Cara Jual Kereta Di Carsome Mudah Dan Cepat


Tips dan Cara Jual Kereta di Carsome Mudah dan Cepat berbanding jual kepada used car

Adakah anda mahu menjual kereta lama anda? Ada bercadang untuk tukar dengan beli kereta baru? Tahniah diucapkan namun pastikan nasihat kewangan telah dipatuhi sebelum membuat sebarang tempahan. Janganlah sampai nanti seperti pepatah “biar papa asalkan bergaya”. Tetapi yang lecehnya apabila mahu menjual kereta yang sedia ada. Banyak prosedur yang harus dilakukan.
Kebiasaannya, cara ‘trade in’ ini dipilih oleh orang ramai untuk mendapatkan diskaun dan promosi harga apabila membuat tempahan kereta baru. Ramai yang masih terpedaya dengan tawaran trade in kereta jual kereta kerana kebiasaannya rata-rata kereta lama akan dibeli dengan harga yang juah lebih murah daripada harga pasaran. Sebenarnya jual sendiri lagi mendatangkan banyak untung berbanding cara jual kereta kepada used kereta tetapi disebabkan prosesnya yang agak leceh dan sukar membuatkan ramai ‘angkat tangan’.
Pastinya agak sukar untuk mendapatkan harga yang dihajati dengan cara ‘trade in’ dan ianya bukan satu proses yang mudah. Harga yang ditawarkan kebiasaannya lebih rendah daripada harga pasaran kerana kos untuk memperbaiki kereta harus ditanggung kedai-kedai kereta dan memberi jaminan kepada pembeli baru. Anda dinasihati untuk berpada-pada apabila berunding berkenaan harga yang dikehendaki nanti.
Pengalaman menjual kereta termasuk cara nak jual kereta belum habis bayar atau tak mampu bayar pinjaman kereta ataupun car loan, jual kereta habis bayar dengan mudah dan cepat akan kami kongsikan pada entri ini. Pada pendapat kami sangat mudah, cepat, selamat dan sangat berbaloi jual kereta guna Carsome. Seperti yang kita sedia maklum, selain MyTukar, EzSellCar, Carlist, Carsome merupakan sebuah laman web di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan menjual kereta paling dipercayai, terpantas, percuma dan telus sejak dari 2015 lagi.
Pengalaman Jual Kereta di Carsome Malaysia Lebih daripada 24 ribu buah kereta sudah dijual oleh Carsome setakat ini. Kereta kami juga termasuk dalam statistik berkenaan. Yang paling menarik adalah harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi berbanding harga trade-in di kedai ‘used car’ iaitu antara 10 hingga 20 peratus. Jadi usahlah terpedaya dengan propaganda ‘high trade-in value’!
BACA SINI: Senarai Kereta Jimat Minyak 2021 untuk Sedan MPV SUV
Terpulang kepada anda –
Jika anda mempunyai kenderaan lain – mahu jual sebelum menempah kereta baru untuk dijadikan depositJika tiada kenderaan lain – hanya jual apabila dapat kereta untuk ‘upgrade’ kereta baru anda. Kami memilih pilihan kedua kerana tiada kepastian bila kereta baru kami sampai.
4 langkah mudah termasuk syarat jual kereta di carsome yang boleh anda ikuti seperti di bawah ini
Langkah 1: Akses Portal Laman Web Carsome Maklumat kereta anda hendaklah dihantar untuk mendapatkan temujanji pemeriksaan secara PERCUMA sahaja!
Maklumat berkenaan kereta yang mahu dijual hanya perlu disi di laman web Carsome. Kemudian, tarikh dan waktu temujanji untuk periksa kenderaan anda akan diminta oleh pihak Carsome selepas selesai submit. Urusan ini hanya memerlukan 2 minit daripada masa anda.
Langkah 2: Hantar Kereta Untuk Pemeriksaan Carsome Mengikut tarikh yang telah ditetapkan, bawalah kereta anda ke pusat pemeriksaan kenderaan Carsome yang telah dipilih.
Terdapat banyak pejabat cawangan pemeriksaan kereta Carsome di Malaysia baik di Melaka, Negeri Sembilan Kuala Lumpur Kl, Pulau Pinang Penang, Sabah, Sarawak, Johor, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu.
Mereka dalam proses untuk buka lebih banyak cawangan pusat pemeriksaan di seluruh negara ini. Jurukteknik Carsome mengambil masa yang tidak lama dalam 15-30 minit sahaja untuk melakukan proses pemeriksaan.
Langkah 3: Tawaran Terus atau Carsome Bidding Online (a)Terus menerima tawaran
Anda boleh terus menjual kereta anda kepada mereka jikalau anda bersetuju untuk menerima harga akhir yang ditawarkan oleh pihak Carsome semasa Langkah 1.
Jika anda setuju boleh terus ke langkah 4, tetapi anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu 3(b) iaitu membuat bidaan sekiranya anda mahukan harga yang lebih tinggi.
(b) Membuat bidaan secara online di portal Carsome login (pilihan)
Di Carsome, kereta anda boleh diletakkan untuk bidaan secara online oleh para penjual kereta terpakai yang mungkin dapat memberikan harga yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan. Selama 3 jam bidaan ini akan berlangsung.
Lebih daripada 3000 penjual kereta terpakai yang diperakui seluruh Malaysia akan terlibat dalam bidaan ini.
Harga jual kereta di Carsome yang terbaik dan tertinggi akan diletakkan untuk membeli kenderaan anda. Anda akan diberikan tempoh masa 24 jam untuk menerima tawaran harga selepas bidaan selesai sekiranya anda gembira dengan harga yang ditawarkan. Selepas itu, terus ke langkah akhir pula.
Langkah 4: Tukar Hak Milik Kereta ditukar dan Terima Bayaran Dari Carsome Langkah terakhir ini bagi kami sangatlah memudahkan pengguna. Ini kerana anda selaku pemilik kereta hanya perlu duduk dan tunggu sahaja, pihak Carsome akan menguruskan semua urusan pemindahan hak milik, dokumen berkaitan sehinggalah kepada proses pembayaran.
Jadi, anda tidak perlu beratur panjang di PUSPAKOM mahupun JPJ. Mudah sahaja bukan? Wang akan terus dipindahkan ke dalam akaun anda selepas semua urusan selesai.
Disebabkan kereta lama kami masih berhutang dengan bank dan belum habis bayar lagi, maka bank pembiayaan yang akan melakukan proses akhir itu.
Untuk proses penyelesaian hutang dengan bank dan seterusnya proses menukar nama, anda perlulah hadir bersama dengan pegawai Carsome di bank.
Setelah selesai semuanya, kereta anda akan diserahkan kepada pegawai Carsome dan baliklah rumah menaiki Grab ataupun minta tolong ahli keluarga atau rakan taulan untuk mengambil anda. Wang lebihan telah saya terima dalam tempoh 2 jam!
Kebanyakan daripada pengguna yang menggunakan perkhidmatan Carsome berpuas hati dengan servisnya!
Maklumbalas bagi mereka yang telah menggunakan perkhidmatan Carsome boleh anda lihat di bawah ini. Semuanya sangat berpuas hati dan memberi maklum balas positif dengan perkhidmatan yang telah diterima.
Carlist juga telah kami kunjungi untuk membuat perbandingan. Kedua-duanya hampir sama dari segi prosedur dan harga permulaan yang ditawarkan namun apa yang membezakan adalah RM150 akan dicaj oleh Carlist sekiranya anda tidak menjual kereta kepada mereka tetapi tiada peraturan sebegini dan semuanya adalah PERCUMA jika berurusan dengan Carsome.
Anda boleh melayari link berikut untuk sebarang maklumat lanjut:
Facebook: https://www.facebook.com/CarSome.my/
Website: https://www.carsome.my
P/S: Jangan pula anda jual kereta yang sudah rosak
Sumber Asal Yang Rasmi : Cara Jual Kereta di Carsome Mudah dan Cepat
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/carsome

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diy Cara Kilatkan Semula Lampu Depan Kereta Yang Kabur Kuning Dengan Bajet Rm15 Mudah

Diy Cara Kilatkan Semula Lampu Depan Kereta Yang Kabur Kuning Dengan Bajet Rm15 Mudah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 408 hits
Tidak dinafikan kereta yang lebih dari usia 5 tahun pasti mengalami perubahan Termasulah juga bahagian lampu hadapan yang mulai kabur dan kusam kekuningan menyebabkan kualiti pencahayaan menjadi kurang jelas
Tips Berkemas Cara Mudah Dan Efektif

Tips Berkemas Cara Mudah Dan Efektif

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 330 hits
Tip yang boleh dicuba oleh mereka yang mahu mencari jalan lebih singkat mudah dan efektif dalam memastikan rumah mereka sentiasa bersih dan tersusun 1 Selalu berlaku apabila kita mengangkat sampah untuk dibuang terdapat koyakan kecil yang m...
Cara Buat Agar Agar Santan Yang Paling Mudah Tapi Sedap

Cara Buat Agar Agar Santan Yang Paling Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 388 hits
Hidangan Agar Agar Santan Pandan atau Agar Agar Lumut ni antara manisan kegemaran orang tua dulu dulu Malah kanak kanak pun suka sebab rasanya memang sedap Walaupun nampak ringkas dan mudah kalau salah cara memang tak menjadi Nak cuba buat ...
Cara Mudah Membersihkan Dan Menghilangkan Bau Pipis Kucing

Cara Mudah Membersihkan Dan Menghilangkan Bau Pipis Kucing

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 254 hits
Gunakan beberapa cara mudah ini untuk membersihkan dan menghilangkan bau pipis kucing
Cara Claim Insuran Kereta Selepas Kereta Kena Langgar

Cara Claim Insuran Kereta Selepas Kereta Kena Langgar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 362 hits
Cara Claim Insuran Kereta Selepas Kereta Kena Langgar dan terlibat dengan accident samada dengan Etiqa Takaful AIG Alliance MSIG Zurich Takalful Ikhlas Lonpac Pacific and Orient Kurnia Tokio Marine ataupun AXA Car Insurance Kepada anda yang...
Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah Ada Keju Memang Sedap

Cara Masak Makaroni Bakar Guna Resipi Paling Mudah Ada Keju Memang Sedap

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 373 hits
Sedapnya Makaroni Bakar Jika anda penggemar hidangan ini resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni tentunya harus dicuba Resipi Makaroni Bakar ini tidak menggunakan banyak bahan Malah cara penyediaannya juga cukup mudah Sesuai bagi anda yang...
Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

Lelaki Ini Kongsi Cara Cetak Kerja Sekolah Anak Terus Ke Printer Guna Handphone Tak Perlu Laptop Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 454 hits
Apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bukan hanya mereka yang bekerja terlibat bahkan anak anak turut menerima tempias Ini kerana mereka tidak menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah Terbaru Pihak Kementerian Pel...
Cara Mudah Menghapus Virus Komputer Menggunakan Avast

Cara Mudah Menghapus Virus Komputer Menggunakan Avast

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 343 hits
Gambar Avast AntivirusAvast merupakan aplikasi antivirus yang didirikan sejak tahun 1988 oleh Ceko eduard dan Pavel baudis Pada waktu itu komputer dunia sedang terancam oleh virus wina Kemudian kedua profesor tersebut akhirnya bekerja keras...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan