Cara Hilangkan Ekzema Dengan Bahan Dari Dapur
PETUA LEGAKAN KEGATALAN EKZEMA MELAMPAU DENGAN PANTAS MENGGUNAKAN BAHAN DARI DAPUR ANDA
Meh saya nak kongsikan dengan mommies petua mudah nak stopkan rasa gatal ekzema yang melampau tu dengan bahan dari dapur jeee iaitu OATMEAL.😍
Mommies perasan tak
Bila nak masuk waktu maghrib je. Nanti kulit anak menjadi-jadi gatal. Kalau ada yang macam ni, mommies boleh lah cuba petua saya ni. Cepat dan BERKESAN tau hilangkan rasa gatal tengah malam tu
Bayi yang terkena ekzema. Sumber gambar fb Harlinda Halim
Sebaaab, saya sendiri selalu buat kat anak saya. Bila setiap kali dia gatal tengah malam tak boleh tidur. Saya memang laju laju mandikan dia dengan oatmeal ni. Lepas mandi dengan oatmeal baru nampak dia bertenang dan boleh tidur
Mandian oatmeal tersangatlah BAGUS dan berkesan dengan CEPAT dalam melegakan KEGATALAN dan KERADANGAN ekzema
Bahan-bahan yang mommies perlukan adalah:
✅ ROLLED OATSSebaiknya cari Organic Rolled Oats. Rolled oat tak ley dimakan oleh pesakit ekzema. Nanti usus terbeban dengan gluten yang ada dalam oat. Boleh untuk mandian luaran sahaja. Guna rolled oat yang tiada campuran bahan lain. Elakkan guna minuman atau makanan oatmeal 3 in 1 yang ada susu dan gula
✅ STOKIN BERSIHGunakan sarung kaki yang bersih. Boleh juga gunakan “organza bag” yang biasa kita letak telur pengantin tu
✅ AIR SUAMJangan guna air panas. Ekzema tak sesuai air panas. Nanti mengeringkan lagi kulit ekzema dan menerukkan lagi kegatalan
✅ BATH TUBSelain bath tub. Boleh juga guna besen besar yang bersih
Cara-caranya adalah:
1️⃣ Ambil SEGENGGAM ROLLED OAT dan letakkan didalam stocking
2️⃣ RENDAMKAN STOKIN tadi 3 ke 5 minit di dalam besen besar atau tub mandian anda sampai air berubah warna putih susu
3️⃣ RENDAM BADAN anda beberapa minit/ siram badan anda dengan air rendaman oatmeal tadi
4️⃣ Kemudian PICIT-PICIT STOKIN bagi mengeluarkan lendir oat. Lendir oat ini boleh disapu pada bahagian yang sedang gatal dan merah keradangan
5️⃣ Selepas itu, TAK PERLU BILAS DENGAN AIR BIASA. Biarkan ia kering di badan
Wajib tekan button SHARE atau TAG parents lain yang ada anak ekzema juga lepas baca posting ni ye.
Kita nak lebih ramai lagi mak ayah tahu petua ni & dapat aplikasikan ilmu berharga ni demi anak kesayangan
Semoga bermanfaat!
Sumber : Harlinda Halim
#terapisemulajadiekzema #saynotosteroid #formulatedfromheart #naturalbasedingredients #tipsekzema
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/01/cara-hilangkan-ekzema-dengan-bahan-dari.html