Apa Itu Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech
Kumpulan slot pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10.00 pagi bertarikh 21 Februari 2021, ianya dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).
Apa Itu Vaksin Covid-19 Pfizer Biontech?
Credit Pic : SUMBER
Perjalanan vaksin ini dari kilang Pfizer di Belgium telah disediakan oleh Pfizer dan syarikat dari Malaysia iaitu DHL melalui persetujuan di peringkat global.
Apa Itu Vaksin Covid-19 Pfizer Biontech?
Vaksin Covid ini berangkat dari Puurs, Belgium dan singgah di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura bagi mengedarkan ke negara-negara Asia Pasifik yang lain, termasuklah negara Malaysia.
Vaksin ini (312,390 dos) di bawa dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300.
KETIBAAN VAKSIN DI MALAYSIA
Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh syarikat kurrier DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik bagi mengedar vaksin Pfizer-BioNTech di peringkat global.
YB Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Dato Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai tertinggi dari KKM, MOSTI dan MOT turut juga hadir sama bagi menyambut ketibaan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tersebut.
MENGENAI VAKSIN COVID-19 YANG DIPEROLEHI MALAYSIA
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021 lalu.
Pada Februari 2021, Malaysia telah mendapat bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan telah membuat perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari yang lalu untuk pembelian vaksin ini, setelah diadakan perbincangan pada penghujung tahun 2020.
FASA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN DAN KUMPULAN SASAR
Malaysia akan mengadakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 24 Februari 2021 (Rabu ini). Program ini akan bermula dengan suntikan pertama yang akan diterima oleh Perdana Menteri sendiri iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan.
Ada tiga peringkat Program Imunisasi :
Fasa 1 (Februari – April 2021): Petugas hadapan
Fasa 2 (April – Ogos 2021): Golongan yang berisiko tinggu dan Warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan
Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): Rakyat di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
SUMBER
Baca Juga : Apa Itu Gamophobia?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2021/02/apa-itu-vaksin-covid-19-pfizer-biontech.html