Cara Hilangkan Hasad Dengki


Cara Hilangkan Hasad Dengki | Pernah tak korang rasa ada orang dengki pada korang? Itu rasanya perkara biasa kan. Ada orang seronok bila tengok kita bahagia, ada kalanya tak suka tengok kita ada segalanya.
Tapi, pernah tak rasa korang yang sebenarnya dengki kepada kawan-kawan korang? Ha, jangan rasa pelik tau. Mesti ada waktunya kita ada rasa dengki dekat kawan-kawan bila diaorang dapat sesuatu kan.

Apa Itu Hasad Dengki?Hasad dengki itu maksudnya:
”Seseorang yang tidak gembira kalau saudaranya mendapatkan sesuatu, sedangkan ia sendiri akan gembira kalau memperolehnya, maka orang yang sedemikian ini disebut orang dengki.”(Imam Nawawi, Riyadhussolehin)
Kalau menurut Imam Ghazali, ada tiga jenis tahap kedengkian iaitu:
1. Kita mahukan kenikmatan orang lain itu hilang dan kita yang dapat menggantikannya.
2. Kita mahukan kenikmatan orang lain itu hilang walaupun kita tak dapat menggantikannya. Tak kisah kita tak dapat gantikannya disebabkan rasa mustahil kita boleh buat, susah untuk dapat atau sebab-sebab lain.
Yang penting, kita gembira kalau orang lain jatuh. Jahat sangat bunyinya kan?
3. Kita tak mahukan kenikmatan orang lain itu hilang tapi kita rasa benci dan menyampah kalau orang lain mempunyai kenikmatan yang lebih hebat daripada kita.
Yang ini pula kiranya kita macam tak redha dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.
Punca perasaan hasad dengki ini adalah dari mata. Kemudian lahirnya perasaan tak senang melihat kejayaan atau kesenangan yang dimiliki oleh orang lain. 
Banyak contoh hasad dengki ini sebenarnya tapi rasanya paling senang nak tengok hasad dengki di tempat kerja. Bila kawan kita naik pangkat, kita cemburu. Kita rasa kita yang patut dinaikkan pangkat.
Atau hasad dengki dalam media sosial. Kita nampak kawan tulis status pasal anak dia comel, kita kata hek eleh, anak aku lagi comel. Lebih kurang macam itu lah contohnya.
Tanda Dan Sifat Orang Berhasad DengkiTanda orang ada sifat hasad dengki:
"Apabila ada kawan atau kenalan kita dapat kejayaan, kita rasa sakit hati sangat. 
Dan apabila kawan kita dapat bencana, kita rasa senang hati, rasa seronok."

Orang yang memiliki sifat hasad dengki hidupnya tidak akan tenang. Yang pertamanya sebab dia dimurkai Allah. Dan yang keduanya, fikiran dia akan selalu bercelaru sebab asyik tidak puas hati terhadap orang lain.

Orang yang ada sifat ini akan mewujudkan permusuhan. Dia akan rasa diri sendiri lebih baik daripada orang lain. Jadi, dia akan rasa gelisah setiap kali ada orang yang mempunyai kelebihan daripadanya.
Yang lebih teruk kalau sifat dengki itu mendorong dia melakukan perkara-perkara terkutuk seperti fitnah, bergaduh, berbohong, menghina dan sebagainya.

Fadzi ada baca dalam Facebook status Ustaz Iqbal Zain, katanya:"Hampir semua orang dihinggapi penyakit hasad dengki. Cuma bezanya banyak atau sedikit, bertindak atau tidak. Hatta ulama-ulama pun terkena penyakit ini bahkan lebih berat lagi, hingga di dalam hadis ada dinyatakan, salah satu sebab dari golongan yang masuk neraka itu ialah ulama kerana hasadnya."

Fadzi rasa Fadzi sendiri pun kadang-kadang ada rasa macam cemburu bila kawan-kawan atau kenalan di Facebook tulis status tentang kejayaan itu ini. Tapi tidaklah sampai tahap nak diaorang jatuh.
Tapi Fadzi pun rasa takut juga. Takut kalau Fadzi layankan perasaan cemburu ini, lama-lama akan jadi dengki yang tak munasabah pula. Jadi, Fadzi gigih Google cara untuk hilangkan perasaan hasad dengki ini.
Cara Hilangkan Hasad DengkiFadzi rasa benda ini penting untuk dikongsikan dengan korang semua. Mana tahu waktu ini korang pun ada terwujud perasaan hasad dengki ini dekat kawan-kawan atau kenalan kan.
Antara cara menghilangkan rasa dengki, korang boleh cuba di bawah:1. Setiap kali orang yang kita dengki mendapat kejayaan, kita ucapkan tahniah dan cuba untuk bergembira atas kejayaan dia. Kalau orang itu ditimpa bencana, ucapkan takziah dan bersedih sekali dengan apa yang menimpanya.
2. Puji kebaikan dan keistimewaan orang itu tanpa dia tahu. Kalau kita tahu aib dia, simpan dan jangan sebarkan.
3. Kalau ada orang kutuk dia, bela dia. Ucapkan perkara yang baik-baik tentang dia.
3. Selalu berdoa agar Allah hilangkan serta jauhkan rasa dengki dalam diri sama ada terhadap orang yang kita dengki atau orang lain.
4. Redha dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita walaupun nikmat yang kita perolehi tak sehebat orang yang kita dengki. InsyaAllah mesti ada sebab kenapa Allah bagi kita kurang sikit kejayaan daripada orang itu.
5. Percaya kita ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Dan orang lain juga ada kelebihan serta kekurang mereka. Allah Maha Adil. Dia dah berikan peluang yang sama rata untuk kita semua.
6. Kalau tak mampu nak buat kelima-lima langkah di atas, ataupun dah buat tapi masih rasa dengki. Sekiranya korang follow orang itu di media sosial, unfollow saja mereka. Bukan niat untuk memutuskan silaturahim, tapi lebih untuk menjaga mata dan hati kita dari terus merasa tak tenang dan berdengki dengan apa yang mereka kongsikan. Nanti dah hari raya, datang rumah mereka dan mohon kemaafan :)


Kalau rasa-rasa diri kita dah cemburu terhadap kejayaan kawan-kawan kita, tahan perasaan itu ya. Kalau rasa tak boleh nak tahan rasa dengki, cuba langkah-langkah di atas ini. 
InsyaAllah kalau kita berusaha untuk elakkan maksiat dan kejahatan, Allah mesti akan bantu kita. Yang penting kita usaha. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2020/06/cara-hilangkan-hasad-dengki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

Cara Hilangkan Kotoran Degil Pada Baju Sekolah Anak Cara Ini Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 392 hits
CARA HILANGKAN KOTORAN DEGIL PADA BAJU SEKOLAH Assalamualaikum Melihat keghairahan ibu bapa yang berkongsi mengenai anak anak mula memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka iaitu sesi persekolahan Ia pengalaman baru dan berbeza dari fasa se...
Cara Hilangkan Kesan Kuning Dan Bintik Hitam Pada Baju Baby Yang Lama Disimpan

Cara Hilangkan Kesan Kuning Dan Bintik Hitam Pada Baju Baby Yang Lama Disimpan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 1339 hits
Cara Hilangkan Kesan Kuning dan Bintik Hitam Pada Baju Baby yang Lama Disimpan Assalamualaikum mengandung anak kedua kali ini agak jimat sikit maklumlah baju anak pertama masih baru dalam simpanan dan boleh digunapakai due date dah semakin ...
5 Cara Mudah Elakkan Ketupat Palas Cepat Basi

5 Cara Mudah Elakkan Ketupat Palas Cepat Basi

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 1371 hits
Ketupat palas mesti orang fikir ketupat yang tak tahan lama kan sebab utama diperbuat daripada pulut dan campuran santan keduanya proses memasaknya ialah dengan merebus Jadi orang fikir ketupat ni tak tahan lama Tapi jangan tak tahu ketupat...
Cara Penyediaan Susu Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan

Cara Penyediaan Susu Halia Untuk Buang Angin Dalam Badan

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 492 hits
Cara Penyediaan Susu Halia Untuk Buang Angin Dalam BadanMasalah angin dalam badan jangan dibuat main Boleh menyebabkan segala kerja terbantut
Pkr Sabah Gesa Bekas Ketua Wanita Tinggalkan Parti Dengan Cara Terhormat

Pkr Sabah Gesa Bekas Ketua Wanita Tinggalkan Parti Dengan Cara Terhormat

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 508 hits
Bekas ketua wanita PKR Sabah Rahimah Majid KOTA KINABALU PKR Sabah hari ini memberi amaran kepada bekas ketua wanitanya Rahimah Majid yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap presiden parti itu sehari selepas beliau mendakwa Anwar Ibrahi...
Mengharukan Begini Cara Unik Orang As Peluk Keluarga Selama Pandemi

Mengharukan Begini Cara Unik Orang As Peluk Keluarga Selama Pandemi

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 306 hits
Mengharukan Begini Cara Unik Orang AS Peluk Keluarga Selama Pandemi Pertemuan keluarga dengan kontak pembatas plastik ini merupakan yang pertama kalinya mereka lakukan sejak lockdown diterapkan akhir Februari lalu
Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan Covid 19 Mengubah Cara Raya Kita

Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan Covid 19 Mengubah Cara Raya Kita

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 520 hits
As Salam Salam Aidilfitri Dari Perantauan Alahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Alhamdulillah Bersyukur atas segala kurniaan Allah yang tidak bertepi buat saya dan anda semua atas segala kesihatan tubuh badan rezeki yang melimpah kekuatan meng...
Makanan Lebaran Masih Tersisa Banyak Begini 5 Cara Sehat Menyimpan Dan Memanaskannya Lagi

Makanan Lebaran Masih Tersisa Banyak Begini 5 Cara Sehat Menyimpan Dan Memanaskannya Lagi

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 382 hits
Ada beberapa makanan yang justru bahaya kalau dipanaskan lagi jadi kudu ekstra hati hati
Cara Merawat Anggrek Sesuai Jenisnya Termasuk Menyelamatkan Anggrek Yang Hampir Mati Juga

Cara Merawat Anggrek Sesuai Jenisnya Termasuk Menyelamatkan Anggrek Yang Hampir Mati Juga

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 408 hits
Mulai dari Anggrek Bulan Anggrek Vanda Dendrobium Cattleya lengkap semua trik merawatnya biar subur dan rajin berbunga
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai