Cara Hadapi Serangan Jantung Pakar Kongsi Tips Berguna


Kematian secara mengejut individu yang aktif bersukan mungkin memeranjatkan kerana masalah jantung sering dikaitkan dengan tabiat tertentu seperti tidak bersenam atau menjaga makan, namun hakikatnya serangan jantung atau penyakit kardiovaskular boleh berlaku sekiranya individu tidak mengambil berat kesihatan termasuk menjalani pemeriksaan secara berkala.

Gambar hiasan

Berikut kami kongsikan semula pandangan dan tips pakar kesihatan tentang cara bagaimana mahu menghadapi serangan jantung jika ia berlaku secara tiba-tiba. Moga dijauhkan.

Dalam artikel yang lepas, saya telah kongsikan bahawa 'cough CPR' bukan kaedah tepat menangani serangan jantung seperti yang ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bertentangan dengan kenyataan oleh beberapa badan dunia yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan seperti Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association - AHA) dan Resuscitation Council United Kingdom.

Sebagai salah seorang instruktor Basic Life Support yang diiktiraf oleh AHA, berikut saya kongsikan tip yang PRAKTIKAL untuk dilakukan ketika anda menghadapi serangan jantung apabila anda bersendirian, berdasarkan situasi berikut:

Situasi 1

Katakan anda berada di rumah, tiba-tiba anda merasa sesak nafas, dada berasa sakit dan sempit, jantung berdegup kencang dan sakit seperti diramas, perkara yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

1. Bertenang dan jangan panik.

2. Cuba bernafas seperti biasa dan seselesa yang mungkin.

3. Dapatkan bantuan dengan kadar segera. Cara terbaik ialah cuba dapatkan bantuan dari jiran tetangga. JIKA tiada jiran yang terdekat, dapatkan bantuan dari 999.

4. Jika bantuan diperolehi daripada jiran, buat keputusan dengan kadar segera sama ada:
anda ke hospital lebih cepat berbanding menunggu ambulans, maka cara terbaik ialah pergi ke hospital dengan bantuan jirantapi jika ambulans boleh sampai ke rumah anda lebih cepat berbanding ke hospital, maka pastikan jiran membuat panggilan kecemasan ke 999 dan tunggu bersama-sama jiran sehingga ambulan sampaiJANGAN sesekali memandu sendiri kerana anda boleh tidak sedarkan diri pada bila-bila masa.
5. Jika anda telah disahkan menghidap sakit jantung oleh doktor dan diberikan ubat-ubatan tertentu seperti GTN (Glyceryl Trinitrate Tablets) atau ubat yang diletak di bawah lidah, sila makan atau gunakan ubat tersebut seperti arahan doktor.

6. Tunggu sehingga bantuan sampai dengan bernafas seperti biasa atau seselesa yang mungkin.

Jika anda bersendirian dan sedang menunggu ambulans di rumah sendiri, pastikan beberapa perkara berikut:

1. Maklumkan kepada pihak kecemasan bahawa anda bersendirian.

2. Jika ada ubat yg telah diberikan oleh doktor, makan seperti yang diarahkan.

3. Duduk di dalam rumah berhadapan dengan pintu utama.

4. Sebaiknya pintu tidak dikunci bagi memudahkan sebarang kerja menyelamat.

5. Jika sekiranya takut keselamatan nyawa terancam dan perlu untuk mengunci pintu, pastikan langsir tingkap tidak ditutup. Ini adalah bagi memudahkan anggota penyelamat yang sampai kemudian, untuk dapat melihat anda dan mengambil langkah yang perlu terutamanya jika anda tidak sedarkan diri.

6. Tunggu sehingga anggota penyelamat sampai dengan tenang, bernafas seperti biasa dan seselesa yang mungkin.

7. INGAT! Jangan sesekali baring di bilik atau di tingkat atas dan tempat-tempat lain yang menyebabkan anda tidak boleh dilihat, kerana ini akan menyebabkan pasukan penyelamat yang sampai berfikir anda telah ke hospital jika mereka sampai tetapi tiada yang menjawab sebarang panggilan mereka (jika anda tidak sedarkan diri sementara menunggu pasukan penyelamat).

Situasi 2

Anda berada di dalam kenderaan, apabila anda merasakan kesakitan yg sama seperti Situasi 1 dan anda sedang memandu, lakukan perkara berikut:

1. Bertenang dan jangan panik.

2. Cuba bernafas seperti biasa dan seselesa yang mungkin.

3. Hentikan kereta anda di tempat yang selamat secepat yang mungkin.

4. Jika anda berada di jalan yang sesak (banyak kenderaan yang lain melalui jalan yang sama), cara terbaik ialah dapatkan bantuan dari mereka untuk mendapatkan bantuan kecemasan (sama seperti Situasi 1, buat keputusan secepat mungkin samada ke hospital lagi cepat atau tunggu ambulans).

5. Jika anda berseorangan iaitu di jalan yang sunyi, telefon 999 dan berikan maklumat yang sepatutnya seperti lokasi, keadaan anda, jenis, warna dan nombor pendaftaran kenderaan.

6. Jika ada ubat yang telah diberikan oleh doktor, makan seperti yang diarahkan.

7. Tunggu ketibaan pasukan penyelamat di dalam kereta. Sebaiknya jangan kuncikan kenderaan anda.

Namun jika ianya tidak selamat untuk berbuat demikian, pastikan tingkap kenderaan tidak ditutup sepenuhnya. Ini akan memudahkan anggota kecemasan untuk melakukan aktiviti menyelamat.

8. JANGAN berubah lokasi dari lokasi asal yang telah dimaklumkan kepada pasukan penyelamat kerana ia akan menyukarkan usaha menyelamat.

9. JANGAN sesekali teruskan pemanduan kerana jika anda memang sedang menghadapi serangan jantung, anda akan tidak sedarkan diri pada bila-bila masa seterusnya boleh menyebabkan anda terlibat dengan kemalangan.

INGAT! Lebih cepat anda mendapatkan bantuan kecemasan, maka lebih tinggi peluang untuk anda terus hidup.

Kongsikan maklumat ini dengan semua orang yang anda sayangi supaya anda dapat membantu mereka menyelamatkan NYAWA.

***

Ts. Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn Bhd

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kelebihan Minyak Ikan Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung7 Buah-buahan Ini Mampu Mengurangkan Kolesterol
sumber: astroawani



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/serangan-jantung-tips-pakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanis Zalikha Kongsi 8 Tips Paling Efektif Untuk Hadapi Morning Sickness Yang Teruk

Hanis Zalikha Kongsi 8 Tips Paling Efektif Untuk Hadapi Morning Sickness Yang Teruk

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 460 hits
Hanis Zalikha telah melahirkan anaknya yang kedua pada Mei 2019 Cover image via Instagram Hanis Zalikha Semua wanita ingin melalui pengalaman mengandung Bermula dari saat mengetahui diri berbadan dua melalui perubahan hormon perut membesar ...
Pakar Kewangan Kongsi Cara Perancangan Kewangan Untuk Tahun 2020

Pakar Kewangan Kongsi Cara Perancangan Kewangan Untuk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 338 hits
Abang Ensem dulu adalah salah seorang team Denaihati Network Sekarang beliau sudah melangkah jauh dalam dunia hartanah dan kewangan Sifu hartanah yang menajdi idola dan inspirasi kepada lebih 60 ribu follower FB beliau Kepada yang belum fol...
Usai Pasang Ring Risiko Serangan Jantung Bisa Meningkat Pada Kondisi Ini

Usai Pasang Ring Risiko Serangan Jantung Bisa Meningkat Pada Kondisi Ini

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 273 hits
Pola hidup yang tidak sehat juga menimbulkan risiko serangan jantung itu Sangat penting setelah pasang ring jantung pasien menjaga pola hidup sehat dengan baik ujar dokter spesialis jantung dan pembuluh darah Vito A Damay
Ziarah Ke Gunung Kemukus Warga Bandung Tewas Terkena Serangan Jantung

Ziarah Ke Gunung Kemukus Warga Bandung Tewas Terkena Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 311 hits
Rosimin warga Soreang Kabupaten Bandung Jawa Barat meninggal dunia saat sedang berziarah ke makam Pangeran Samudro di Gunung Kemukus Kabupaten Sragen Jawa Tengah Kamis Rosimin diduga mengalami serangan jantung saat berjalan menuju sendang O...
Tips Ampuh Hadapi Rekan Kerja Pemalas

Tips Ampuh Hadapi Rekan Kerja Pemalas

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 264 hits
Tidak ada konsekuensi yang mengakibatkan kerja keras Anda tidak akan pernah bisa mempengaruhi kesuksesan Seperti tolak ukur sederhana bahwa Anda tetap mendapatkan penghasilan yang sama walaupun Anda sudah bekerja keras
Pakar Sosial Media Kongsikan Cara Bagaimana Untuk Sentiasa Ada Posting Di Sosial Media Walaupun Ketika Sibuk

Pakar Sosial Media Kongsikan Cara Bagaimana Untuk Sentiasa Ada Posting Di Sosial Media Walaupun Ketika Sibuk

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 220 hits
Hari ini sudah 27hb Disember Lima hari lagi menuju 2020 Kebiasaannya saya sudah susun nbsp content nbsp mapping untuk penulisan tahun hadapan Saya beritahu serba sedikit mengapa saya sentiasa ada posting untuk ditulis 1 80 posting saya adal...
Tips Tidur Lena Malam Cara Dapatkan Tidur Yang Baik Efisien

Tips Tidur Lena Malam Cara Dapatkan Tidur Yang Baik Efisien

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 795 hits
Tips tidur lena malam Cara dapatkan tidur yang baik efisien Seperti yang kita semua tahu Allah jadikan siang untuk kita mencari rezeki berkerja dan waktu malam pula untuk kita berehat dan tidur Tapi ada yang jenis macam saya kekadang pukul ...
Tips 5 Cara Agar Blog Banyak Pengunjung

Tips 5 Cara Agar Blog Banyak Pengunjung

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 307 hits
Kita membuat dan mengelola blog bertujuan agar menarik pengunjung Tulisan dibaca banyak pengguna internet Blog banyak pengunjung akan berdampak pada monetisasi misalnya Google AdSense Blog Anda mungkin sudah dimulai sebagai hobi yang akhirn...
Tips Beli Rumah Cara Betul Beli Rumah Second Hand

Tips Beli Rumah Cara Betul Beli Rumah Second Hand

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 542 hits
Tips beli rumah Cara betul beli rumah second hand Aiik Sayidah Haritu update pasal kemudian entri tentang And then pasal cara beli rumah second hand Woww tengah intai intai nak beli rumah baru atau survey rumah secondhand subsale untuk tahu...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Rupanya Bibit Kerugian Sejak 2003 Lagi Ini Patut Pos Malaysia Buat

Zizi Kirana Kejar Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Dapat Kain Samping Percuma Dua Helai