Cara Pemakaian Inai Yang Di Bolehkan Dalam Islam


CARA PEMAKAIAN INAI YANG DI BOLEHKAN DALAM ISLAM. Bagi pengamal media sosial ni bohong la kalau tak tahu tentang isu Inai yang sedang hangat di perkatakan sekarang ni. Kecoh sana sini orang bercakap pasal Inai keluaran seorang artis yang memang sepanjang tahun ada je kontroversi berkaitan dia atau family dia. Rasanya artis ni dah boleh kita anugerahkan Artis kontrovesi sepanjang tahun gamaknya. Apa saja isu tentang dia memang mendapat liputan meluas pihak media. Netizen faham je la.. semua isu pun depa ulas selagi media dok tulis selagi tu netizen dok komen.
nak cari Inai daun readymade boleh tengok kat sini : https://shope.ee/VTQfRsJBg
Berbalik pada isu inai.. nampaknya pemakaian inai di kalangan kaum wanita sekarang dah macam jadi trend tapi cara pemakaian dah tak macam orang dulu dulu la. Dulu biasa orang pakai sampai ruas jari tapi sekarang orang cuma pakai pada kuku macam pakai cutex juga. 
Produk inai sekarang pun tumbuh macam cendawan tapi pokok inai sekarang susah dah nak jumpa walau kat kampung. Mungkin masing masing pakai inai yang dah di produkan dalam bentuk siap di gunakan. Berbanding dulu kita kena ambil daun Inai, tumbuk atau giling sampai lumat kemudian baru lah tempek kat jari. Dah tu kena tunggu sampai kering baru boleh cuci dan dapat warna yang di inginikan

Tak di nafikan inai ni salah satu perhiasan yang menaikan seri pada golongan wanita ni sebab tu ia di jadikan salah satu perkara yang di buat bila seseorang itu melangsungkan perkahwinan. Salah satu kaedah menaikan seri pengantin selain dari dandanan

Sebenarnya inai ni apa? Apa tujuan sebenar orang pakai? Dari sudut agama apa fungsi inai tu sendiri dan cara pemakaian yang di bolehkan oleh agama

Dari hasil pembacaan saya di laman web rasmi mufti perak ini penjelasan tentang pemakaian inai.

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis berasal dari perkataan Arab iaitu ‘Henna’’ yang bermaksud ubat. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru inai ialah sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari). Di dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan:

Asal bagi sesuatu itu adalah harus selagi mana tiada dalil yang mengharamkan”. Oleh yang demikian, hukum asal pemakaian inai ini adalah harus. Akan tetapi, isu ukiran inai ditangan sering kali dibahaskan sama ada ia diharuskan atau diharamkan oleh Islam. Berikut adalah garis panduan berhias menurut Islam termasuklah ukiran inai di tangan:

Inai ukir
Inai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi dan apa-apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.

penggunaan daun inai diharuskan sekiranya atas tujuan berhias untuk suami. Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu:
1. Boleh menyerap air supaya wuduk dan mandi wajib sah

2. Tidak mengandungi bahan yang memudharatkan kulit

3. Bahan tersebut tidak bercampur dengan najis.

Hukum memakai inai bagi lelaki dan wanita:Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata, Imam as-Syafi'e rahimahullah melarang perbuatan lelaki berinai kecuali bagi tujuan perubatan sahaja. Contohnya seperti berinai untuk merawat penyakit kuku buruk dan uban. Hal ini demikian kerana, perbuatan berinai ini merupakan amalan dan perhiasan yang sinonim bagi kaum wanita sahaja. Islam turut melarang seseorang lelaki menyerupai wanita sama ada melalui pakaian mahupun perhiasan

Seterusnya hukum memakai inai bagi wanita pula adalah diharuskan di dalam Islam.
Bagi para wanita pula, para ulama bersepakat tiada masalah baginya untuk mewarnakan jarinya dengan inai. 

Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan

Apapun tak salah untuk kaum wanita memakai inai untuk perhiasan diri cuma mungkin akan jadi salah bila niat dan cara itu salah. Masing masing dah dewasa untuk menilai apa yang baik dan buruk kan

Pasal inai artis yang tengah jadi kontroversi tu..dari sudut warna tu bagi saya itu pilihan masing masing ada yang suka ada yang tidak. Tiada pertikaian cuma yang saya baca cara pemakaian dia tu kena betul betul ikut step kalau salah sikit terus tak menjadi elok hasilnya rasanya bila benda yang di produkan elok la di permudahkan penggunaannya. Sebab inai ni pada asalnya tak renyah pun nak pakai. Tempek tempek tunggu kering dah siap. 
Tapi kalau dah di jadikan produk, dah di packing dalam kotak yang cantik, di botolkan untuk mudahkan pengguna pakai.. kenapa perlu di rumitkan benda yang sepatutnya jadi lebih mudah. Mungkin founder perlu kaji dan formulate balik produk untuk lebih jadi mesra pengguna agar harga yang di jual setanding kualiti dan fungsinya. Tu je pandangan saya. 
Maaf kalau pandangan ini ada yang tak setuju


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lekatlekit.com/2022/07/cara-pemakaian-inai-yang-di-bolehkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Kes Hina Agama Islam Di Media Sosial Iselam Terancam Kah

Lagi Kes Hina Agama Islam Di Media Sosial Iselam Terancam Kah

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 252 hits
Mengapa semua ini terjadi ISLAM TERANCAM 0 40 3 01 Lagi kes hina agama Islam di media sosialKOSMO 18 Julai 2022 3 10 pmPETALING JAYA Sejak kebelakangan ini ramai individu dilihat cuba membuat provokasi di media sosial dengan membuat kandung...
Hiburan Baru Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin Rm20k Pelawak Hina Islam Terus Ditahan Penguatkuasa Jawi Pula

Hiburan Baru Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin Rm20k Pelawak Hina Islam Terus Ditahan Penguatkuasa Jawi Pula

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 195 hits
Siti Nuramira Abdullah yang ditahan sebelum ini kerana didakwa menghina Islam ketika membuat komediri telah selesai membayar wang jaminan di Mahkamah Kuala Lumpur 1 hari laluWang Ikat Jamin RM15K Berjaya Dikumpul Ramai Rupanya Yang Bagi Sup...
Malaysia Bukan Negara Islam Ramai Buta Perlembagaan

Malaysia Bukan Negara Islam Ramai Buta Perlembagaan

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPU Kit Siang Wan Junaidi dan ramai lagi adalah antara pihak yang boleh dianggap buta Perlembagaan kerana tidak pernah memahami maksud tersirat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan tegas Dato Profesor Haji Mahamad Naser Bin Disa Beli...
Lagi Kes Hina Islam Dan Nabi

Lagi Kes Hina Islam Dan Nabi

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 232 hits
Hazira Ahmad Zaidiam hmetro com mySUSPEK ditahan di Kampung Bagan Chekok Pulai Chondong 11 30 pagi tadi FOTO ihsan polisKota Bharu Polis menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantar...
Is The Dignity Of Islam Dependent On The Conduct Of Muslims It S Rubbish

Is The Dignity Of Islam Dependent On The Conduct Of Muslims It S Rubbish

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 298 hits
A bad Muslim is a bad Muslim His indignity does not rub off on Islam His behaviour does not affect the image of Islam To imply that it does only shows how stupid some Muslims can be P Ramakrishnan Recently as reported by Bernama on 9 July 2...
Jangan Hina Islam Atau Terima Padah Ppim Malakat Tribune 17 06 2022

Jangan Hina Islam Atau Terima Padah Ppim Malakat Tribune 17 06 2022

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak membuat sebarang provokasi melibatkan agama bangsa dan negara Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pihaknya kesal dengan kejadian menghina agama...
Sebab Dia Derhaka Tu Pasal Pakai Inai Tak Jadi Kata Neelofa

Sebab Dia Derhaka Tu Pasal Pakai Inai Tak Jadi Kata Neelofa

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 240 hits
Pasti ramai tahu selebriti popular Noor Nelofa muncul dengan produk keluaran terbaru iaitu Inai NunHa yang mendapat sambutan hangat daripada peminat Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila rata ratanya mempertikai ...
Kami Sedang Tunggu Sirim Amp Halal Sedar Ramai Pertikai Isu Inai Nunha Neelofa Tak Diam Diri

Kami Sedang Tunggu Sirim Amp Halal Sedar Ramai Pertikai Isu Inai Nunha Neelofa Tak Diam Diri

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 207 hits
Sejak beberapa hari yang lalu inai jenama Nunha yang dihasilkan oleh usahawan serta selebriti terkenal Neelofa menjadi topik bualan orang ramai dan rata ratanya mempertikai inai terbabit berwarna hitam seakan akan lebam Jika lihat di platfo...
Hiburan Macam Tersepit Pintu Kuku Jari Seolah Lebam Netizen Kritik Inai Neelofa Banyak Pantang Larang

Hiburan Macam Tersepit Pintu Kuku Jari Seolah Lebam Netizen Kritik Inai Neelofa Banyak Pantang Larang

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 297 hits
Baru baru ini selebriti terkenal Noor Neelofa ada mengeluarkan produk terbaru berupa inai yang diberi nama Innai NunHa yang nampaknya menerima sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada peminat Namun begitu sejak beberapa hari ini keco...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari