Cara Mohon Online Latihan Separa Perubatan Spa Julai 2020 Terbuka Bagi Lepasan Spm 17 25 Tahun


Ramai pencari kerja terutamanya calon lepasan SPM tidak mengetahui berkenaan Program Latihan Separa Perubatan 2020. Program ini adalah sebuah program pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua pencari kerja lepasan SPM di seluruh negara.
Untuk pengetahuan anda, sepanjang program pengajian ini, para pelatih akan diberikan elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian dan penginapan pelatih juga disediakan.
Bahkan, pekerjaan juga sudah tersedia bagi para pelatih kerana sebaik sahaja tamat tempoh latihan pengajian ini, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan anda di hospital-hospital kerajaan untuk bekerja. Bukan itu sahaja, anda juga tidak akan dikenakan sebarang yuran bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.
Menarik bukan? Pelbagai faedah dapat diperolehi daripada program latihan ini. Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini, anda bolehlah mengemukakan permohonan.
Anda boleh mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Di dalam artikel ini kami akan kongsikan kepada anda cara-cara untuk membuat permohonan tersebut.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN Terdapat beberapa syarat yang ditetapkan dan anda hendaklah meneliti setiap satu daripada syarat tersebut. Pastikan anda telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda mengemukakan permohonan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Pemohon perlulah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya dan mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (BM). Pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan sijil penuh SPM, yakni sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi. Lulus enam subjek dalam SPM dengan subjek Bahasa Melayu mendapat gred kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan. Lulus enam subjek termasuk Bahasa Melayu (BM) dengan dua subjek lain di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada kepujian atau lulus serta subjek-subjek tertentu sepertimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik. Calon lantikan terus haruslah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Bagi calon yang layak, satu surat panggilan temuduga dan ujian akan diberikan. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal rasmi SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai. Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah selama satu tahun. Calon perlu isi semula permohonan selepas tempoh tersebut. Pegawai sedang berkhidmat untuk kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA Berikut merupakan senarai latihan separa perubatan yang ditawarkan. Anda bolehlah memilih mana-mana latihan yang anda minat.
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Latihan Fisioterapi Latihan Jururawat Latihan Juruterapi Pergigian Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan Latihan Juruteknologi Pergigian Latihan Juru X-ray Latihan Penolong Pegawai Farmasi Latihan Penolong Pegawai Perubatan SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL Latihan Jururawat Masyarakat Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Latihan Pembantu Kesihatan Awam CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN Permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam program separa perubatan ini hanya dibuka secara online. Anda yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan. Berikut merupakan cara-cara permohonan.
1.) Layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Link Portal Rasmi SPA di bawah.
2.) Masukkan ID dan kata laluan.
3.) Sekiranya anda belum ada akaun, cipta ID dan kata laluan anda.

4.) Setelah berjaya masuk, pilih Borang Permohonan Pekerjaan.

5.) Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul. (Letakkan Separa Perubatan pada jawatan dipilih)

6.) Tekan butang ‘simpan’.
Anda dinasihatkan untuk memohon Program Latihan Separa Perubatan ini jika anda berminat. Banyak faedah yang bakal anda peroleh melalui program latihan ini. Jadi, apa tunggu lagi? Mohonlah sekarang!
IKLAN JAWATAN SEPARA PERUBATAN Di bawah merupakan pautan iklan permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi 2020. Terdapat 1695 kekosongan ditawarkan ambilan kali ini. Anda boleh rujuk iklan penuh di bawah.
IKLAN PENUH JAWATAN
The post Cara Mohon Online Latihan Separa Perubatan SPA Julai 2020. Terbuka Bagi Lepasan SPM 17-25 Tahun. appeared first on MySuara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/kerjaya/mohon-separa-perubatan-2020/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Yang Berkesan Dan Selamat Untuk Buat Duit Online Bagi Tahun 2020

Cara Yang Berkesan Dan Selamat Untuk Buat Duit Online Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 441 hits
Tahun baru 2020 akan menemui kita tak berapa lama lagi Dalam masa kurang dari seminggu tahun 2019 akan melabuhkan tirainya lalu pergi meninggalkan kita buat selamanya Bagaimana agaknya kehidupan kita semua nanti Adakah akan jadi semakin bai...
Pakar Kewangan Kongsi Cara Perancangan Kewangan Untuk Tahun 2020

Pakar Kewangan Kongsi Cara Perancangan Kewangan Untuk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 280 hits
Abang Ensem dulu adalah salah seorang team Denaihati Network Sekarang beliau sudah melangkah jauh dalam dunia hartanah dan kewangan Sifu hartanah yang menajdi idola dan inspirasi kepada lebih 60 ribu follower FB beliau Kepada yang belum fol...
Cara Daftar Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak Tahun 2020

Cara Daftar Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak Tahun 2020

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 640 hits
Tawaran Bagi Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak Berikut merupakan maklumat iklan tawaran yang dibuka oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Maklumat kekosongan ini adalah pada paparan iklan yang tertera hanya menyiarkan untuk memu...
Pendaftaran Online Tahun 1 Akan Dibuka Mulai 1 Mac 2020

Pendaftaran Online Tahun 1 Akan Dibuka Mulai 1 Mac 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 662 hits
Pendaftaran Online Tahun 1 Akan Dibuka Mulai 1 Mac 2020 Baru beberapa hari yang lalu sesi persekolahan telah dibuka Penting untuk ibu ayah alert dalam masa 2 bulan lagi anak anak yang berumur 5 dan 6 tahun dah boleh daftarkan sekolah secara...
Tahun 2020 Pilihan Channel Untuk Buat Duit Online 2020 Geli Geli

Tahun 2020 Pilihan Channel Untuk Buat Duit Online 2020 Geli Geli

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 622 hits
1 2 3 PRODUK DIGITAL 4 5 SHUTTERSTOCK 6 MEMBERSHIP7 SUPPORT SERVICE8 AIRBNBSemua di atas senarai untuk buat duit geli2Kalau nak buat betul betul pun boleh Bergantung pada usaha masing masing Itu semua saluran untuk buat duit Tak semestinya ...
5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan Produktif

5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan Produktif

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 401 hits
5 Cara Praktikal Untuk Buat Tahun 2020 Korang Lebih Bagus Dan Produktif Alhamdullilah dah masuk tahun 2020 dah kita Tahun 2020 ini boleh nampak betapa mencabarnya untuk kita rakyat Malaysia Tapi dalam keadaan mencabar macam ni kita kena car...
3 Cara Buat Duit Online 2020

3 Cara Buat Duit Online 2020

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 484 hits
Anda nak tahu cara buat duit online 2020 Ya jangan bimbang kerana memang banyak cara untuk buat duit online tahun 2020 ni Tapi yang The post appeared first on
Dr Azizul Azli Kongsikan 44 Cara Selamatkan Duit Anda Pada Tahun 2020

Dr Azizul Azli Kongsikan 44 Cara Selamatkan Duit Anda Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 396 hits
Lantaklah orang kata apa yang penting kita jimat belanja Tarik nafas dan mari kita bermulalah Belanja kurang dari pendapatanCari cara buat duit lebihUbah gaya hidupRancang kewangan andaMulakan menabung duit hijau orenPotong kad kredit jadi ...
Selamat Tahun Baru 2020 Apa Azam Baru Anda

Selamat Tahun Baru 2020 Apa Azam Baru Anda

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 817 hits
Selamat Tahun Baru 2020 Dengan Azam Baru Terbaik Selamat tinggal tahun 2019 Selamat datang tahun baru 2020 Telah menjejak wawasan 2020 kita ni ya apa cerita Masihkah kau ingat akan wawasan 2020 itu Tentu masih dalam ingatan kita kan Alhamdu...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wee Mca Not A Hypocrite

In Kuala Kubu Baharu Support From The Other Side A Distant Dream For Pn Ph

Menu Tengahari Tomyam Bebola Seafood Sawi Goreng Sos Tiram

Understanding The Benefits Of Search As A Service For Business Leaders

Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy