Cara Hilangkan Kesan Kuning Dan Bintik Hitam Pada Baju Baby Yang Lama Disimpan
Cara Hilangkan Kesan Kuning dan Bintik Hitam Pada Baju Baby yang Lama Disimpan | Assalamualaikum, mengandung anak kedua kali ini agak jimat sikit, maklumlah baju anak pertama masih baru dalam simpanan dan boleh digunapakai, due date dah semakin hampir, para ibu mesti bercadang nak pergi stor bongkar baju lama baby, meskipun tersusan rapi dalam beg plastik mahupun kotak, bila dibuka terdapat juga kesan kuning dan bintik hitam pada baju baby..ibu jangan stress sha ada penyelesaian nya
Hari ini lepas sha siap buat kuih raya, sha cadang nak basuh semula semua baju baby yang lama, milik anak pertama, sha belum dapat pergi kedai untuk membeli barang baby lagi, musim pkp ni susah sikit nak bergerak, jadi memandangkan sha dah 31 minggu, ini adalah masa terbaik untuk membasuh semua pakaian, takut nanti bersalin awal
Setelah mengasingkan beberapa pakaian yang terkena kesan kuning dan bintik hitam, sha mulakan rendaman pertama selama 4jam pada baju baby yang masih bersih menggunakan vanish dan sabun daia ke dalam mesin basuh, sesudah itu, sha putar mesin basuh dan bilas seperti biasa, jemur dibawah matahari yang terik
Selepas itu, hanya ada dalam 10 helai yang ada kesan kuning dan bintik hitam yang perlu dibereskan, kebanyakan adalah baju baby dan yang berwarna putih, terfikir juga untuk merendam pakaian tersebut menggunakan clorox, senang cerita baju bersih dan bersinar macam baru tapi kita sudah maklum bahawa bahayanya penggunaan clorox pada baju baby baru lahir terutama pada kulit mereka, sangat sensitif. Jadi cegah nya sebelum terjadi
Cara untuk hilangkan kesan kuning dan bintik hitam pada baju baby rupanya tidak begitu mudah, ibu ibu perlu bekerja keras sedikit untuk hasil yang memuaskan..
Caranya ialah rendam baju tersebut bersama cuka semalamanBilas dengan air bersihKemudian rendam dengan air panas bersama sabun vanish selama sejamBerus pada permukaan baju yang ada kesan kuning dan bintik hitam menggunakan sabun mandi (buku) sehingga bersihKemudian bilas dan jemur dibawah matahari yang terik
Ada juga beberapa cara yang sha ingin kongsikan pada ibu ibu jika cara diatas tidak berkesan, memandangkan kesan kuning tersebut sangat degil hihi
1. Cuka dan Garam2. Soda Bikarbonat3. Ubat gigi4. Jus Lemon5. Denture Tablet (bahan pencuci untuk gigi palsu)
Caranya ibu-ibu boleh rujuk di sini Cara Hilangkan Kesan Kuning
Apapun cara-cara ini sangatlah jimat jika dibandingkan dengan membuang dan membeli pakaian baru, duit tersebut boleh kita beli barang keperluan lain, bukan
Sha harap entry ini dapat membantu ibu ibu menyelesaikan masalah kesan kekuningan dan bintik hitam pada baju baby. Sha doakan juga ibu ibu dipermudahkan bersalin..amin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.opzzpinky.my/2020/05/cara-hilangkan-kesan-kuning-dan-bintik.html