Cara Jawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera Ja29


Cara Jawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29. Tahniah kepada anda yang dipanggil menjalani peperiksaan memasuki perkhidmatan awam (PSEE) bagi Ujian Psikometrik jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 ini.



Untuk pengetahuan anda, kekosongan jawatan Penolong Jurutera JA29 ini adalah di Jabatan Penyiaran Malaysia. Penempatan pula adalah di seluruh Malaysia, iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Sebelum anda mengetahui contoh soalan dan cara menjawab soalan ujian psikometrik ini, kami akan terangkan dulu jadual gaji, dan depkripsi tugas Penolong Jurutera Gred JA29.


Jadual Gaji Penolong Jurutera Gred JA29

Berikut adalah jadual gaji minimum, gaji maksimum dan kadar kenaikan gaji tahunan Penolong Jurutera JA29:
Gaji Minimum: RM1,549.00
Gaji Maksimum: RM5,701.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00


Deskripsi Tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.


Format Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29
Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini.
Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

PersonalitiMotivasiKejujuranIntegritiKebolehan SosialKestabilan Emosi; danDisiplin


Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29
Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!
Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.Saya tidak suka pandangan saya ditolak.Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.


20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 20 contoh soalan psikometrik yang berkemungkinan akan ditanya;


1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.  
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 
 
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 
 
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 
 
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini. 
a. Sangat setuju 
b. Setuju 
c. Tidak pasti 
d. Tidak setuju 
e. Sangat tidak setuju 


8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun. 
a. Sangat setuju 
b. Setuju 
c. Tidak pasti 
d. Tidak setuju 
e. Sangat tidak setuju 


11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam. 
a. Sangat tidak setuju 
b. Agak tidak setuju 
c. Tidak setuju mahu pun setuju 
d. Agak setuju 
e. Sangat setuju 


13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang. 
a. Sangat tidak setuju 
b. Agak tidak setuju 
c. Tidak setuju mahu pun setuju 
d. Agak setuju 
e. Sangat setuju 


14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


15. Saya mudah berasa bosan. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 


17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah. 
a. Sangat tidak setuju 
b. Agak tidak setuju 
c. Tidak setuju mahu pun setuju 
d. Agak setuju 
e. Sangat setuju 


18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula. 
a. Sangat setuju 
b. Setuju 
c. Tidak pasti 
d. Tidak setuju 
e. Sangat tidak setuju 


19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya. 
a. Sangat kerap 
b. Kerap 
c. Tidak pasti 
d. Kadang-kadang 
e. Tidak pernah 
 
20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya. 
a. Sangat tidak setuju 
b. Agak tidak setuju 
c. Tidak setuju mahu pun setuju 
d. Agak setuju 
e. Sangat setuju 


Dapatkan Ebook Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29
Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.
Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.
Apa yang anda akan dapat dalam pakej eBook ini (Pakej Advance)?

Rujukan PSIKOMETRIK (Rujukan & 200 Soalan Psikometrik)241 Senarai Agensi Kerajaan7 Langkah Strategik Agensi KerajaanTeknik Jawab Soalan Temuduga KerajaanRahsia Penulisan Resume250 Soalan TemudugaRahsia Kejayaan & Kegagalan Temuduga
Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.


EBOOK INI SESUAI UNTUK UJIAN PSIKOMETRIK/SPiER SEMUA JAWATAN DI PORTAL SPA MALAYSIA TAHUN 2022 (DIKEMASKINI)

[ KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD ]


Selepas pengesahan pembelian dilakukan. Kami akan emailkan TERUS pautan untuk akses ke laman muat-turun eBook ini. Tiada sebarang pengeposan dilakukan memandangkan ini bukan buku fizikal tetapi buku digital (dalam bentuk PDF). Beli sekarang, dapat sekarang!


Penjadualan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera Gred JA29
Penolong Jurutera Gred JA29 (Sarawak)Jabatan Penyiaran MalaysiaPeperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian PsikometrikTarikh Peperiksaan : 27 Julai 2022



Penolong Jurutera Gred JA29 (Sabah)Jabatan Penyiaran MalaysiaPeperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian PsikometrikTarikh Peperiksaan : 27 Julai 2022



Penolong Jurutera Gred JA29 (Semenanjung)Jabatan Penyiaran MalaysiaPeperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian PsikometrikTarikh Peperiksaan : 27 Julai 2022


Semoga perkongsian Cara Jawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29 ini membantu calon-calon ujian psikometrik yang tak lama lagi dijalankan.
Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain yang terlibat dengan peperiksaan nanti. Semoga bermanfaat untuk semua.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kerjayasafety.com/2022/07/cara-jawab-soalan-ujian-psikometrik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soalan Yang Apandi Perlu Jawab

Soalan Yang Apandi Perlu Jawab

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 267 hits
Tetapi Jho Low masih tidak sanggup kembali ke Malaysia walaupun sanggup menghubungi Apandi Kesanggupan Apandi menerima tawaran Jho Low tentulah kerana Apandi sekarang akui yang Jho Low bersalah Mahathir Mohamad Mohamed Apandi Ali ingin tahu...
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 487 hits
4 Cara Hilangkan Pening Kepala Akibat Makan Daging Daging jarang orang alah tapi kadang boleh jadi alahan tertentu sebab tindak balas badan yang berlainan MF sendiri takde alahan apa makan daging Tapi kadang jadi pening kepala lepas makan d...
Cara Menukarkan Amp Quot Table Amp Quot Kepada Format Gambar Pada Words

Cara Menukarkan Amp Quot Table Amp Quot Kepada Format Gambar Pada Words

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 221 hits
Kepada anda yang ridau akan maklumat pada Table di sunting atau diubah secara tidak sengaja berikut kami kongsikan cara untuk menukarkannya kepada bentuk gambar pada Microsoft Words Pertama sekali highlight kan keseluruhan Table yang ingin ...
Cara Top Up Atau Tambah Nilai Kredit Digi Melalui Aplikasi Mydigi Reload Prepaid Online

Cara Top Up Atau Tambah Nilai Kredit Digi Melalui Aplikasi Mydigi Reload Prepaid Online

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 255 hits
Aplikasi MyDigi memudahkan anda untuk membeli pelan internet dan panggilan serta menyemak baki terkini kredit Selain itu juga anda boleh membuat tambah nilai terus menggunakan aplikasi ini Jadi dalam video ini kami tunjukkan cara mudah untu...
Kucing Dengar Tazkirah Sebelom Makan Ramai Puji Cara Pemuda Ini Beri Tazkirah Buat Kucingnya

Kucing Dengar Tazkirah Sebelom Makan Ramai Puji Cara Pemuda Ini Beri Tazkirah Buat Kucingnya

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 230 hits
Haiwan peliharaan seperti kucing ialah satu kemestian kepada sesebuah keluarga Kadang kadang ramai yang suka memelihara kucing ini adalah kerana kucing merupakan haiwan yang peramah dan kebanyakan orang akan suka dengan kucing ni Manakan ti...
Cara Pemakaian Inai Yang Di Bolehkan Dalam Islam

Cara Pemakaian Inai Yang Di Bolehkan Dalam Islam

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 272 hits
Bagi pengamal media sosial ni bohong la kalau tak tahu tentang isu Inai yang sedang hangat di perkatakan sekarang ni Kecoh sana sini orang bercakap pasal Inai keluaran seorang artis yang memang sepanjang tahun ada je kontroversi berkaitan d...
Kota New York Rilis Video Cara Selamatkan Diri Dari Serangan Nuklir

Kota New York Rilis Video Cara Selamatkan Diri Dari Serangan Nuklir

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 323 hits
Pemerintah Kota New York merilis video pengumuman layanan publik terkait tata cara warga menyelamatkan diri jika terjadi serangan nuklir
Kereta Baru Atau Terpakai Cara Pengiraan Bayaran Bulanan

Kereta Baru Atau Terpakai Cara Pengiraan Bayaran Bulanan

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 255 hits
Kereta baru atau terpakai Cara pengiraan bayaran bulanan Korang pernah terfikir tak waktu nak beli kereta sama ada nak beli kereta yang baru atau pun yang terpakai Kalau nak tahu saya ada pengalaman beli kedua dua jenis kereta ni Dulu saya ...
Cara Masak Daging Goreng Kunyit Paling Simple Buat Basah Sikit Tak Letak Garam Pun Dah Sedap

Cara Masak Daging Goreng Kunyit Paling Simple Buat Basah Sikit Tak Letak Garam Pun Dah Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 353 hits
nbsp Selain rendang gulai kari atau sup apa kata menu daging kita masak hidangan paling mudah tapi sedap Masak daging goreng kunyit Menu ni makan dengan nasi putih dengan sambal pun dah cukup Caranya boleh ikut resipi Dani Shoppe 8217 s Dag...
Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Biskut Timbang Datang Lagi

Lirik Lagu Terima Kasih Masih Di Sini Glenn Samuel

Aku Awang Belanga

Melinda Cinta Satu Malam Chord

Thomas Arya Kecewa Yang Menyiksa

Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang Fc Catat Seri 1 1 Dengan Selangor Fc