Cara Daftar Banci 2020 Melalui Sistem E Census
Cara Daftar Banci 2020 melalui Sistem e-Census.| Apa itu mod e-Census? Kaedah e-Census adalah pengisian soal selidik secara atas talian oleh responden melalui pautan https://ecensus.mycensus.gov.my atau melalui Portal Banci dan Stats Geoportal https://www.mycensus.gov.my/
Mengapa menggunakan e-Census?
Disebabkan penularan wabak COVID-19, pembancian akan dijalankan menggunakan mod pembancian e-Census. Di mana mod pembancian ini tidak memerlukan proses bancian secara bersemuka dan hanya perlu menjawab soal selidik secara atas talian sahaja.
Tarikh Pelaksanaan Banci 2020
Fasa Pertama (secara online) : 7 Julai 2020 hingga 30 September 2020Tarikh Penghantaran Poskad Banci Rumah ke Rumah : 6 Julai – 24 Julai 2020Tarikh Pra Pendaftaran e-Census : 6 Julai – 23 September 2020Tarikh Pengisian e-Census : 7 Julai – 30 September 2020Fasa Kedua (secara temu ramah bersemuka) : 7 Oktober 2020 hingga 24 Oktober 2020
Prosedur Banci 2020Berikut adalah proses atau prosedur bagi Banci 2020 Mod e-Census:
i) Poskad Mengandungi Invitation CodeSeperti dimaklumkan, poskad Banci 2020 akan diedarkan bermula 6 Julai 2020 ke rumah masing-masing.
ii) Poskad Tidak Diterima Atau Gagal TerimaSekiranya penduduk tidak menerima poskad tersebut, sila dapatkan Invitation Code menerusi Pra Pendaftaran e-Cencus 2020
Adakah saya perlu menjawab Banci 2020 secara atas talian?
Anda boleh memilih untuk menjawab soalan Banci 2020 secara atas talian atau menggunakan borang. Melalui atas talian ini, Banci 2020 akan menjadi lebih mudah, selamat, dan pantas untuk diselesaikan.
Setelah mengisi Pra Pendaftaran e-Census, responden akan menerima kod jemputan menerusi emel yang didaftarkan dan boleh login ke sistem e-Census
Adakah maklumat yang saya bekalkan selamat?
• Seksyen 19 di bawah Akta Banci 1960 (Disemak -1969) memperuntukkan manamana maklumat individu tidak boleh didedahkan. • Hanya data berbentuk agregat sahaja akan diterbitkan. • Pastikan pembanci yang mengumpul maklumat adalah pemegang kad pengenalan pembanci.
Maklumat LanjutSekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Banci 2020, sila hubungi talian bantuan atau rujuk pautan seperti di bawah:
Laman Web Rasmi E-CENSUSManual Penggunaan e-CensusSoal Jawab Banci 2020 (FAQ)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/09/cara-daftar-banci-2020-melalui-sistem-e.html