Cara Guna Dan Cuci Waterproof Bedsheet Elak Tilam Basah Jika Anak Kencing Malam
hi there, cara guna dan cuci WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam. Sebagai seorang mommy, memang haru biru apabila anak-anak yang berusia sekitar 5 tahun dan ke atas mempunyai masalah kencing malam di tilam!
Selain kena berdepan dengan situasi anak menangis lewat malam kerana mengalami kebasahan, mommy juga terpaksa berdepan dengan masalah tilam basah, berbau dan memang ambil masa yang lama untuk tilam yang tebal kering sepenuhnya
Pelbagai pilihan >>> WATERPROOF BEDSHEET di SHOPEE <<<
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
jadi, selepas beberapa kali terpaksa melalui situasi Iman TERkencing di waktu malam di atas tilam, dan memandangkan tilam anak-anak jenis tebal dan berat (boleh sakit pinggang mau angkat sorang-sorang), mrs pip akhirnya akur untuk cari jalan alternatif lain untuk elak rasa STRESS
gila mommy tak stress, huh memang stress bah anak kencing malam, lepas tu nangis nangis, kau pula dalam tidur sedar ndak sedar keletihan, terpaksa bangun dan tukar lapis tilam, lepas tu kena alas tilam dengan beberapa helai kain sarung lain untuk anak tidur tanpa ada rasa basah ... siapa yang alami situasi macam ni , I FEEL YOU MOMMY.
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
alternatif lain yang mrs pip ambil ialah, BELI WATERPROOF BEDSHEET (cadar kalis air). Waterproof bedsheet tu mrs pip beli di shopee , ramai seller yang jual. Ada pelbagai saiz, warna, terpulang kepada bajet yang kamu ada.
haha, ada cerita lucu lepas guna dan cuci waterproof bedsheet ni. Kejap lagi mrs pip cerita ya. Mrs Pip beli waterproof bedsheet ni di shopee pada harga RM38.00 dan shipping cost RM8.75, jadi jumlah bayaran ialah RM46.75.
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
produk waterpoof bedsheet ni menggunakan polyurethane membrane untuk lapis belakang, manakala lapisan atas pula 100% cotton fiber , dan waterproof bedsheet ini boleh menyerap air sehingga 700 molekul air pada satu-satu masa (seperti yang dinyatakan oleh seller). Kainnya boleh dicuci, lembut, ringan, tidak berkedut.
maka, bedsheet waterproof yang dibeli pun sampai, dipasang pada tilam dan saiz memang ngam dengan tilam.
Selang beberapa hari selepas dipasang, Iman kencing malam tu atas tilam, dan mommy no more stress kerana tilam berjaya selamat daripada kebasahan terkena kencing Iman malam tu.
Dan keesokan harinya, terus cuci lapis tilam ni. Pasal sudah jadi habit kan, whatever kain kotor akan masuk terus ke washing machine, maka lapis tilam ni pun dua kali lima juga masuk washing machine
Terlupa yang ni waterproof fabric, nah sekali tu habis cuci kan, lapisan belakang bedsheet tu rosak dan terpaksa di'koyakkan' untuk pastikan bedsheet tu tidak berkedut dan tidak crumple dengan lapisan waterproof tu, so end up waterproof bedsheet is no longer the waterproof bedsheet lah pasal lapisan memang rosak teruk
Lucu pula rasanya apabila mrs pip boleh lupa yang waterproof bedsheet ni ndak boleh di cuci dalam washing machine!
Washing machine pun siap2 ada letak notis DO NOT WASH WATERPROOF FABRIC , adeh
so, beli lagi waterproof bedsheet yang ke-dua since yang pertama tu sudahpun rosak :(( ... yang kedua ni, mrs pip beli fitted waterproof bedsheet, lagi senang untuk dipakaikan di tilam, lagi senang kerja mak kan.
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
Harga RM38.90 + postage RM5.75 tapi dapat postage free guna voucher yang disediakan oleh shopee.
WATERPROOF BEDSHEET , elak tilam basah jika anak kencing malam
bila dah pandai pasang, pandai guna, maka kenalah pandai cuci kan! hahaha
Cara cuci waterproof bedsheet agar tidak rosak :-
💙 Rendam dalam baldi bersama larutan sabun cuci kain
💙 Guna cucian tangan
💙Bilas dengan air sehingga semua larutan sabun hilang sepenuhnya
💙 Jangan perah terlalu kuat
💙 Jemurlah seperti biasa
Tips elak anak kencing malam atas tilam :-
💖 Kencing di tandas sebelum tidur
💖Jangan banyak minum air sebelum masuk tidur.
💖Kejutkan anak di waktu tengah malam untuk ke tandas
💖 Ingatkan anak untuk jangan kencing di tilam , dan bagi reward jika perlu sekiranya mereka berjaya bangun sendiri untuk ke tandas
💖 Jangan marah anak kerana terkencing di tilam, itu mungkin akan membuatkan mereka rasa malu Dan sedih, emosi anak kena lah juga jaga walaupun mereka buat silap terkencing di tilam
Semoga artikel ni membantu mak mak yang mencari lapis tilam kalis air
cheers
(Republished)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/02/cara-guna-dan-cuci-waterproof-bedsheet.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)