Apabila Band Lejen Pecah Dua Pakai Nama Sama


 

Kemelut band rock popular berpecah dua dan menggunakan nama yang sama menggambarkan situasi pahit sebenar dalam industri muzik tanahair kita. Band metal paling berpengaruh, XPDC, ada dua. Band rock paling ‘lejen’, Search, ada dua; begitu juga band pop, UKAYS atau UK’S, seringkali menimbulkan kekeliruan buat peminat mereka.
Apa masalahnya sehingga berlaku sedemikian rupa? Mungkin bagi sesetengah peminat ini merupakan satu ‘rahmat’ apabila berpeluang menikmati kedua-dua band sekali tetapi bagi yang lain mereka mempertikaikannya. Situasi ini menyebabkan peminat tegar turut berpecah dua dan berperang sesama mereka di dunia maya.
Mengapa ini berlaku sebenarnya amat tidak enak jika digali namun itulah hakikatnya. Untuk muncul sebagai sebuah band bukanlah perkara mudah, sepuluh kali lebih susah daripada muncul solo. Band bermaksud kumpulan dan masing-masing mempunyai peranan serta jasa sendiri dalam membawa nama band naik. Berbeza dengan bergerak solo, sebuah band bermakna mempunyai lebih daripada satu kepala. Disiplin, setiakawan, hala tuju, dan ideologi itulah tonggak utama kejayaan mereka. Pada peringkat awal penubuhan lagi perkara ini mesti dicongakkan. Ia seperti perjuangan pasti ada cabaran, kejayaan, hasutan, dan segalanya mesti dihadapi bersama secara berkumpulan. Melainkan tujuan penubuhan hanya ikut-ikutan atau jadi-jadian nescaya sesebuah band tidak akan berjaya malah hayatnya tak akan bertahan lama.
Ada banyak band yang ‘diprojekkan’ penubuhannya semata-mata mengambil kesempatan ‘trend’ semasa dan kebanyakan mereka gagal. Sebab dibuat-buat. Tak ‘real’!
Dalam filem Bohemian Rhapsody (arahan Bryan Singer, 2018) ada babak menggambarkan bagaimana Freddie Mercury selaku vokalis utama ditawarkan muncul solo. Dia dipancing oleh syarikat rakaman yang meracun Freddie dengan angan-angan untuk lebih kaya, lebih istimewa. Nama Michael Jackson daripada kumpulan adik-beradik The Jackson 5 disebut bagi menyedapkan lagi tawaran kerana ternyata Michael yang pergi solo menjadi sangat cemerlang. Bagaimanapun Freddie menolak. Freddie menghargai perjuangan semua anggota band Queen. Inilah antara racun yang membibitkan perpecahan sebuah band yang besar. Pancing-memancing berlaku dan keuntungan yang berlipat kali ganda terbentang depan mata. Ini berlaku di dalam industri di mana-mana. Ramai penyanyi berkumpulan keluar dan menghasilkan album solo. Namun bukan semuanya menjadi. Ada penyanyi band keluar buat album solo terus melingkup, manakala band yang ditinggalkannya juga apatah lagi. Mereka semua, baik si penyanyi mahupun anggota band terus hilang dari radar sedangkan mereka mempunyai potensi yang cukup besar jika sama-sama terus menggalang misi.
Kalau kita perhatikan fenomena di dalam industri muzik tempatan, band-band yang berpecah dua dan menggunakan nama sama seperti saya sebutkan tadi adalah band yang lahir pada zaman 80-an, 90-an; era kebergantungan penuh kepada penerbit yang juga komposer. Penerbit sosok yang bertanggungjawab mencorakkan album sesebuah band. Tidak semestinya menggunakan lagu-lagu atau lirik ciptaan penerbit. Amalan biasa waktu itu, penerbit juga penyumbang hampir semua lagu dan lirik. Band-band ini tiada ‘barang’ yang mereka hasilkan sendiri. Mereka hanya menyanyikan lagu-lagu yang hakciptanya bukan milik mereka. Bukan tidak boleh, bagi saya band itu sendiri harus tegas mempertahankan identiti mereka selain bertolak-ansur dengan kehendak pasaran. Justeru, apabila berlaku perselisihan yang membawa kepada perpecahan, mereka berasa sesiapa pun berhak membawakan lagu-lagu tersebut.
Sementara band yang dianggotai penyanyi asal boleh menyanyikannya kerana dia penyanyi asal, sebelah pihak lagi pula merasakan mereka boleh juga menyanyikan lagu yang sama dengan penyanyi baharu kerana muzik yang digubah karya mereka juga. Masing-masing berasakan ada peranan dan sumbangan masing-masing. Tanpa suara lagu tak jadi, tanpa muzik mereka pun tak jadi juga. Salahkah? Memang tidak salah malah yang untung pihak yang memegang hakcipta lagu tersebut. Dua-dua kumpulan menyanyi, royalti tetap pemegang hakcipta dapat.
Situasi sebegini tidak ketara sangat untuk band-band era ‘indie’ yang lahir hujung 90-an dan milenium kerana ‘trend’ indie membawa makna mereka membawakan lagu-lagu ciptaan sendiri. Jika mereka berpecah, mereka buat projek baharu. Pertukaran anggota itu biasa tetapi tidak ada perebutan nama. Mereka bawa lagu-lagu yang mereka cipta dengan kumpulan baharu sementara band yang tinggal nyanyi lagu lain, tak nyanyi lagu ciptaan ahli yang sudah keluar. Sepatutnyalah, kan?
Menggali lebih dalam mengapa band-band gergasi kita apabila semakin berusia tiba-tiba menjadi seperti kanak-kanak berebut anak patung, mendakwa itu-ini, bergaduh, sedangkan sepatutnya mereka sudah dikira ‘lejen’ adalah suatu kenyataan yang memalukan. Sepatutnya hari ini mereka berada pada satu kedudukan yang tidak boleh digugat. Perkara ini berlaku kerana pertelagahan sikap seseorang seniman atau karyawan itu sendiri. Berasa berada di zon selesa adalah sikap yang sangat bahaya.
Ada dua jenis seniman. Pertama, yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baharu. Satu lagi yang tidak mahu mencuba dan selesa dengan kejayaan silam. Suka bernostalgia. Pertembungan inilah yang memungkinkan perpecahan. Soal disiplin dan komitmen anggota tak perlu diperkatakan. Itu wajib hukumnya. Kalau ada ahli yang tak berdisiplin ia adalah toksik. Alamatnya ‘ke laut’ lah band tersebut.
The Beatles, band paling popular zaman-berzaman menghadapi dilema ini apabila semua anggotanya semakin dewasa. Peneraju utamanya John Lennon dan Paul McCartney mula ingin menegakkan idealisme masing-masing. Antara muzik, seni, hiburan bertembung dengan pemikiran, fahaman, dan falsafah.
Band kita juga tidak lari daripada hal yang serupa. Sebagai karyawan mereka ingin bereksperimen, memajukan lagi karya ke suatu tahap tetapi tidak mudah mencapai kata sepakat. Mungkin vokalis mahu kumpulannya mencuba sesuatu yang baharu sesuai dengan kematangan mereka tetapi pemuzik tidak setuju, hanya selesa dengan apa yang dibawa selama ini sedangkan dunia sudah berubah. Atau mungkin sebaliknya pula, pemuzik mahu lebih ekspresif selari dengan perkembangan selera muzik tetapi vokalis pula yang enggan. Maka berpecahlah mereka. Kemudian apabila berpecah, mulalah masing-masing kelam-kabut hendak kembali aktif menemui peminat. Masing-masing mendakwa merekalah ‘yang sebenar’.
Di zaman media sosial ini semuanya sudah berubah. Ruang perbualan lebih luas, terpaksalah mereka menerima kecaman netizen. Walaupun nampak macam tiada apa tetapi percayalah situasi ini buat mereka ‘makan dalam’. Sakit!
Inilah yang sangat menyedihkan. Dalam medan yang tidak luas mana, pusing-pusing pun pasti akan berjumpa juga, fenomena band berpecah dua dan menggunakan nama yang sama ini akhirnya tidak menguntungkan sesiapa pun di antara mereka. Mungkin ada kesempatan sekejap untuk ‘cari makan’ tetapi untuk tempoh jangka masa panjang, mereka yang ‘lejen-lejen’ ini membunuh legasi sendiri. Empayar yang mereka bina telah mereka bersama runtuhkannya. Itu belum lagi cerita campurtangan kaum keluarga atau pihak ketiga dalam urusan band. Semuanya ‘menyumbang’ ke arah kejatuhan.
Semangat setiakawan, menghormati antara satu sama lain, mempertahankan ideologi yang sepatutnya menjadi asas penubuhan bagi sesebuah band jika tidak ada, alamatnya akan jadi begitulah. Penyudahnya amat menyedihkan! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/apabila-band-lejen-pecah-dua-pakai-nama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Kalau Pelajar Sekolah Diberi Pilihan Sama Ada Bebas Pakai Tali Leher Atau Sebaliknya Wahai Menteri

Bagaimana Kalau Pelajar Sekolah Diberi Pilihan Sama Ada Bebas Pakai Tali Leher Atau Sebaliknya Wahai Menteri

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 170 hits
Sekolah sekolah di Johor Kedah Kelantan dan Terengganu telah pun memulakan sesi persekolahan 2022 2023 bermula 1 Januari lalu nbsp Sekolah sekolah di Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selango
Video Tengok Bentuk Badan Pakai Dress Ikat Belakang Mata Tajam Peminat D4kwa Neelofa Hamil Lagi

Video Tengok Bentuk Badan Pakai Dress Ikat Belakang Mata Tajam Peminat D4kwa Neelofa Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 163 hits
Baru baru ini selebriti berniqab Neelofa did4kwa sedang hamil anak kedua selepas muncul berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang di Brunei bagi tujuan perniagaan
Semua Peniaga Pengendali Makanan Di Selangor Wajib Pakai Pelitup Muka

Semua Peniaga Pengendali Makanan Di Selangor Wajib Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 139 hits
Semua peniaga penyedia dan pengendali makanan serta minuman di Selangor diwajib memakai pelitup muka bagi meningkatkan tahap kebersihan mulai 1 Januari 2023 ini Majlis Perbandaran Selayang dalam hantaran di Facebook berkata tindakan kompaun...
Samsung Galaxy S23 Nantinya Tak Pakai Memori 128 Gb

Samsung Galaxy S23 Nantinya Tak Pakai Memori 128 Gb

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 138 hits
Rumor menyebutkan bahwa ruang penyimpanan atau memori paling kecil yang bakal dimiliki Samsung Galaxy S23 adalah 256 GB Benarkah demikian
Pembelian Gas Lpg 3 Kg Wajib Pakai Ktp

Pembelian Gas Lpg 3 Kg Wajib Pakai Ktp

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 182 hits
Pembelian Gas LPG 3 Kg Wajib Pakai KTP Tahun 2023 pembelian elpiji 3 kg akan diperketat dengan menggunakan KTP Pembelian elpiji 3 kg menggunakan KTP ini diterapkan agar pembelian LPG 3 kg dapat tepat sasaran
Hiburan Niat Nak Promote Produk Eyka Farhana Dibahan Warganet Pakai Baju Macam Alas Meja

Hiburan Niat Nak Promote Produk Eyka Farhana Dibahan Warganet Pakai Baju Macam Alas Meja

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 178 hits
Perkongsian pelakon Eyka Farhana di Instagram baru baru ini mendapat perhatian apabila pakaian yang digayakan aktres tersebut disamakan dengan alas meja Dalam video singkat berkenaan Eyka Farhana dapat dilihat mempromosikan produk pengering...
Marah Dibangunkan Untuk Salat Tahajud Anak Bacok Bapak Pakai Parang

Marah Dibangunkan Untuk Salat Tahajud Anak Bacok Bapak Pakai Parang

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 136 hits
Di hadapan polisi pelaku mengaku tega membacok ayahnya karena kesal saat dibangunkan untuk salat tahajud sekitar pukul 03 00 WIB
Nama Nama Lelaki Dan Perempuan Klasik Nusantara Unik Serta Maknanya

Nama Nama Lelaki Dan Perempuan Klasik Nusantara Unik Serta Maknanya

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 431 hits
Sedang scroll TikTok terpana sekejap dengan post nama nama klasik nusantara lelaki dan perempuan yang unik berserta maknanya Maknanya pun unik dan mendalam gitu Tinggi bahasannya ni Suka dengan nama nama orang lama atau nama melayu klasik n...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul