Ramai Isi Rumah B40 M40 Terjejas


hmetro.com.my
Muhammad Saufi Hassan
[email protected]
KERAJAAN digesa meningkatkan penawaran bagi barangan keperluan asas untuk menurunkan harga. FOTO Arkib NSTP
Masalah kenaikan harga barang memberi bebanan kepada rakyat khususnya untuk kategori isi rumah B40 serta M40.

Bagaimanapun, timbul tanda tanya adakah kenaikan harga barang ini hanya berlaku di negara ini atau turut membabitkan negara lain.

Bagi memberi gambaran lanjut, wartawan Kafe Ahad, MUHAMMAD SAUFI HASSAN mewawancara Ketua Laboratori Kajian Dasar dan Makanan, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makan (ITAFoS) Universiti Putra Malaysia (UPM) PROF DR ABDUL RAHIM ABDUL SAMAD.

Isu barangan keperluan yang naik menjejaskan kehidupan rakyat. Pada pandangan Dr, adakah semua kategori (B40, M40 dan T20) turut terjejas?

Sememangnya, pengeluaran dan pengangkutan terjejas teruk akibat pelbagai isu dunia yang melanda misalnya akibat perubahan cuaca melampau dan perang Russia dan Ukraine yang berterusan.

Oleh itu, ia akan menyebabkan harga barangan meningkat disebabkan oleh kekurangan bekalan global.

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi, isu harga barangan keperluan yang meningkat tidak menjejaskan golongan seperti T20.

Malah golongan T20 ini sedikit bilangannya berbanding dengan majoriti rakyat Malaysia, terutamanya mereka dalam golongan B40, yang merupakan antara yang paling teruk terjejas daripada segi kenaikan harga barang dengan diikuti oleh golongan M40.

Berdasarkan Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2020, golongan B40 membelanjakan secara purata 24 peratus daripada pendapatan bulanan mereka untuk makanan dan minuman bukan alkohol.

Ini jauh lebih tinggi daripada 18 peratus M40 dan 12.6 peratus T20.

Makanan dan minuman bukan alkohol adalah item perbelanjaan kedua terbesar untuk B40 dan M40 selain dari perbelanjaan untuk perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

Nasib kita baik, pasaran hartanah sedikit merudum dan petrol, elektrik dan gas diberi subsidi.

Tetapi selain daripada beberapa barangan yang mempunyai kawalan harga, kebanyakan bahan makanan tidak diberi subsidi.

Apakah langkah yang paling wajar dilakukan oleh kerajaan pada ketika ini?

Kerajaan secara umumnya cuba mengekalkan harga barangan dalam julat optimum yang menggalakkan pertumbuhan tanpa mengurangkan secara mendadak kuasa beli rakyat.

Terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk mengawal kenaikan harga barangan.

Bagaimanapun, tiada satu pun yang pasti yakni ada kemungkinan ia berkesan dan ada kemungkinan ia menyebabkan kesan sampingan.

Antara kaedah yang boleh digunakan adalah kawalan harga iaitu had harga atau tingkat harga yang ditentukan oleh kerajaan dan digunakan untuk barangan tertentu.

Contoh, siling harga ditetapkan untuk mengelakkan pengeluar daripada meningkatkan harga.

Kerajaan perlu bekerjasama dengan pelbagai kementerian untuk mengambil langkah yang terbaik bagi mengekang kenaikan harga barang.
HARGA barang makanan meningkat disebabkan oleh kekurangan bekalan. FOTO Arkib NSTPApakah mekanisme ekonomi iaitu penawaran serta permintaan memainkan peranan dalam isu kenaikan harga barang ini?

Ia adalah prinsip asas ekonomi bahawa apabila penawaran melebihi permintaan untuk barangan atau perkhidmatan, harga akan jatuh.

Apabila permintaan melebihi penawaran, harga cenderung untuk meningkat.

Jika terdapat peningkatan dalam penawaran barangan dan perkhidmatan yang mana permintaan kekal sama, harga cenderung jatuh.

Jika terdapat penurunan dalam penawaran barangan dan perkhidmatan yang mana permintaan kekal sama, harga cenderung meningkat.

Oleh itu, kerajaan harus meningkatkan penawaran bagi barangan keperluan asas untuk menurunkan harga.

Pada pandangan Prof, bila dan bagaimana harga barang ini dapat distabilkan jika tidak diturunkan?

Kerajaan perlu mengawal selia pengeluaran, pembekalan dan pengedaran pelbagai jenis barangan yang diisytiharkan sebagai 'penting' untuk menyediakannya kepada pengguna pada harga yang stabil.

Kestabilan harga ialah tahap harga yang stabil dalam ekonomi, yang mengelakkan inflasi atau deflasi jangka panjang dan mengekalkan nilai mata wang dari semasa ke semasa.

Kestabilan tahap harga adalah penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat khususnya bagi golongan B40 dan M40 yang tinggal di bandar.

Bagaimana isu ini membelenggu Malaysia serta negara lain?

Kenaikan harga barang dan kenaikan keseluruhan kos sara hidup bukanlah sesuatu yang hanya berlaku di Malaysia tetapi sebenarnya merupakan fenomena global.

Isu kenaikan harga barangan telah memberi kesan kepada setiap negara di Asia Tenggara, walaupun secara keseluruhan kadar pertumbuhan ekonomi pasca-pandemik kekal tinggi.

Perkembangan global, termasuk keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan kadar faedah AS bagi memerangi inflasi, akan merumitkan pemulihan rantau ini dan menyebabkan keadaan menjadi tidak menentu.

Tetapi adalah jelas bahawa Asia Tenggara dan seluruh dunia, akan bergelut dengan peningkatan inflasi untuk beberapa waktu akan datang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/ramai-isi-rumah-b40-m40-terjejas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Wang Ihsan Rm1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan Wang Ihsan Rm1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 213 hits
TERKINI Bantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir ANDA TERKESAN DENGAN BANJIR Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan syarat syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 RM5000 serta cara memb...
Walau Tak Ke Mana Mana 3 Sajian Spesial Ini Bikin Natal Di Rumah Makin Istimewa

Walau Tak Ke Mana Mana 3 Sajian Spesial Ini Bikin Natal Di Rumah Makin Istimewa

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 132 hits
Tinggal bikin momennya kian istimewa dengan menyajikan sajian spesial seperti tiga menu lezat buatan usaha kuliner asal Jakarta bernama Rentjah Manis
Duta Ubat Sakit Kepala Kot Rumah Tangga Pengacara Wanita Didakwa Berantakan Netizen Syak

Duta Ubat Sakit Kepala Kot Rumah Tangga Pengacara Wanita Didakwa Berantakan Netizen Syak

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 166 hits
Baru baru ini muncul satu spekulasi dan khabar angin yang mendakwa seorang pengacara wanita sedang berhadapan dugaan dalam rumah tangga kerana dikatakan mahligai yang dibina sedang dilanda badai Menurut satu portal hiburan sejak rumah tangg...
Cara Jana Pendapatan Dari Rumah

Cara Jana Pendapatan Dari Rumah

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 406 hits
Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Secara Pasif Setiap Bulan Ramai ingin tahu dan mencari maklumat mengenai bagaimana cara jana pendapatan The post appeared first on
Ma Ruf Amin Takziah Ke Rumah Duka Almarhum Mantan Sekjen Mui Ichwan Sam

Ma Ruf Amin Takziah Ke Rumah Duka Almarhum Mantan Sekjen Mui Ichwan Sam

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 111 hits
Almarhum Ichwan Sam yang merupakan Mantan Sekretaris Jenderal Majelis Ulama Indonesia Periode 2005 2015 wafat Minggu sekitar pukul 11 00 WIB di Rumah Sakit Mayapada Bogor pada usia 71 tahun
6 Potret Rumah Baru Bella Shofie Mewah Banget Bak Istana Dan Jadi Rumah Impiannya

6 Potret Rumah Baru Bella Shofie Mewah Banget Bak Istana Dan Jadi Rumah Impiannya

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 151 hits
Bella Shofie sedang benar benar bahagia Soalnya rumah barunya sudah nyaris rampung Rumah mewah bak istana itu merupakan hunian impian artis yang tengah hamil itu Intip beberapa potretnya berikut ini
T22i17 Potluck House Warming Rumah Kawan Mummy Di Sungai Merab

T22i17 Potluck House Warming Rumah Kawan Mummy Di Sungai Merab

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 152 hits
Hari ini ada majlis makan makan di rumah kawan Mummy yang baru didudukinya Rumah banglo itu terletak di Jalan Caa Villa di Sungai Merab bersebelahan dengan ladang ternakan ayam kampung Nuralis Agro sekaligus memudahkan mereka memperolehi be...
Jangan Pandang Rendah Benda Kita Nampak Mudah Fizo Omar Kongsi Tip Rumah Tangga Bahagia

Jangan Pandang Rendah Benda Kita Nampak Mudah Fizo Omar Kongsi Tip Rumah Tangga Bahagia

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 159 hits
Isteri tak perlukan hadiah mahal pun untuk bahagia cukuplah sekadar dengan perhatian dari suami tercinta sudah memadai Dengan kehadiran suami di sisi setiap kali mahu bersembang isteri sudah gembira sangat sangat Hal ini turut diakui oleh p...
Tanah Runtuh 4 Sekeluarga Pergi Bersama Rumah Dipenuhi Memori Lukisan Anak

Tanah Runtuh 4 Sekeluarga Pergi Bersama Rumah Dipenuhi Memori Lukisan Anak

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 253 hits
Seperti semua sedia maklum sudah masuk hari kelapan operasi mencari dan menyelamat mangsa terakhir tanah runtuh nbsp yang dipercayai merupakan seorang kanak kanak lelaki yang masih belum ditemui di tapak perkhemahan Father s Organic Farm Di...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa