Pertama sekali kita belah kepada empat bahagian.
Selepas itu saya potong kepada kepingan kecil. Jika korang taknak ikut step ini pun tak mengapa. Boleh terus lumur garam di setiap lapisan kobis (gambar atas). Saya potong kecil-kecil dulu dan baru lumur garam rata-rata menyeluruh sebab untuk memudahkan proses mencuci nanti
Setiap 30 minit saya akan terbalikkan sayur kobis supaya semua bahagian sayur dapat menyerap garam. Proses ni ambil masa sehingga 2 jam. Kalau buat sejam lebih pon boleh. Tadi masa potong kobis satu besen ungu ni tak muat. Lepas dicuci dan diperap garam, makin kecut sayur kobisnya. Nampak sikit dah jadinya
Semasa rendam kobis dengan garam selama 2 jam tadi, sempat kita potong sayur tambahan seperti daun bawang, lobak merah dan lobak putih
Selepas 2 jam perap kobis dengan garam, cuci bersih-bersih ya. Kalau tak masin ya amat kobis korang nanti. Lepas cuci, sampak saja semua sayur, serbuk cili, bubur dan bahan mesin tadi ke dalam kobis dan gaul sebati. Kemudian try rasa. Nak adjust lagi rasa boleh adjust tambah garam gula sikit-sikit sampai rasa yang korang nak
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |