Cara Pakaian Yang Paling Sesuai Di Malaysia Jika Anda Amalkan Gaya Hidup Ringkas




Pengalaman kerja pertama makan gaji saya bermula di sebuah kilang Taiwan di Nagasari Prai. Masa tu saya mintak kerja sebagai store-hand dengan bayaran gaji sebanyak RM300 saja sebulan. Pergi kerja dengan menumpang motosikal seorang kawan yang kebetulan kilangnya selang beberapa buah saja dari kilang tempat saya kerja. Pakai kasut sekolah dan tak ada pakaian seragam dikenakan. Jadi saya hanya pakai seluar jeans dan baju t-shirt. Selesa dan kena dengan jiwa.
Kemudian, dapat peluang kerja di syarikat yang lebih besar, jawatan pegawai dengan gaji yang jauh lebih tinggi. Pakaian dah mula berubah. Seluar slack, kasut kulit berstokin dan baju kemeja tangan panjang. Itu pakaian orang kerja di pejabat.
Akhir sekali saya kerja di syarikat logistik antarabangsa. Buat Sales & Marketing jual produk logistik yang mereka ada pada pelanggan yang juga terdiri dari syarikat-syarikat besar dan sederhana.
Bila masuk bidang sales, saya masih berpakaian formal seperti kerja kilang sebelum itu. Cuma ada tambahan kena pakai tali leher. Itu yang dikehendaki sebagai etika berpakaian seorang salesman, dalam syarikat besar pulak tu. Masa itu saya sudah rasa tidak selesa.
Bila saya berhenti kerja makan gaji dan cari makan dengan bina syarikat perniagaan saya sendiri, saya pakai pakaian yang sesuai berdasarkan keperluan diri, sesuai dengan cuaca, sesuai dengan penampilan dan sesuai dengan keadaan tempat. 
Tali leher bagi saya dalam apa keadaan sekalipun, bukanlah satu benda yang diperlukan untuk orang Malaysia. Saya anti dengan budaya pakai tali leher sejak mula berniaga sendiri.
Kawan-kawan juga sering tegur setiap kali berjumpa dengan saya pakai sandal saja. Samada dalam waktu kerja atau dalam waktu biasa, saya akan kenakan sandal sahaja. Bagi saya itu kasut yang paling sesuai untuk kerja jumpa orang di mana saja samada kedai mamak atau di lobi hotel. Pakai kasut kulit berkilat ke sana sini, jerut leher dengan tali leher di bawah panas matahari terik di Malaysia adalah amalan yang pelik bagi saya.
Sejak itu saya buat keputusan untuk tetapkan cara berpakaian ikut takrifan diri saya sendiri. Bukan sekadar nak ikut buta tuli apa yang orang lain amalkan. Saya namakan pakaian hidup ringkas
Ringkas itu lurusSebelum bincang tentang pakaian hidup ringkas, elok buat ulang kaji terlebih dahulu apa yang saya maksudkan dengan amalan hidup ringkas.

Saya terangkan perkataan ringkas terlebih dahulu dengan menggunakan misalan membina jalan untuk bergerak dari titik A ke titik B. Jika tiada apa-apa syarat dalam pembinaan jalan tersebut, anda boleh saja buat jalan ikut suka hati samada bengkang bengkok, berpusing-pusing atau lurus.
Tapi, jika anda dikehendaki membina jalan yang paling pantas, tiada pilihan selain dari membuat satu jalan yang lurus. Terus sambung dari titik A ke B hanya dengan satu garis lurus. Ia merupakan jalan paling pendek yang anda boleh bina. Ini membawa maksud bahawa jalan yang ringkas adalah satu jalan yang lurus.
Sudah pasti dalam kehidupan sebenar, mukabumi  bukanlah sama seperti sehelai lembaran kertas yang rata. Ada banyak cabaran dan rintangan dalam usaha untuk membina satu jalan yang lurus. Kalau perlu belok sikit atas sebab yang tak dapat dielakkan, kemudian akan masuk semula ke landasan jalan yang lurus.
Itu misalan dalam urusan membina sebuah jalan. Bagaimana pula konsep gaya hidup ringkas?
Gaya hidup ringkasHidup ringkas membawa maksud melakukan perkara yang perlu sahaja untuk mencapai hasil yang yang dikehendaki. Mana urusan yang tak perlu, iaitu yang tidak relevan dan tidak membawa kepada usaha mencapai matlamat, walaupun ia baik, tinggalkan saja.
Apa saja yang anda lakukan perlu ada sebab dan tujuannya. Saja suka-suka, atau tak tahu kenapa, tak sepatutnya berlaku pada orang yang berfikiran waras dalam melakukan sesuatu perkara. Malah melakukan sesuatu tanpa ada sebab yang munasabah, tanpa ada matlamat yang mahu dicapai adalah satu perbuatan sia-sia yang masuk dalam kategori membazir.
Jadi gaya hidup ringkas adalah cara hidup yang bermanfaat dan perlu dijadikan strategi untuk berjaya dalam hidup dan apa saja perkara yang anda mahu capai dalam kehidupan di dunia yang sementara ini.
Pakaian hidup ringkasSekarang saya nak cuba bincang tentang pakaian hidup ringkas. Pakaian merupakan antara urusan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Jika anda tak ambil serius dengan pakaian, ertinya anda akan terlepas pandang salah satu perkara penting dalam hidup ini. 
Untuk merangka cara berpakaian yang sesuai dengan gaya hidup ringkas, perlu dilihat terlebih dulu apakah matlamat dalam berpakaian. Selepas itu barulah lihat apa perkara yang perlu dilakukan untuk mengoptimumkan hasil yang dikehendaki.
Secara umum hanya ada 2 matlamat sahaja yang mahu dicapai dalam berpakaian.
Melindung diri – Ini adalah tujuan utama anda berpakaian. Untuk menutup tubuh badan  daripada pencemaran udara, cahaya, atau yang seumpama dengannya. Juga penting untuk menutup dari penglihatan mata orang yang tak sepatutnya.Identiti - Pakaian merupakan expresi terhadap siapa diri anda. Apa jantina anda, bangsa, agama, status dalam masyarakat dan lain-lain lagi seumpamanya. Ada maksud tersirat dari pakaian yang anda kenakan yang memberi isyarat kepada mereka yang mengetahui.Dengan berpandukan matlamat di atas anda tentu sudah dapat fikirkan kriteria pakaian yang sesuai dalam suasana masyarakat dan juga keadaan cuaca di mana saja negara anda berada. Memang itupun yang berlaku sepanjang perubahan masa zaman berzaman di mana saja manusia berada.
Keadaan cuaca, muka bumi dan cara hidup manusia di satu-satu tempat menentukan cara mereka berpakaian. Itu perkara paling asas. Selepas dah sesuai dengan perkara tersebut, barulah kedudukan atau status sosial diambil kira, itupun masih tetap selari dengan keperluan asas pada pakaian yang sesuai untuk aktiviti harian di tempat tersebut.
Untuk lihat apakah pakaian yang sesuai untuk masyarakat di Malaysia, anda hanya perlu toleh ke belakang melihat sejarah cara berpakaian masyarakat di nusantara ini. Perkara utama yang menentukan cara berpakaian anda dan umumnya orang Malaysia, di pengaruhi oleh beberapa perkara utama.

Jantina - Kalau anda lihat pada haiwan sekalipun, nampak jelas dari segi warna dan hiasan yang berbeza ada pada haiwan jantan dan betina. Manusia juga lebih kurang sama. Pekerjaan seharian yang dilakukan oleh lelaki dan wanita juga berbeza, ini menentukan kesesuaian jenis pakaian yang perlu dipakai.Bangsa - lain bangsa, lain citarasanya. Ini menentukan warna, jenis kain dan potongan pakaian. Bangsa juga memberi pengaruh kepada amalan seharian dan cara hidup orang, jadi memberi pengaruh kepada cara pakaian mereka. Agama - Kepercayaan atau ideologi juga beri pengaruh terhadap amalan hidup, dan secara langsung beri kesan terhadap cara berpakaian.Status sosial - Ini hanya isyarat yang mahu di berikan kepada orang lain yang mana cara anda berpakaian dapat memberitahu siapa diri anda dan di mana kedudukan anda dalam masyarakat. Biasanya ada 3 kategori sahaja, samada raja dan kerabatnya, bangsawan atau petani rakyat biasa.
Jika anda seorang rakyat Malaysia, pakailah pakaian macam mana sekalipun, tak akan lepas dari tujuan asal 2 perkara yang saya sebut di atas tadi. Kemudian 4 perkara yang selanjutnya itu perlu diikuti untuk lengkapkan cara pakaian yang sesuai dan bertamadun.
Contohnya jika anda seorang lelaki Melayu, maka di bawah ini adalah contoh perkara yang akan anda pastikan berlaku dalam memilih pakaian.
Dibenarkan oleh syariat – Anda akan pastikan urusan agama dipatuhi, tutup aurat antara pusat dan lutut.Selesa – Pastikan anda rasa selesa berada dalam pakaian tersebut bagi menepati ciri-ciri melindungi diri yang anda perlukan. Pakai seluar ketat sampai tak boleh nak kentut adalah satu cubaan menyiksa diri.Boleh pakai untuk solat – Jika anda pegang kuat pada amalan agama, maka pastikan pakaian yang tidak mempunyai corak atau tulisan yang mengganggu orang lain jika masuk masjid. Warna kosong adalah pilihan yang terbaik dan berhemah. Dan perlu juga longgar tidak mudah terbuka ketika anda membuat semua pergerakan dalam solat.Sesuai dengan aktiviti kerja - Anda perlu pastikan pakaian sesuai untuk anda gunakan sepanjang melakukan aktiviti seharian atau urusan pekerjaan anda. Jika anda kerja dalam bidang sales, maka pakailah pakaian yang anda boleh berada di mana saja samada dalam pejabat atau ketika berdad di luar.Ringkas dan segak – Ini penting sebagai cerminan keperibadian diri anda. Pakaian yang bersih dan warna yang mendamaikan sesuai dengan warna kulit perlu dijadikan kriteria utama. Tak kisah potongan macam mana, ala western, ala arab, ala india atau ala cina, atau ala melayu, boleh saja asal tujuan asal berpakaian itu dipenuhi.Amal cara berpakaian sendiriKenapa saya berniaga, sedikit sebanyak ada dipengaruhi oleh desakan ingin untuk berpakaian ringkas dan selesa ikut selera sendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan kebiasaan orang. 
Macam yang saya sebut di awal tadi, saya sering rimas terpaksa pakai kemeja lengan panjang dan bertali leher ketika menjadi wakil jualan di sebuah syarikat logistik antarabangsa dulu, sedangkan cuaca di negara kita amat panas. Kenapa terikut dengan cara pemakaian orang putih di negara mereka?
Budaya ikutan tersebut berpunca daripada kebanyakan syarikat besar datang dari luar negara yang mana iklim negara mereka mencorakkan cara berpakaian sedemikian. Maksudnya anda tak perlu ikut budaya berpakain mereka.
Bila berniaga, saya bebas berpakaian mengikut cara sendiri yang sesuai dengan keadaan cuaca dan budaya di sini.
Jika berkemeja, saya akan pastikan ianya berlengan pendek, nipis tetapi tidak jarang dan sesuai untuk dilepaskan keluar. Berbaju kemeja lengan pendek mesti digabungkan dengan berbaju pagoda di dalamnya untuk menapis bau peluh dari menerobos keluar.
Begitu juga dengan seluar. Saya lebih gemar pakai seluar panjang slack dan berwarna gelap serta longgar. Kainnya juga mesti tidak terlalu tebal dan menghalang pengudaraan. Perlu senang dibuka dan dipakai semula untuk urusan kecemasan di tandas ketika membuang air.
Dari segi kasut pula, tiada yang lebih baik selain daripada sandal yang tahan, menarik dan bukan berbentuk seperti selipar jepun. Banyak kasut keluaran Bata memenuhi citarasa saya yang mudah dan ringkas. Kasut kulit yang tutup keseluruhan kaki, bagi saya hanya sesuai dipakai jika anda menaiki motosikal atau kerja di kawasan pembinaan.
Yang penting, pakaian yang ringkas tidak seharusnya menjadikan anda selekeh pengotor dan tidak terurus. 
Begitulah lebih kurang prinsip berpakaian saya secara ringkas. Apa pendapat anda?






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/08/apakah-jenis-pakaian-yang-anda-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bursa Malaysia Menjunam Paling Buruk Sejak Mac 2020

Bursa Malaysia Menjunam Paling Buruk Sejak Mac 2020

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 141 hits
BURSA Malaysia mengalami kejatuhan besar hari ini paling teruk sejak 13 Mac 2020 ketika pandemik Covid 19 FBM KLCI jatuh serendah 1 532 24 mata berbanding 1 611 05 pada penutup Jumaat sebelum meningkat sedikit pada 1 536 48 masih rendah pad...
Cara Pemkot Bontang Ciptakan Tenaga Kerja Terampil Sesuai Kebutuhan Industri

Cara Pemkot Bontang Ciptakan Tenaga Kerja Terampil Sesuai Kebutuhan Industri

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 134 hits
Pemerintah Kota Bontang melalui Dinas Tenaga Kerja menyelenggarakan kegiatan Perluasan Kesempatan Kerja dan Pelatihan Tenaga Kerja Mandiri
Kalahkan Singapura Amp Indonesia Wanita Malaysia Tersenarai Yang Paling Cantik Di Asia

Kalahkan Singapura Amp Indonesia Wanita Malaysia Tersenarai Yang Paling Cantik Di Asia

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 140 hits
Melalui laporan Insider Monkey wanita di Malaysia masuk dalam senarai wanita paling cantik di Asia dan mengalahkan negara jiran seperti Singapura Indonesia dan Thailand var currentUrlTwo window location hostname window location pathname
Mana Lebih Baik Hidup Cara Primitif Orang Dahulu Kala Atau Hidup Cara Moden Seperti Sekarang

Mana Lebih Baik Hidup Cara Primitif Orang Dahulu Kala Atau Hidup Cara Moden Seperti Sekarang

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 191 hits
Salah satu dari perkara yang menarik minat saintis adalah perkembangan kemajuan manusia Tujuan perkara itu di kaji tidak lain tidak bukan untuk membuka rahsia pencapaian di setiap tamadun dalam sejarah agar ia dapat dipelajari dan diadaptas...
Amalan Gaya Hidup Sihat

Amalan Gaya Hidup Sihat

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 80 hits
Amalan Gaya Hidup SihatAssalamualaikum Bismillahi MashaAllah Mudahnya Untuk Kekal Sihat Pilihan dan pendekatan yang diambil bagi diet dan senaman harian adalah kayu ukur kepada tahap kesihatan anda Menariknya hanya sedikit perubahan mudah d...
Kedutaan Malaysia Embassy Cara Contact Number

Kedutaan Malaysia Embassy Cara Contact Number

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 172 hits
SOURCE appeared first on Nombor telefon Kedutaan Malaysia Embassy Cara Contact Number Sebenarnya kedutaan ini adalah wakil institusi kerajaan Malaysia di negara SOURCE appeared first on
Vivo V40 Series Powered By Zeiss Imaging Coming Soon To Malaysia

Vivo V40 Series Powered By Zeiss Imaging Coming Soon To Malaysia

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 122 hits
vivo Continues to Lead Malaysia s Mobile Photography Scene with Next Gen ZEISS Cameras vivo Malaysia is thrilled to announce the upcoming launch of the V40 series in Malaysia Building upon its successful partnership with ZEISS vivo is set t...
Over 3 000 Participants Embraced The Good Life At Lg Malaysia S First Run

Over 3 000 Participants Embraced The Good Life At Lg Malaysia S First Run

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 225 hits
LG Malaysia s inaugural fun run in Putrajaya fosters community spirit and positive challenges Mr Justin Choi Managing Director of LG Electronics Malaysia alongside LG s management team kicks off the LG Life s Good Run 2024 In a remarkable s...
Vivo Malaysia Unveils Daiyan Trisha And Hael Husaini As Ambassadors For The All New V40 Series

Vivo Malaysia Unveils Daiyan Trisha And Hael Husaini As Ambassadors For The All New V40 Series

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 163 hits
Love Knows No Distance vivo Malaysia Unveils New Ambassadors and Music Video vivo Malaysia today announced acclaimed singer songwriters Daiyan Trisha and Hael Husaini as faces for its highly anticipated V40 series The dynamic duo will not o...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids