Menjawab Dakwaan Dr Roland Berkenaan Vaksin Covid 19



Saya merujuk video bertajuk berkenaan vaksin Covid-19 oleh Dr Roland Victor. Jelas bahawa sikap Dr Roland amat negatif terhadap vaksin Pfizer-BioNTech dan hanya fokus kepada kesan sampingan vaksin ini, tanpa memberi penjelasan menyeluruh.
Ini sama seperti tindakan empat NGO sebelum ini yang meremehkan vaksin mRNA dalam kenyataan media mereka bulan lalu.
Saya akan berusaha untuk memberi gambaran yang lebih menyeluruh dan menjawab secara khusus perihal kesan sampingan vaksin mRNA.
Dr Roland dan peminatnya harus maklum bahawa kedua-dua vaksin mRNA, iaitu Pfizer dan Moderna, mempunyai kadar berkesan 95 peratus. Sila beritahu saya jika ada vaksin lain yang kadar keberkesanannya (vaccine efficacy, VE) lebih tinggi daripada Pfizer.
Jika salah satu daripada NGO, Covid Research Centre memilih ubat ubat Ivermectin yang banyak digunakan untuk bunuh parasit dalam binatang, Dr Roland pilih ubat apa pula?
Pfizer dan Moderna telah menerbitkan keputusan ujian fasa ketiga mereka dalam New England Journal of Medicine (NEJM), iaitu jurnal perubatan yang tersohor di dunia.
Apa pilihan vaksin Dr Roland? Diharap boleh kongsi pautan jurnal supaya boleh dikaji keberkesanan dan keselamatannya.
Kajian Pfizer dan Moderna menggunakan 73,000 subjek. Ini penting untuk memastikan kajian yang dibuat memberi rumusan tepat. Berapa subjek dalam ujian vaksin pilihan Dr Roland? Atau berapa subjek dalam kajian ubat-ubat yang digunakan Dr Roland dalam rawatannya seharian?


 
Pfizer and Moderna telah pun digunakan sebanyak 140 juta dos di lebih 60 buah negara. Berapa dos vaksin pilihan doktor yang telah digunakan? Atau memang doktor tak percaya kepada vaksin, tetapi tak nak kata secara terus terang?
Semua penerbitan ini dan nombor kes dan dos yang digunakan penting agar kita dapat mengesahkan sama ada kenyataan yang dibuat oleh pembuat vaksin itu benar atau tidak.
Masalah Dr Roland ialah dia banyak mengutuk vaksin Pfizer tetapi tidak memberi pilihan atau penyelesaian kepada masalah Covid-19. Dia harus bersikap “menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah”. Nampaknya doktor lebih menjadi antara masalah
Anak saya yang aktif di media sosial memberitahu bahawa Dr Roland tidak percaya bahawa pandemik ini sebagai suatu kebenaran. Malah doktor menyatakan bahawa “this pandemic is the greatest hoax of human history” (pandemik ini pembohongan yang paling besar dalam sejarah kemanusiaan).
Padanlah Dr Roland begitu mengkritik vaksin Pfizer. Rupa-rupanya doktor antara yang percaya kepada teori konspirasi. Mungkin dia pengikut Judy Mikovits, yang siri video “plandemik” yang berasaskan teori kospirasi dan mempromosikan matlumat palsu dan fahaman antivaksin.
 
Taktik cetuskan ketakutan
Walaupun saya tak setuju dengan doktor, tetapi saya harus hormati pandangannya. Itu hak dia. Seperti kata-kata Oscar Wilde:
“I may not agree with you, but I will defend to the death your right to make an ass of yourself.”
Tetapi apabila doktor menggunakan media sosial untuk mempengaruhi pendengarnya, maka saya harus membetulkan dakwaan yang dilemparkannya dengan semborono. Saya agak kecewa apabila ada doktor lain yang termakan dengan kata-katanya. Bukankah doktor-doktor dilatih dengan seni perubatan berasaskan bukti? Anda harus kenal apa itu fakta, apa itu auta.
Sebelum ini saya telah pun memberi fakta mengenai keberkesanan vaksin Pfizer. Anda boleh semak fakta dengan merujuk kepada kajian yang telah diterbitkan dalam peer-reviewed jurnal yang saya lampirkan.
Kajian yang paling mutakhir menunjukkan bahawa vaksin Pfizer bukan sekadar mencegah 95 peratus daripada jangkitan Covid-19, tetapi ia juga mencegah penularan virus dengan kadar 75 peratus (kajian Pusat Perubatan Sheba) dan 89 peratus (kajian Kementerian Kesihatan Israel).
Kenapa doktor sembunyikan semua penemuan ini? Ini memang salah satu taktik golongan antivaksin. Atau mungkin juga dia tidak membaca jurnal mutakhir perubatan tetapi hanya mencedok daripada laman-laman antivaksin yang sedia ada.
Sekarang kita fokus kepada kesan sampingan, atau Adverse Effects Following Immunisation (AEFI), yang doktor baca daripada prescription drug label vaksin Pfizer. Panjang lebar dia baca untuk menakutkan penonton videonya. Ini satu lagi taktik jijik kumpulan antivaksin, iaitu fear mongering.
Ia sikap yang bukan saja tidak objektif, malah tidak bertanggungjawab.
Sudah pasti Pfizer menyenaraikan semua AEFI yang mungkin berlaku. Ini adalah ketelusan matlumat, tidak menyembunyikan matlumat seperti kalangan antivaksin.
Seperti dalam isu jururawat yang pengsan setelah mengambil vaksin Pfizer. Ada yang mendakwa vaksin telah membunuh jururawat itu, sedangkan dia masih hidup dan hanya mengalami “vasovagal response”.
 
Seperti video jururawat yang ambil vaksin Pfizer dan pingsan. Golongan anti-vaksin meviralkan video mengatakan bahwa vaksin Pfizer telah membunuh jururawat itu. Walhal dia hidup, dan hanya mengalami “vasovagal response”.
Saya boleh nyatakan AEFI ini dengan lebih teliti dan tepat.

AEFI di tempat suntikan bukan perkara luar biasa. Sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan adalah biasa. Ia berlaku selepas suntikan dan selalu hilang dalam masa satu hingga dua hari sahaja.

Sumber: Dr Musa Nordin  

Sumber: Dr Musa Nordin  
 
AEFI sistemik juga perkara yang biasa dengan semua suntikan, bukan terkecuali untuk suntikan Pfizer. Sepatutnya seorang doktor seperti Dr Roland memahami kenapa AEFI ini berlaku.
Ia adalah reaksi tabii badan kita yang mengeluarkan cyotkines sebagai mediator inflamasi. Ia merangsang badan kita untuk mengeluarkan antibodi yang bakal melindungi kita daripada virus Covid-19. Ia suatu reaksi yang baik, bukan buruk.

Sumber: Dr Musa Nordin  
Sungguh cetek ilmu Dr Roland mengenai vaksinologi. Kedangkalan dan mungkin juga kebodohannya terserlah apabila dia menakutkan penonton videonya dengan AEFI yang minor ini. Doktor-doktor yang tahu konsep vaksinologi sebaliknya akan gembira dan berkata:
“Wow! Sistem imun saya tengan rancak ni (kicking in), ia tengah aktif mengeluarkan antibodi.”
Dan semua kesan ini hilang selepas satu atau dua hari sahaja. Mungkin segelintir kecil mengambil masa yang lama sedikit untuk kembali pada sedia kala.
Lymphadenopathy adalah kebengkakan kelenjar kita. Sudah pasti ini akan berlaku dengan vaksin Pfizer kerana kelenjar adalah tempat di mana antibodi dikeluarkan. Sudah pasti ia mengalami sedikit inflamasi dalam usahanya untuk membuat antibodi yang bakal melindungi kita.
Dr Roland bermain dengan emosi penonton dengan menceritakan tentang Bell’s Palsy. Ia menunjukkan sikap seorang doktor yang kurang beretika dan professional. Golongan antivaksin suka menakutkan pedengar dengan cerita-cerita palsu dan tidak berasaskan fakta. Memang ada empat kes di kalangan subjek yang mengambil vaksin tetapi apabila kita kira kadar (incidence rate) Bell’s Palsy di dalam kumpulan vaksin, ia seperti berikut:
Kadar dasar (baseline) Bell’s palsy dalam masyarakat umum ialah 23-35 bagi setiap 100,000 orang setahun Kadar Bell’s Palsy dalam ujian klinikal Pfizer Trial ialah sembilan bagi setiap 100,000 orang Maknanya risiko Bell’s Palsy dalam kumpulan vaksin Pfizer adalah 2.6 – 3.9 lebih rendah daripada masyarakat umum.
Namun demikian pihak regulatori seperti Food and Drug Administration (Amerika Syarikat) dan Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (United Kingdom) mengambil maklum mengenai AEFI ini dan meneruskan pemerhatian tentangnya.
Bagi menyakinkan kita bahwa semua AEFI ini kecil sahaja dan tidak bahaya, saya lampirkan rujukan daripada British Medical Journal (BMJ), satu lagi jurnal yang termasyur di UK yang menerbitkan rumusan Medical and Healthcare Regulatory Agency (MHRA-UK) mengenai AEFI vaksin mRNA.
Orang masih makan kacang
Bab terakhir mengenai AEFI ialah yang jarang berlaku, iaitu anaphylaxis. Kadar risiko AEFI bagi vaksin Pfizer adalah 4.6 kes anaphylaxis bagi setiap sejuta dos.
Cuba bandingkan dengan alahan terhadap kacang. Risiko alahan selepas makan kacang ialah 30,000 bagi setiap sejuta Adakah anda akan berhenti makan kacang?
Tetapi Dr Roland tidak mahu ambil vaksin Pfizer walaupun risiko anaphylaxis 10,000 lebih kecil daripada risiko alergi makan kacang. Ini suatu tindakan yang tidak masuk akal langsung.
Saya harap mereka yang menonton video Dr Roland akan menimbang fakta yang saya sediakan dan menilai kembali hujahnya yang tidak langsung berasaskan sains malah lebih bermain dengan emosi dan ketakutan anda. Anda boleh semak rujukan saya.
Bagi mereka yang beragama Islam, saya lampirkan peringatan daripada Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 108, berhubung perlunya sentiasa berdialog dengan hujah dan bukti yang sahih:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata…”

DR MUSA MOHD NORDIN perunding pediatrik dan pengerusi lembaga penasihat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia.
The post Menjawab dakwaan Dr Roland berkenaan vaksin Covid-19 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/21/menjawab-dakwaan-dr-roland-berkenaan-vaksin-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=menjawab-dakwaan-dr-roland-berkenaan-vaksin-covid-19

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anda Disarankan Untuk Tangguh Dulu Ambil Vaksin Covid 19 Jika Hamil Menyusu Anak

Anda Disarankan Untuk Tangguh Dulu Ambil Vaksin Covid 19 Jika Hamil Menyusu Anak

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 228 hits
Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Ma...
Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Telah Tiba Di Malaysia

Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Telah Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera perjalanan vaksin kumpulan pertama vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan MH604 pada jam 10 00 pagi hari ini dikendalikan oleh MABkarg...
Apa Itu Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

Apa Itu Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 373 hits
Kumpulan slot pertama vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan MH604 pada jam 10 00 pagi bertarikh 21 Februari 2021 ianya dikendalikan oleh MABkargo Sdn Bhd Apa Itu Vaksin ...
Vaksin Covid 19 Selamat Tiba Di Dua Psv Di Pulau Pinang

Vaksin Covid 19 Selamat Tiba Di Dua Psv Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 223 hits
Dewi Nur Harasha AliasPada Ahad sebanyak 16 000 dos vaksin COVID 19 jenis Pfizer BioNtech selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5 35 petang Foto Astro AWANI GEORGE TOWN Semua vaksin COVID 19 sudah di hantar ke ...
Wanita Mengandung Susukan Anak Disyor Tangguh Dulu Ambil Vaksin Covid 19

Wanita Mengandung Susukan Anak Disyor Tangguh Dulu Ambil Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 200 hits
Sepatutnya tiada masalah cuma kerana belum ada data lagi termasuk daripada Pfizer KUALA LUMPUR Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran menangguhkan pengambilan vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampin...
Satu Jam Penuh Debaran Juruterbang Kongsi Pengalaman Bawa Vaksin Covid 19

Satu Jam Penuh Debaran Juruterbang Kongsi Pengalaman Bawa Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 219 hits
Juruterbang pesawat Airbus 330 300 Kapten Hamdan Che Ismail ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Foto BernamaSEPANG 21 Feb Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi Kapten Hamdan Che Ismail sepanjan...
Pasport Vaksin Covid 19 Mungkin Akan Diperkenalkan Dah Boleh Travel

Pasport Vaksin Covid 19 Mungkin Akan Diperkenalkan Dah Boleh Travel

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 168 hits
Umum mengetahui hari ini Malaysia mencipta sejarah baru bila menerima stok Vaksin Pfizer buat pertama kalinya Stok ini selamat mendarat di lapangan terbang pagi tadi dan sudahpun dihantar ke lokasi penyimpanan Dalam kenyataan Dr Adham Baba ...
Vaksin Tiba Buka Lembaran Baru Malaysia Perangi Covid 19

Vaksin Tiba Buka Lembaran Baru Malaysia Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 215 hits
Sebanyak 312 390 dos vaksin jenis Pfizer BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Foto BernamaSEPANG 21 Feb Vaksin COVID 19 yang ditunggu tunggu untuk melindungi penduduk di Malaysia selamat tiba apabila pesawat ...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Tips For Achieving Your Saving Goals

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

Clear Air Over Najib S Supplementary Order Anwar And Ag Told



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah