Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa


Ramai yang risau akan kesihatan kulit ketika bulan puasa. Ini kerana pengambilan air pada waktu siang tidak mencukupi untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari

Lebih teruk lagi jika kalian adalah individu yang berada dalam situasi tempat kerja atau rumah yang sentiasa berhawa dingin. Tidur malam dalam bilik berhawa dingin dan siang hari beraktiviti atau bekerja di dalam suasana yang sama

Lebih-lebih lagi cuaca ketika bulan puasa selalunya akan bersuhu panas yang agak melampau

Kekurangan air dalam badan sangat memberi kesan kepada keadaan kulit terutamanya kulit muka kerana ia lebih terdedah kepada suhu atau cuaca yang panas. Kekurangan air akan menyebabkan kehilangan kelembapan pada kulit muka dan menjadikan kulit kusam, kasar dan kering

Jadi, adalah penting untuk kalian mengekalkan kulit agar sentiasa cantik dan sihat walaupun ketika bulan puasa


Tanda Kulit Tidak Cantik Dan Sihat
Antara tanda tidak sihat ialah kulit kering dan menjadi sensitif dengan terbentuknya garis kedut halus, terutama di tulang pipi, sekitar mata dan dahi diiringi rasa gatal, kaku dan kemerahan pada kulit. Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama tanpa penjagaan yang betul sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam

Kulit yang kusam akan menampakan kita lebih berusia daripada umur yang sebenarnya dan menjadikan kita hilang keyakinan diri

Apabila dehidrasi terjadi ketika berpuasa, kerosakan kulit menjadi lebih parah sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera

Bagaimanapun, usah bimbang kerana keadaan itu dapat diatasi dengan banyak cara, malah masalah ini boleh dikurangkan dengan menjauhkan diri dari punca menyebabkan kulit kering seperti menghindari tempat panas atau sejuk yang ekstrim

Cara Kekalkan Kulit Cantik Dan Sihat Ketika Bulan Puasa
Berikut antara langkah yang boleh diamalkan untuk mengelakkan kulit kering dan kekal cantik dan sihat ketika berpuasa

1. Pengambilan air yang cukup ketika berbuka puasa dan bersahur.Minum banyak air kosong ketika bersahur dan selepas berbuka dengan secukupnya. Air bukan hanya menghidrat dan melembapkan kulit, malah membuatkan kita dapat menahan lapar serta berfungsi dengan baik sepanjang hari

Secara normal, purata keperluan air dalam tubuh ialah lapan gelas air sehari dan ia membantu mengekalkan kelembapan kulit

Ketika bulan puasa elakkan mengambil minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretik atau mendorong pengeluaran air kencing dan menyebabkan badan cepat kehilangan air. Selain itu, pengambilan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur membantu menambakan kandungan air dalam tubuh

Ketika solat Tarawih, bawalah bersama botol air. Anda boleh minum selepas selesai rakaat kedua, keempat, keenam dan seterusnya. Melalui cara ini, anda dapat menambah dan mengekalkan kandungan air secara sedikit demi sedikit

2. Elakan penggunaan solekan yang tebal.Ketika bulan puasa, segala aktiviti luar tidaklah serancak ketika bulan bukan puasa. Jadi, jika anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal ketika bekerja atau beraktiviti luar, seeloknya diminimumkan seketika sepanjang bulan puasa. 
Solekan yang minimum membantu merehatkan kulit daripada bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik dan mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak

3. Kekalkan kelembapan persekitaran anda
Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral atau face mist ke wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara

4. Sentiasa melembabkan kulit wajah dengan pelembap (moisterizer) yang sesuai dengan jenis kulit.
Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting ketika berpuasa puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim khas melembapkan bagi memaksimumkan fungsinya

Bagi menghalang kulit menjadi terlalu kering sapuan losen pelembap dua atau tiga kali sehari adalah disarankan bagi mengelakan ianya berlaku

Menurut Pakar Estetik Klinik Dr Shah Dr Shaharom Sulaiman, “Pastikan pilih losen dengan kandungan utama iaitu asid stearik, emolien seramik dan kolesterol. Kolesterol yang disapu pada kulit tidak akan meningkatkan paras kolesterol dalam badan kerana fungsinya amat berbeza,” katanya

Bagi yang sering melakukan rawatan wajah jangan abaikannya ketika Ramadan. Teruskan seperti biasa agar kulit sihat dan cantik tatkala menyambut lebaran nanti

Ditanya fungsi vitamin C pada kulit jelas Dr Shaharom ia sebenarnya membantu pembentukan kolagen dan kaya antioksidan. Vitamin C juga membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinar matahari. Jadi tiada masalah dengan pengambilan vitamin C atau produk berasaskan vitamin C,” ujarnya

Sumber sini:Kulit Sihat Sepaanjang Ramadhan
5. Menggunakan sabun dan pencuci muka yang mempunyai pH seimbangSelain pelembap, bagi mengembalikan kesegaran dan kelembapan kulit pada bulan puasa selain minum banyak air, wanita dinasihatkan menggunakan sabun lembut dan sesuai kulit, kurangkan berjemur di bawah terik matahari, mengurangkan mandi dan berendam terlalu lama yang akan membuatkan kulit semakin kering

6. Rejim penjagaan kulit yang lebih disiplinPastikan rejim penjagaan kulit diamalkan seperti biasa dan lebih disiplin agar kulit kekal sihat selama menjalankan ibadat puasa dengan rutin membersihkan wajah, eksfoliasi serta melembapkan kulit. 
Cara ini akan membuat kulit terhindar dari masalah kulit yang merosakkan penampilan.

Baca juga:Cara Penjagaan Kulit Muka Yang Mudah
7. Kekalkan kulit cantik dan sihat dengan penjagaan dalaman (makanan berkhasiat)Selain melakukan penjagaan luar, anda boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan ini

Bagi umat Islam yang berpuasa, dinasihatkan memilih makanan yang dapat meningkatkan kelembapan kulit iaitu mengandungi asid lemak asas, asid lemak gamma linolenik (GLA) seperti biji rami, evening primerose, minyak biji borage, minyak zaitun dan salmon yang semuanya bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit malah baik untuk penghidap ekzema. 
Selain itu pastikan makanan yang diambil adalah jenis rendah lemak, kurang garam, gula dan minyak

8. Penggunaan pelindung suria atau sunscreen (sunblock)Seperti yang kita tahu, suhu dan cuaca ketika bulan puasa sangat panas. Pelindung suria atau sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari yang terik

Penggunaan sunscreen yang konsisten membantu melindungi kulit daripada kulit kusam, pigmentasi, kering dan darkspot

9. Pengambilan sumber protein yang mencukupi.
Sumber protein merupakan makanan yang terbaik untuk membantu membaikpulih sel kulit yang rosak di samping mencatikan kulit. Yogurt antara makanan berprotein yang baik untuk kesihatan maka ia elok diambil sepanjang Ramadan ini. Jika dapat menjadikan pengambilan yogurt sebagai amalan sepanjang hayat, ia lebih baik. 
Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt dapat memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil semasa bersahur atau berbuka malah jadikan yogurt sebagai pupur kulit untuk kekal berseri

Jika anda menggemari makan protein yang lain, jadi silakan ambil dengan konsisten demi mengekalkan kulit cantik dan sihat sepanjang berpuasa

10. Kekal cantik dan sihat dengan amalan mulia
Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit wajah amat penting terutama bagi kaum wanita, namun pada bulan mulia ini juga sewajarnya kita meningkatkan kecantikan rohani dengan menggandakan amal ibadat, menjaga semua perkara yang boleh menjejaskan kualiti puasa khususnya percakapan, pemikiran, penglihatan, pendengaran dan lintasan hati

Itu sahaja tips penjagaan kulit yang mungkin membantu anda mendapatkan kulit yang cantik dan sihat sepanjang bulan puasa
Baca juga:8 Tips Penjagaan Kulit Wajah Bagi Wanita
Rakan Kulit Sihat Anda-Sisyat-

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hayatisuki.com/2020/04/cara-kekalkan-kulit-cantik-dan-sihat-bulan-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Cara Anda Boleh Buat Untuk Atasi Masalah Rasa Lapar Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan Nanti

7 Cara Anda Boleh Buat Untuk Atasi Masalah Rasa Lapar Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan Nanti

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 453 hits
Jumaat depan seminggu saja lagi umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Hari ini dan masuk 23 Sha aban 1441 Insyaallah hari Khamis nanti Sha aban akan melabuhkan tirainya Bagi yang dah lama hidup puasa sepanjang bulan ramadan bukanlah sat...
Muka Ibu Berubah Seakan Nenek Tua Ketika Hamil 3 Bulan Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

Muka Ibu Berubah Seakan Nenek Tua Ketika Hamil 3 Bulan Tapi Suami Tetap Puji Isteri Cantik

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 1144 hits
Tempoh kehamilan selalunya memberi pelbagai pengalaman manis dan pahit dalam sesebuah rumah tangga Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi Benarlah bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki ibu Seorang ibu pasti menghadapi alahan pada b...
Bertuahnya Mengandung Dalam Bulan Ramadan Doktor Kongsi Tips Untuk Kekal Sihat Amp Bertenaga

Bertuahnya Mengandung Dalam Bulan Ramadan Doktor Kongsi Tips Untuk Kekal Sihat Amp Bertenaga

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 361 hits
Setiap tahun bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu tunggu oleh umat Islam Ketika inilah semua umat Islam mengejar pahala dan ingin mendapatkan syafaat Ramadhan Tidak kira lelaki mahupun perempuan berlumba lumba membuat pelbagai perkara ...
Panduan Kenal Jenis Jenis Kulit Muka Punca Dan Cara Mengenali

Panduan Kenal Jenis Jenis Kulit Muka Punca Dan Cara Mengenali

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 1524 hits
Panduan Mengenali Jenis Jenis Kulit Muka Dan Bahan Sesuai Untuk Digunakan Jenis jenis kulit muka terbahagi kepada 5 jenis yang perlu anda kenali Kenali Jenis Kulit MukaPenting untuk kita kenali terlebih dahulu jenis kulit sebelum menggunaka...
Tips Cara Jaga Kulit Muka Untuk Wanita 30an Ke Atas

Tips Cara Jaga Kulit Muka Untuk Wanita 30an Ke Atas

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 503 hits
Dah menginjak ke angka 30 an ramai wanita malas nak ambil kisah penjagaan kulit muka ni tambah yang dah kahwin Anak dah berderet Penat uruskan rumahtangga berkerja lagi Memang part penjagaan muka dah jadi perkara paling akhir sekali dalam s...
Dalil Memperbanyak Puasa Di Bulan Sya Ban

Dalil Memperbanyak Puasa Di Bulan Sya Ban

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 280 hits
Sya ban adalah satu bulan sebelum Ramadhan Terdapat hadits bahwa Nabi shalallahu alaihi wa sallam memperbanyak puasa di bulan Sya ban bahkan termasuk puasa sunnah terbanyak yang beliau lakukan dibandingkan bulan bulan lainnya Adalah sunnah ...
Tips Nak Puasa Penuh Ketika Hamil Dan Ganti Puasa Mengandung

Tips Nak Puasa Penuh Ketika Hamil Dan Ganti Puasa Mengandung

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 470 hits
Tips Nak Puasa Penuh Ketika Hamil dan Ganti Puasa MengandungTips Nak Puasa Penuh Ketika Hamil dan Ganti Puasa Mengandung Berpuasa penuh ketika hamil pastinya menjadi impian kerana puasa Ramadhan hanya setahun sekali Mengikut Mazhab Syafie s...
9 Bulan Hamil Elak Makanan Berproses Amalkan Jenis Makanan Ini Untuk Kelahiran Bayi Sihat

9 Bulan Hamil Elak Makanan Berproses Amalkan Jenis Makanan Ini Untuk Kelahiran Bayi Sihat

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 578 hits
Soalan yang selalu kerap ditanya oleh ibu hamil apakah makanan yang baik sepanjang kehamilan dan bagus untuk ibu dan anak Walaupun dah ada pengalaman sebelum ini pun kebanyakan ibu masih nak tahu juga info ini sebagai persediaan awal Memang...
Mengulik Filosofi Megengan Tradisi Khas Jawa Timur Untuk Sambut Bulan Puasa Ramadan

Mengulik Filosofi Megengan Tradisi Khas Jawa Timur Untuk Sambut Bulan Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 189 hits
Ramadan atau bulan Puasa biasanya disambut dengan meriah oleh umat Islam Di Jawa Timur dan beberapa daerah lain di Pulau Jawa kita mengenal Megengan tradisi khusus untuk menyambut datangnya bulan suci Ramadan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids