripada makan minum dan perkara perkara yang membatalkan puasa Niat puasa adalah di hati Lafaz untuk berpuasa di mulut bukanlah niat Ia hanya sekadar lafaz sahaja Jadi yang dia...
Cara Lafaz Niat Puasa Harian Sebulan Jawi Rumi Sebagai Rujukan

Cara Lafaz Niat Puasa Harian Sebulan Jawi Rumi Sebagai Rujukan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 205 hits
Lafaz niat puasa harian atau sebulan sebagai rujukan anda Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan ...
Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 229 hits
Malam ini pasti ada mak ayah yang masih lagi mencuba pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa esok hari Berpuasa tidak memerlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan a...
Ibu Menyusu Guna 25 Tenaga Waktu Puasa Pakar Sarankan Cara Ni Nak Terus Menyusu Waktu Puasa

Ibu Menyusu Guna 25 Tenaga Waktu Puasa Pakar Sarankan Cara Ni Nak Terus Menyusu Waktu Puasa

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 199 hits
Menyusukan anak sememangnya buat ibu terlebih lapar Malah lapar sentiasa lebih dari biasa Semuanya demi anak tersayang Bagaimana ibu berpuasa nak berpuasa dengan baik malah hendak membekalkan khasiat jika tidak makan seperti biasa Menurut i...
Resipi Ayam Tiram Thai Cara Khairul Aming Untuk Menu Berbuka Puasa

Resipi Ayam Tiram Thai Cara Khairul Aming Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 281 hits
Resipi Ayam Thai Tiram cara Instafamous resipi terkenal Khairul Aming pernah viral pada Ramadan tahun lalu Tentu ramai masih ingat gara gara Khairul Aming kongsi resipi tersebut di laman instagramnya habis stok kicap manis pedas di kebanyak...
Kwsp Rm10k Elak Bersesak Ini Cara Buat Temu Janji Online Kaunter Kwsp

Kwsp Rm10k Elak Bersesak Ini Cara Buat Temu Janji Online Kaunter Kwsp

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 143 hits
Kerajaan secara rasmi telah mengumumkan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10 000 untuk kali terakhir Ahli yang berniat untuk melakukan pengeluaran ini perlu melakukan perancangan yang baik dalam usaha memudahkan proses pengeluaran Ini termas...
Ibu Hamil Yang Tak Berpuasa Wajib Bayar Fidyah Ini Jawapanya

Ibu Hamil Yang Tak Berpuasa Wajib Bayar Fidyah Ini Jawapanya

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 159 hits
Pasti ramai yang tertanya tanya adakah ibu yang hamil tidak berpuasa apakah ia wajib qada puasanya dan bayar fidyah Para ulama fiqh sepakat bahawa wanita hamil dibolehkan berbuka puasa di bulan Ramadhan kalau dia khuatir terhadap diri atau ...
Cara Daftar Myasnb Semak Dan Keluarkan Asb Online

Cara Daftar Myasnb Semak Dan Keluarkan Asb Online

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 287 hits
Semakan ASB dan pengeluaran ASB secara online melalui portal MyASNB Terkini Amanah Saham Bumiputra tidak lagi menggunakan buku akaun untuk tambah pelaburan keluar duit kemaskini buku atau menyemak dividen ASB Tiada lagi cetakan rekod transa...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025