Cara Isi Nama Ketika Membuat Penempahan Tiket Kapal Terbang
Pasti ramai yang tidak pasti cara sebenarnya untuk buat tempahan kapal terbang lagi-lagi pada bahagian isi nama kan. Mungkin ada yang takut tersalah kerana kadang kala ianya mengelirukan tentang last, middle dan last name kan.
Jangan risau, anda boleh ikuti langkah dan cara yang dikongsikan dibawah terutamanya ketika anda ingin membuat tempahan atau beli tiket kapal terbang menerusi syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia (AA)
Jadi bagi mengelakkan masalah berlaku di kemudian hari tidak kiralah mana-mana airlines atau dimana-mana airport pun, pastikan anda mengikut guidelines dan peraturan yang telah ditetapkan lagi-lagi jika berada di luar negara.
BACA JUGA : Perkongsian Pengalaman Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia
Jika di Malaysia, sudah pastinya airlines yang terkenal adalah Malaysia Airlines (MAS) dan juga Air Asia (AA). Mereka juga telah menyediakan tunjuk ajar atau guidelines bagi mereka yang ingin isi nama ketika membuat penempahan tiket kapal terbang.
Cara Isi Nama Ketika Membuat Penempahan Tiket Kapal TerbangDisini aku kongsikan 2 Airlines utama iaitu Malaysia Airlines dan Air Asia bagaimana cara isi nama ketika membuat penempahan tiket kapal terbang secara ringkas. Jadi selepas ini anda boleh aplikasikan cara ini ketika membuat penempahan tiket.
Yang paling terbaru adalah melawat Perth, Australia, tempahan tiket telah dibuat mengikut panduan yang disediakan oleh pihak MAS. Jadi tiada sebarang masalah berlaku ketika itu.
contoh : Nama pada tiket MAS : Bin Abdullah / Aiman Mr
Malaysia AirlinesMalaysia Airlines (MAS) antara syarikat penerbangan terkenal dunia dan utama di Malaysia. Sudah pastinya ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka ketika ingin melancong ke luar negara. Antara panduan yang disertakan adalah seperti berikut:
Sila masukkan nama anda seperti yang ditunjukkan pada pasport anda dan gunakan aksara abjad A-Z dan a-z, maksimum 40 aksara untuk nama Akhir / Keluarga; 25 aksara untuk nama Pertama & Tengah.Jumlah panjang maksimum gabungan nama, pertama, tengah dan nama akhir termasuk tarikh lahir anak atau bayi adalah 56 aksara.Sebagai panduan, sila rujuk kepada contoh berikut (Last Name = Nama Akhir / Keluarga , First & Middle Name = Nama Pertama & Tengah).Bagi pemegang pasport Malaysia, nama pada pasport adalah tanpa lajur nama pertama dan terakhir.Semua pemegang pasport lain dengan lajur pertama dan nama yang berasingan, masukkan nama tersebut dengan sewajarnya.
Ini merupakan paparan di website www.malaysiaairlines.com/my ketika membuat tempahan tiket di Malaysia Airlines
Ini pula merupakan panduan dan cara yang betul untuk isi nama ketika membuat tempahan tiket di Malaysia Arlines (MAS).
Anda kene ikut panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysia Airlines bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Untuk panduan penuh anda boleh pergi ke Booking-Guide Malaysia Airlines. Jika lihat, MAS sedikit berbeza dengan nama kita, sepertinya mengikut piawaian seperti di luar negara.
Jika terdapat sebarang masalah seperti nama pada passport lain dengan tiket kapal terbang atau sebarang masalah anda boleh hubungi terus khidmat pelanggan Malaysia Airlines.
Air AsiaAir Asia (AA) juga antara Airlines yang terkenal di dunia dalam kategori tambang murah. Penerbangan yang merangkumi seluruh Malaysia dan beberapa tempat menarik di dunia. Sudah pastinya menjanjikan penjimatan dengan menggunakan Air Asia.
BACA JUGA : Dapatkan Promo Tempahan Tiket Air Asia Disini
Mereka juga menyediakan panduan cara untuk kenalpasti dan isi nama ketika membuat tiket penerbangan. Panduannya seperti berikut :
Semasa mengisi butiran guest details ketika membuat tempahan penerbangan, sila pastikan nama anda dieja dengan betul dan secara mandatorinya sama dengan ejaan dalam pasport, visa, kad pengenalan kebangsaan (ID) dan dokumen perjalanan lain.
Berikut merupakan paparan utama di website www.airasia.com ketika anda membuat tempahan tiket di Air Asia
Panduan dan cara isi nama ketika membuat tempahan tiket kapal terbang di Air Asia
Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan dengan cara isi nama bagi penerbangan Air Asia ini, anda boleh terus rujuk Booking-Guide Air Asia. Urutan nama bagi Air Asia sama seperti nama kita di Malaysia, mungkin tiada masalah di sini.
Jika terdapat sebarang permasalahan berkaitan dengan perubahan nama dan sebagainya, anda boleh hubungi pihak Air Asia menerusi pelbagai talian disini
BACA JUGA : Apa Itu BigPay Dan Apa Kelebihan Yang Ada Pada BigPay?
Sebelum anda ingin ke luar negara dan ingin membuat tempahan tiket kapal terbang, pastikan mengikut panduan yang ditetapkan oleh pihak Airlines bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Terus hubungi pihak Airlines untuk maklumat lanjut.
Harap ianya membantu bagi anda yang ingin bercuti selepas ini dengan menaiki kapal terbang. Selamat bercuti untuk tahun 2023
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2019/10/cara-isi-nama-ketika-membuat-penempahan.html