Cara Fresh Grad 2020 Dapat Kerja Dengan Mudah
CARA FRESH GRAD 2020 DAPAT KERJA DENGAN MUDAH
Setiap tahun,negara kita akan menghasil fresh grad baru. Namun demikian nasib dan peluang setiap fresh grad dalam dunia pekerjaan setiap tahun adalah berbeza. Ia bergantung kepada kestabilan ekonomi negara dan global.
Jadi kami memilih tajuk TAKZIAH FRESH GRAD 2020 yang dikongsi oleh saudara Ir Abdul Rahman Bahasa melalui laman facebook beliau untuk dikongsi kepada pembaca kerana ia sangat info yang dikongsikan bermanfaat untuk fresh grad 2020.
Semua graduan yang baru keluar universiti mengimpikan untuk mendapat pekerjaan selepas sahaja mereka grad dari universiti.
Tapi tahun 2020 ni lain macam gayanya.Dengan kadar pengangguran yang dah mencecah 5% (approximate 778k orang),bagaimana nasib graduan yang akan grad tahun ni? Macam mana fresh grad ni nak bersaing dengan 778k yang tak ada kerja ni? Ke nanti mereka ni semua akan jadi penyumbang kepada statistik pengangguran negara? Saya tahu ramai fresh grad akan gusar pasal hal ni.
Nanti dulu dik..jgn panik tak memasal..Percayalah,setiap fasa recession pasti akan wujud peluang baru.So,macam mana nak rebut peluang tu bila persaingan terlampau sengit?
Common sekarang ni, orang ada account socmed. Termasuklah Boss2, Owner2, HR, Recruitment agency. Semua dorang2 ni ada account socmed. Paling2 koman pun ada WhatsApp. Kalau tak ada WhatsApp tu memang ketinggalan zaman lah jawabnya..
CARA FRESH GRAD 2020 DAPAT KERJA DENGAN MUDAH
So, hari ni saya nak bagi tips sikit macam mana nak tackle bakal2 majikan dengan menggunakan socmed. Lagi2 dalam era post-covid ni. Lets go!
#1.Create account LinkedIn
Kenapa LinkedIn?LinkedIn ramai Professionals and Boss2 yg tech savvy.So,create LinkedIn account anda sekarang! Siapa tau some of your LinkedIn network is your future Boss.😁
#2.Start update progress Projek Tahun Akhir kat LinkedIn dan FB
Kalau tahun ni nak grad.Mesti korang di fasa tengah menyiapkan projek akhir kan?
Daripada korang update “Jemput minum teh ais pelangi”, “Cantek tak lipstik baru iolls”.
Baik korang update “Yeah…Today saya berjaya solve bugs dalam coding final project saya”, “Hari ni saya interview CEO Company bla2 as part of my degree project..What I learn from him…bla2”
#3.Buat Vlog pasal diri sendiri
Ni penting,somebody straight hired from youtube is not something new nowdays.Caliph Buskers jadi femes hari ni sebab Edry KRU ternampak dorg kat youtube.
So,pe salah korang perkenalkan diri korang secara vlog kat FB,LinkedIn,Twitter,Insta?
Kadang2 time interview,korang gugup nak bercakap kan?So,bila buat video sendiri.No stress.Free flow..Paling penting, potray skill yg korang ada macam…
I love baking cookies!Why?because buat cookies bukan senang.Nak kena tahu barang apa nak pakai,suhu oven berapa.bla2..oh gosh,my first cookies hangus.But nevermind,I will try again..hash tag gagal sekali bukan gagal selamanya
Nampak?kat situ secara neutral nya korang bagitau korg bukan jenis yg senang mengalah!
Mesti ada yg cakap “Tapi buat video bukan senang.Editing kena power..”
Chup!No need edit video power2..Make it neutral,record,then post.Free je nak post pun.Bukan kena bayar.So,do it!
1st time maybe terciduk ada silap sana sini.Tapi practice make perfect kan..Buat lagi vlog ke-2,ke-3 and so on..then post it!
#4.Tak terer buat video?Tak pe..Post benda2 aktiviti harian yang melibatkan perkara2 positif secara consistent!
Banyak aktiviti korang kat universiti kan..Just post it!
Contoh, hari ni aku hantar assignment depan bilik lecturer..Punya lah bersepah!Aku pun tolong kemas.There you are.Kemas kan?
Attached gambar assignment dah tersusun rapi dalam tray
Tetiba ada pulak bakal majikan terbaca..Ting2..tak pasal dapat credit pasal “you are person love to take positive initiative”.
#5.Elak post “public” pasal benda2 yg negative.
Yes,FB adalah hak mutlak individu.Ikut suka lah aku nak tulis apa kan..But..sekarang ni jangan main2..Sebab post FB lah orang boleh masuk court.So,hati2 ye..
Kalau nak post benda2 negative pun..cukup dalam circle kawan2 je..jgn public kan post..
You shall potray good things about yourself to the public.Bukan benda2 negative ye..Who knows some of public tu bakal future Boss korang.
#6.Ada insta? Pernah jual benda?Apa lagi, update instastory kejayaan jualan anda.
Ni lagi satu..ramai je student2 yg jual barang2 dekat insta.And guess what?some of them are very successful.Ada followers puluh ribu kat insta.Close sales pun boleh tahan,cecah ribu2 jugak..Padahal study engineering!
Why not korg keep sharing all these successful stories dekat instastory,FB semua?
Kita tak tau,ada orang yg sedang memerhati kejayaan anda!
#7.Tag company tu kat FB,LinkedIn etc kalau you interested dengan apa yg company tu buat.
Time2 kita buat project akhir tu..korang ada jugak buat research latest technology lah, study yang dibuat oleh certain company lah and bla2..
So,dari korang cited dalam thesis.Apa kata korang “cited”@tagged company tu kat post socmed korang?
Contoh,I been gone through Company X (tagged) success story.They are using latest technology which related to my final year project.Only thing is,I’m using chipset xxx but Company X using chipset yyy.It’s my dream to work with this company in one fine day (day dreaming icon)…
Bila korang tagged..Kadang2 company tu baca je apa yg korang tagged tu..Kalau dorg xsuka,dorg boleh untagged..Tapi yang penting,no harm to try kan! So,tagged jangan tak tagged.
#8.Elak buat “hardsell”.Try the best untuk “softsell”.
Kalau korang sedar point 2 sampai 7 kat atas ni..Semua cerita pasal softsell..Normally,softsell lebih “makan dalam” dari hardsell.
Hardsell ni macam mana?Contoh:
Potential Candidate DM:
Salam Encik..Ada kerja kosong tak?Saya fresh graduate dalam electronic.Saya hebat tau Encik.Hire lah saya.Encik mesti puas hati dengan cara kerja saya..
(Jangan gelak ye..Ada je yang buat macam ni tau!)
Tak tau asal usul kat mana..Tetiba dapat message macam tu. Korang rasa apa reponse bakal majikan? Gerak mouse,right click,select delete conversation
#9.Spam je recruitment email company tu
Bila korang dah ada good profile,copywriting,vlog dekat LinkedIn,Insta,FB. Now is the time to test power.
Kumpulkan semua email2 company yang korang rasa kena dengan kelulusan dan skill yg korang ada..
Prepare professional cover letter,nice email title,nice email body and 1-2 pages resume.
Jgn lupa attached link vlog,copywriting FB,LinkedIn,Insta yang korang rasa paling best di mata korang.
Once done,attached to the email.Click send!
Again,no harm to try.Just do it!Worst case pun,company tu ignore korg nye email or put korang dalam “permanent blocked sender” je.So,OK je kan..bukan teruk sangat pun..
Tapi….Mesti bakal2 fresh grad tertanya2.”Is it works buat semua kat atas ni?”
Ini jawapan saya sebagai majikan.
Yes,its works!
Jangan ingat sesiapa yang dah hantar resume ke inbox email company saya, saya ignore ye..I’m currently watching you at socmed.So watch out!
Fresh Grad 2020 boleh juga DAFTAR dan buat PERMOHONAN MyFuture Jobs untuk cari peluang kerja yang disediakan oleh PERKESO
The post CARA FRESH GRAD 2020 DAPAT KERJA DENGAN MUDAH appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/cara-fresh-grad-2020-dapat-kerja-dengan-mudah.html