Cara Cara Untuk Membuat Laporan Polis Secara Online



Portal e-Reporting memudahkan orang awam membuat laporan polis melalui Internet. Walaubagaimanapun…
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun melancarkan laman portal e-reporting yang bertujuan untuk memudahkan orang awam membuat laporan polis secara online melalui Internet. Kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkait dengan jenayah.
Portal e-reporting ini telah pun dilancarkan pada Mei 2017 dahulu bagi memudahkan orang ramai membuat laporan polis terus dari rumah, tanpa perlu hadir ke balai.
Ia juga merupakan antara inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Cuma buat masa ini, sistem e-reporting hanya menyokong lokasi di kawasan Balai Polis Kuala Lumpur sahaja.
Cara menggunakan e-reporting
1. Untuk mengakses portal e-reporting, pengguna perlulah mendaftar terlebih dulu. Bagi mereka yang pertama kali mengakses e-reporting, mereka bolehlah klik pada pautan Daftar Pengguna. 

2. Selepas berjaya mendaftar, anda bolehlah mula mengakses laman e-reporting dengan memasukkan nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Setelah memasukkan Kad Pengenalan dan Kata Laluan, satu kotak dialog akan dipaparkan seperti rajah di bawah yang memerlukan anda menanda pada 2 kotak. Ia adalah sebagai pengesahan bahawa anda adalah berumur 18 tahun dan ke atas serta laporan yang akan anda buat tidak melibatkan unsur jenayah.
Selepas itu, klik pada butang Sambung.

3. Kemudian, akan dipapar satu lagi kotak dialog pilihan sebelum anda boleh membuat laporan polis. Untuk pilihan ini, anda tidak boleh menanda pada salah satu pilihan dalam kotak merah seperti yang ditanda pada rajah di bawah.

Ini kerana pilihan kotak itu melibatkan laporan berunsur jenayah atau memerlukan siasatan lanjut oleh polis. Portal e-reporting hanya membenarkan laporan yang bukan berunsur jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh polis seperti laporan hilang atau tercicir kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit atau kad ATM, hilang telefon bimbit, komputer riba, cukai jalan dan kes pembantu rumah lari dari majikan.

Kes-kes berunsur jenayah memerlukan anda membuat laporan terus ke balai polis berhampiran.
Selepas selesai menanda bahagian ini, klik pada butang OK.
4. Selesai menjawab dan menanda soalan-soalan awal itu, barulah anda dapat mengakses laman utama portal e-reporting. Laman muka pertama e-reporting memaparkan Butiran Peribadi iaitu maklumat peribadi anda yang telah dimasukkan semasa anda mendaftar.
Untuk memulakan laporan, klik pada butang Seterusnya.

5. Butang Seterusnya akan membawa anda ke laman muka Butiran Kejadian.

Di sini anda boleh memasukkan butiran lokasi kejadian termasuklah lokasi, masa dan tarikh yang anda percayai berlakunya keciciran Kad Pengenalan anda.
6. Seperti yang diberitahu awal tadi, sistem e-reporting hanya menyokong lokasi di kawasan Balai Polis Kuala Lumpur sahaja. Bermakna, kes-kes yang berlaku di luar kawasan tersebut tidak boleh dibuat menerusi portal e-reporting.
Kesimpulan
Sistem e-reporting lebih menjurus kepada kes-kes ringan yang tidak melibatkan kes jenayah atau kes yang memrlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.
Sebagai contoh, kes keciciran Kad Pengenalan tidaklah lagi memerlukan anda pergi ke balai polis. Sebaliknya hanya dari rumah atau menerusi telefon pintar, anda sudah boleh membuat dan mencetak laporan bagi mendapatkan dokumen peribadi baharu menggantikan yang hilang.
Cuma, sokongannya yang terhad hanya di lokasi Kuala Lumpur sahaja menyebabkan ia tidak dapat dimanfaatkan oleh pengguna secara lebih meluas.
Sumber : Wiser

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogjohanharith.com/2019/12/cara-cara-untuk-membuat-laporan-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tren Ojek Online Dorong Industri Kreatif Dan Ubah Cara Orang Beriklan

Tren Ojek Online Dorong Industri Kreatif Dan Ubah Cara Orang Beriklan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 244 hits
Peran ojek Online semakin beragam selain menjadi solusi transportasi alternatif Kehadiran ojol pun mulai mengubah cara orang melakukan promo terutama bagi para pelaku periklanan digital terprogram Trennya di belakang unit ojol sering tampak...
5 Cara Membuat Cheesecake Praktis Dan Mudah Dipraktikkan

5 Cara Membuat Cheesecake Praktis Dan Mudah Dipraktikkan

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 319 hits
Cheesecake sudah menjadi kudapan yang populer sejak dulu di negara bagian Eropa dan sekitarnya Di Indonesia kini kita bisa dengan mudah menemukan cheesecake di kedai kedai kopi kafe restaurant dan lainnya Berikut beberapa cara membuat chees...
3 Cara Buat Duit Online 2020

3 Cara Buat Duit Online 2020

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 547 hits
Anda nak tahu cara buat duit online 2020 Ya jangan bimbang kerana memang banyak cara untuk buat duit online tahun 2020 ni Tapi yang The post appeared first on
Cara Daftar Bank Islam Secara Online Sii Nurul

Cara Daftar Bank Islam Secara Online Sii Nurul

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 873 hits
AssalamualaikumBismillahDulu aku ada akaun Bank Simpanan Nasional saja Apabila dah masuk universiti kena buka CIMB pula Lebih kurang setahun aku guna CIMB Bank then pihak universiti suruh tukar lagi ke Bank Islam Kalau tak tukar tak masuk l...
Cara Mohon Online Latihan Separa Perubatan Spa Julai 2020 Terbuka Bagi Lepasan Spm 17 25 Tahun

Cara Mohon Online Latihan Separa Perubatan Spa Julai 2020 Terbuka Bagi Lepasan Spm 17 25 Tahun

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 973 hits
Ramai pencari kerja terutamanya calon lepasan SPM tidak mengetahui berkenaan Program Latihan Separa Perubatan 2020 Program ini adalah sebuah program pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pencari kerja lep...
Lokman Beri Tempoh 7 Hari Kepada Ag Jawab Status Laporan Polis Video Semburit

Lokman Beri Tempoh 7 Hari Kepada Ag Jawab Status Laporan Polis Video Semburit

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 291 hits
Jabatan Peguam Negara diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab status laporan polis yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam pada 11 Jun lalu Tempoh seminggu itu diberikan oleh Lokman sendiri yang mahu melihat keadilan d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba