Cara Claim Insuran Kereta Selepas Kereta Kena Langgar
Cara Claim Insuran Kereta Selepas Kereta Kena Langgar dan terlibat dengan accident samada dengan Etiqa Takaful, AIG, Alliance, MSIG, Zurich, Takalful Ikhlas, Lonpac, Pacific and Orient, Kurnia, Tokio Marine ataupun AXA Car Insurance
Kepada anda yang terlibat dengan accident atau kemalangan jalan raya, jangan panik.
Yang penting di sini ketahui hak anda sebagai pemegang polisi insurans kereta anda.
Supaya anda tidak ditipu dan tertinggal langkah bagi mengelakkan anda mengalami kerugian berganda sewaktu ditimpa kemalangan dan accident
Terdapat langkah atau cara untuk claim insuran kereta yang perlu diambil untuk membuat laporan polis dan tuntutan insurans sekiranya terlibat dengan kemalangan jalan raya yang membabitkan kerosakan kereta tanpa sebarang kecederaan fizikal kepada pemandu.
Prosedur Cara Claim Insurans Kereta
Laporan mestilah turut dibuat oleh kereta yang melanggar anda dalam kes kereta anda terlanggar supaya kos baik pulih kereta anda ditanggung oleh insuran kereta milik individu terbabit.
Di bawah ini kami sertakan langkah-langkah klaim insurans kereta kemalangan jika ia berlaku pada kereta anda.
Letakkan kenderaan anda pada bahu jalan supaya tidak menghalang lalu lintas selepas berlakunya kemalangan.Kerosakan kenderaan anda hendaklah diperiksa dari luar.Gambar kenderaan yang melanggar mestilah diambil dan butiran penting kenderaan terbabit termasuk nombor plat dan roadtax kenderaan juga perlulah diambil.Kerosakan yang berlaku pada kenderaan hendaklah diambil gambarnya.Sila dapatkan maklumat pemandu yang terlanggar atau melanggar kenderaan anda. Anda juga perlu minta dengan baik kad pengenalan mereka dan mengambil gambar. Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, nyatakan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 52 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana hak anda sebagai pihak yang telah dilanggar untuk mendapatkan maklumat dari pihak yang pelanggar telah dihalang.Jika ianya kenderaan persendirian, dapatkan nombor telefon pemandu kenderaan tersebut, manakala jika ianya kenderaan syarikat, dapatkan nombor telefon syarikat. Bagi mengelakkan sebarang penipuan oleh mereka, pastikan nombor telefon yang diberikan betul-betul dapat dihubungi.Anda boleh menghala bersama kenderaan anda ke balai polis trafik berhampiran dan buat laporan polis sekiranyanya kenderaan anda masih selamat untuk dipandu.Ataupun anda boleh menghubungi syarikat insuran anda bagi mendapatkan khidmat tow truck jika kenderaan anda sudah tidak boleh dipandu. Elakkan menggunakan sebarang jasa tow truck yang datang kepada anda untuk menawarkan bantuan tow truck dan khidmat bengkel mereka.Pegawai penyiasat, penolong pegawai penyiasat atau ketua balai polis akan menjalankan siasatan awal bagi kes kemalangan yang berlaku pada diri anda setelah menerima laporan.Keputusan kes oleh penyiasat adalah dalam masa 15 hari selepas kemalangan. Anda akan diberikan salinan report dalam masa kurang dari 3 hari bekerja, gambar kemalangan dan rajah kasar akan diserahkan dalam masa kurang dari 15 hari.
BACA SINI: Harga Roadtax Motor dan Renew Motosikal & Kereta
Perkara Penting Dalam Cara Claim Insuran Kereta Kemalangan
Selepas keputusan kes, gambar kemalangan dan lakaran rajah dikeluarkan, anda perlu datang semula ke balai polis. Tuntutan insurans bagi kos baik pulih kerosakan kereta anda memerlukan tiga benda tersebut.
Setelah itu, dengan kadar secepat mungkin anda hendaklah membuat tuntutan kepada pihak insurans. Sekiranya anda gagal bersegera untuk membuat tuntutan, anda boleh menulis surat kepada pihak insurans atas sebab-sebab kelewatan membuat tuntutan kerosakan kereta.
Dalam masa 7 hari, laporan mestilah dilakukan untuk membuat tuntutan, anda hendaklah memberikan bukti semasa membuat report dan sekiranya anda tercedera, mestilah dirawat di hospital dalam masa 30 hari setelah kemalangan berlaku.
Kereta anda perlulah dihantar ke bengkel panel insuran anda atau pusat baik pulih rasmi untuk dibaiki dengan kadar segera. Jikalau anda memiliki kereta Proton, maka hantarlah ke pusat baik pulih Proton, begitu juga dengan perodua, Honda atau kereta lain. Ini bagi memastikan spare parts yang digunakan adalah asli dengan model kereta anda. Selain itu, proses tuntutan insuran dapat dipercepatkan dan baik pulih kereta anda boleh dilakukan dengan baik apabila anda menghantar pembaikan ke service centre.
Dokumen-dokumen seperti salinan kad pengenalan, covernote insurans, salinan lesen memandu, laporan polis, salinan geran, gambar rajah kemalangan, lakaran kemalangan dari balai polis mestilah disiapkan semasa membuat tuntutan kepada syarikat insurans.
No. Claim Discount anda tidak akan terjejas langsung apabila kemalangan bukan disebabkan oleh kecuaian anda.
Prosedur Tuntutan Loss of Use
Loss of use daripada insurans juga layak anda tuntut di samping kos pembaikan kereta. Loss of use adalah kos pengangkutan selama masa baik pulih kenderaan anda atau kos sewa kenderaan gantian.
Maklumkan kepada service centre yang anda mahu membuat tuntutan loss of use setelah kereta anda diperbaiki. Service centre akan menyediakan laporan lengkap beserta dokumen yang diperlukan untuk keperluan tuntutan anda. Laporan akan dikeluarkan dalam masa 3 sehingga 5 hari bekerja setelah kereta sudah siap diperbaiki.
Dokumen dan laporan mestilah dihantar ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kereta anda. Bagi memastikan tuntutan anda dipenuhi, lakukan follow up dari semasa ke semasa. Umumnya 2 minggu hari bekerja akan diambil untuk proses ini dan pembayaran akan diberikan kepada anda.
Membuat Tuntutan Kemalangan Sendiri dan Pihak Ketiga
Terdapat dua jenis claim insurans kereta kemalangan atau tuntutan iaitu tuntutan kerosakan sendiri dan tuntutan kerosakan pihak ketiga.
Anda akan dapat membuat tuntutan kerosakan sendiri apabila menggunakan perlindungan komprehensif. Anda akan kehilangan diskaun tiada tuntutan (NCD), jika anda membuat tuntutan sendiri.
Maklumat hendaklah terus diberikan kepada syarikat insurans anda apabila berlaku kemalangan yang membabitkan kenderaan anda. Kemudian hantar ke bengkel panel syarikat insurans berkenaan. Borang Laporan Kemalangan Motor mesti diisi dan dokumen lain yang dikehendaki disertakan sebelum menghantar kereta anda.
Baik pulih selalunya akan dilakukan setelah dokumen lengkap dari anda diterima oleh syarikat insurans. Apabila kereta telah disiapkan sepenuhnya, anda akan dihubungi.
Kes kedua adalah tuntutan kemalangan pihak ketiga. Anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga jika anda tidak bersalah dalam kemalangan itu dan diskaun tiada tuntutan anda tidak akan terjejas langsung.
Insuran boleh dituntut ke syarikat anda atau terus kepada syarikat pihak yang bersalah kerana anda dan pemilik kenderaan lain mempunyai syarikat insurans masing-masing. Anda boleh mengemukakan kepada syarikat insurans anda supaya tuntutan dapat dipercepatkan.
SUMBER: https://piam.org.my/consumer/steps-to-smooth-processing-of-claims/
Cara Meminimumkan Kerugian Bagi Penuntut Pihak Ketiga
Seorang penaksir berlesen hendaklah dilantik untuk menilai besarnya kerugian. Kebiasaannya bengkel panel dan syarikat insurans akan meminta anda berbuat demikian.Borang Laporan Kemalangan Motor, laporan penaksir, dan lain-lain dokumen yang diperlukan diserahkan syarikat insurans anda.
Selain melakukan cara claim insurans kereta kemalangan pihak ketiga tersebut, Ganti Rugi Masa Pembaikian (CART) juga berhak anda tuntut kepada syarikat pihak ketiga atas kehilangan kegunaan kereta anda.
Selain daripada bayaran wang tunai. Pembayaran kos sewa kereta pengganti selama tempoh pembaikan dengan syarat sama kategori dan kapasiti juga boleh dituntut.
Anda mestilah mengemukakan resit daripada syarikat penyewaan kereta semasa membuat tuntutan.
Sumber Asal Yang Rasmi : Cara Claim Insuran Kereta Selepas Kereta Kena Langgar
Portal Rasmi Mypt3 : Mypt3
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/cara-claim-insuran-kereta