Cara Daftar Ssm Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cara Daftar SSM Online (Pendaftaran Perniagaan) | Sekarang ramai yang mempunyai perniagaan sendiri, sama ada perniagaan online mahupun perniagaan offline. Malah, sekiranya anda ingin berniaga di Lazada pun anda perlu berdaftar dengan SSM. Ada mereka yang belum pernah daftar perniagaan mereka di SSM lagi kerana tidak tahu bagaimana caranya. 
Sebenarnya mudah sahaja sekarang ini, kita boleh mendaftar perniagaan SSM secara online sahaja. Sebelum kita lihat cara daftar perniagaan di SSM, mari kita lihat sedikit sebanyak kelebihan apabila perniagaan kita berdaftar dengan SSM

KELEBIHAN DAFTAR SSM (SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA)
a) PERNIAGAAN LEBIH DIYAKINI & DIPERCAYAI
Sekiranya perniagaan kita sudah berdaftar dan mempunyai nombor SSM, pasti orang ramai akan lebih yakin untuk berurus niaga dengan kita kerana kita telah berdaftar

Tambahan pula sekarang ni banyak kes ditipu peniaga dan sebagainya, jadi bila dah berdaftar ni, lagi senang untuk pembeli percaya dengan kita

b) PERNIAGAAN YANG SAH
Tahukah anda Akta pendaftaran Perniagaan 1956 menyatakan sebarang perniagaan yang memberikan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya? 
Ya! Jadi, bila kita dah mendaftar, senanglah bila ada masalah ketika urusan perniagaan atau sebagainya kerana kita mempunyai dokumen yang sah

c) MURAH & SENANG
Sebenarnya sangat mudah untuk mendaftar SSM. Buat online pun dah boleh sekarang ni. Selain itu, harga nak mendaftar pun murah sangat. Apalah sangat nak dibandingkann dengan keuntungan perniagaan anda tu kan? Hehe. 
BACA : Cara Semak Saman Trafik, Polis, AES dan JPJ Secara Online
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU 
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut: 
1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik. 
2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh sekurang- kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi. 
Bagaimana cara daftar SSM secara online? 
Berikut diberikan panduan yang ringkas dan mudah untuk anda mendaftarkan perniagaan anda di SSM secara online. 
CARA MENDAFTAR PERNIAGAAN SSM SECARA ONLINE
Terdapat dua cara untuk membuat permohonan perdaftaran perniagaan dan juga pembaharuan perniagaan syarikat anda. pertama adalah melalui kaunter di mana-mana cawangan pejabat SSM seluruh Malaysia. Kedua pula adalah melalui aplikasi dalam talian di laman SSM iaitu ezbiz online

KLIK SINI 👉  LAMAN EZBIZ SSM 

1) Pertama, pemohon perlu tekan tab 'Sign Up' untuk mereka yang mendaftar bagi kali pertama. Isi ruangan yang perlu diisi dengan betul ( No Kad Pengenalan dan Nama Penuh )
2) Kemudian, anda perlu create ID dan Kata Laluan. Bagi pemohon yang telah mempunyai akaun, anda boleh masukkan username dan Kata laluan yang telah anda buat sebelum ini. 
3) Seterusnya, pemohon perlu ke kaunter SSM yang berdekatan untuk pengesahan MyKad dan aktifkan ID anda

4) Di kaunter SSM, pemohon akan melalui proses Pengaktifan ID dengan mengesahkan cap jari anda untuk tujuan keselamatan maklumat. Proses ini adalah penting untuk memastikan pemohon adalah pemilik sebenar perniagaan tersebut dan dapat mengelakkan sebarang penipuan dalam perdaftaran pemilik perniagaan. 
5) Setelah selesai, pemohon boleh menggunakan akaun di ezbiz ssm untuk perdaftaran perniagan anda di laman web ezbiz. 
SERVIS DI EZBIZ SSM
Sebenarnya dengan adanya akaun di Ezbiz ni, kita bukan sahaja boleh mendaftar perniagaan, tetapi juga ada beberapa lagi perkhidmatan yang disediakan untuk membantu kita dalam urusan SSM

a) Pendaftaran Perniagaan Barub) Perubahan Butiran Perniagaanc) Pembaharuan perniagaand) Penamatan perniagaane) Perkhidmatan Kompaun 
MAKLUMAT LANJUT PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSMOkay, bahagian seterusnya adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum mendaftar perniagaan di SSM, termasuklah dari segi nama perniagaan, syarat-syarat untuk mendaftar, bayaran yang dikenakan, serta panduan am berkaitan pendaftaran perniagaan. 
PROSEDUR PENDAFTARAN PERNIAGAAN (SSM)
1. Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’. Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy. Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise. 2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:  Nama perniagaan  Tarikh permulaan perniagaan  Alamat utama perniagaan  Alamat cawangan perniagaan (jika ada)  Maklumat pemilik dan rakan kongsi  Jenis perniagaan yang akan dijalankan  Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada) 3. Pemilik dan rakan kongsi hendaklah menandatangani di ruangan maklumat pemilik dan di ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal/rakan kongsi. 
4. Pemilik / semua rakan kongsi perlu hadir untuk urusan pendaftaran. 
5. Dokumen yang perlu dilampirkan: Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan) Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan 
 SYARAT MENDAFTAR PERNIAGAAN
1. Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap 
2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas 
3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan. 
FI PENDAFTARAN PERNIAGAAN
1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00. 2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00. 3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan. 4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST). 
PANDUAN AM PENDAFTARAN PERNIAGAAN
1. Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan. 
2. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran. 
3. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang, tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral. 
4. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat. 
5. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya. 
6. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM

KLIK SINI 👉 PDF PROSEDUR LENGKAP DAFTAR SSM  disediakan oleh pihak SSM
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Diharap perkongsian kali ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan anda dalam mendaftar perniagaan anda di SSM secara online

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, mahu mendapatkan info terkini dan sebagainya, anda boleh ke :-Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Laman Sesawang : Suruhanjaya Syarikat MalaysiaFacebook : Suruhanjaya Syarikat MalaysiaEmail : [email protected] : 03-7721 400
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/11/cara-daftar-ssm-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Ssm Untuk Bisnes Online Servis Freelance Banyak Kelebihan Walau Kecil Kecilan

Cara Daftar Ssm Untuk Bisnes Online Servis Freelance Banyak Kelebihan Walau Kecil Kecilan

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 652 hits
Dah dekat 2 tahun berniaga online ni rasa seronok pulak Hari tu dengar kawan kata elok daftar SSM nanti senang Tapi leceh tak agaknya Apa kelebihan daftar SSM ni
Cara Daftar I Akaun Dan Semak Penyata Kwsp Online

Cara Daftar I Akaun Dan Semak Penyata Kwsp Online

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 1115 hits
Last updated Oct 27 2020 Pernahkah anda semak penyata KWSP anda secara online Jika belum di sini kami akan huraikan cara untuk anda daftar i Akaun dan semak penyata anda Sebenarnya kita mempunyai banyak kelebihan apabila kita menjadi ahli K...
Syarat Cara Daftar Kursus Praperkahwinan Online Di Sabah Sepanjang Pkpb

Syarat Cara Daftar Kursus Praperkahwinan Online Di Sabah Sepanjang Pkpb

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 887 hits
AssalamualaikumBismillahAku tak tahulah macam mana boleh terdetik hati mahu daftar kursus praperkahwinan ini Lama dah mahu daftar cuma tiada kesempatan dan bajet Entah macam mana hari ini Allah gerakkan hati pula untuk aku search kat google...
Isharefans Cara Mudah Daftar Buat Task Jana Income Setiap Hari

Isharefans Cara Mudah Daftar Buat Task Jana Income Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 468 hits
Tutorial Cara Daftar Dan Jana Income Dengan IShareFans Assalamualaikum semua Berita baik untuk semua Korang tahu tak mengenai IShareFans Ok bagi yang belum tahu sekarang ni tengah viral tau di mana ramai yang dah join dan berjaya menjana pe...
Cara Daftar Dan Berniaga Di Lazada

Cara Daftar Dan Berniaga Di Lazada

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 339 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraCara Daftar dan Berniaga di Lazada Tahukah anda bahawa ada mereka yang mampu menjana pendapatan di Lazada sama ada tanpa modal atau dengan modal sehingga 3 ke 4 angka dalam masa seminggu Pasti anda nak tah...
Cara Daftar Wemediaa Relaks Dan Santai Je Ok

Cara Daftar Wemediaa Relaks Dan Santai Je Ok

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 715 hits
Cara Daftar WeMediaa Salam sejahtera kepada semua pembaca yang aku kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini aku akan kongsikan cara daftar WeMediaa dengan mudah step by st...
Cara Daftar Partner Foodpanda

Cara Daftar Partner Foodpanda

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 405 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAnda pemilik kedai makan atau restoran dan ingin menambah pendapatan di Foodpanda berikut adalah cara cara mendaftar sebagai partner Foodpanda Sebelum itu jom kita kenal dulu dengan Foodpanda Foodpanda mer...
Cara Daftar I Sinar Kwsp

Cara Daftar I Sinar Kwsp

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 673 hits
CARA DAFTAR i SINAR KWSP Pencarum EPF kini boleh keluarkan RM500 setiap bulan Ikuti cara daftar i SINAR KWSP untuk mohon keluar duit EPF secara online menggunakan i Akaun Pengeluaran KWSP Akaun 1 ini di bawah jenis pengeluaran i SINAR Ahli ...
Cara Daftar Wemedia Dan Jana Pendapatan Melalui Media Sosial

Cara Daftar Wemedia Dan Jana Pendapatan Melalui Media Sosial

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 1267 hits
Cara Daftar WeMedia Dan Jana Pendapatan Melalui Media Sosial Assalamualaikum semua Zaman sekarang siapa yang takde media sosial Rasanya semua ada kan Tahu tak yang kita boleh buat income sampingan melalui media sosial ni Ye satu aplikasi ya...
Jangan Semakkan Kepala Dengan Perkara Dan Barang Yang Tidak Perlu

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Stay Strapped How To Transport A Motorcycle The Right Way


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Hari Apresiasi 6 Tahun Tabika Kemas 2024

Mural By The One Academy

Lelaki Itu Bukan Kiriman Tuhan

Spm 2024 Day 2 Tremendous

Pilihan Raya Ketua Murid Peringkat Sekolah

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis