Cara Buat Tulisan Bold Italic Dan Stylish Font Di Status Facebook Dan Instagram
Cara Buat Tulisan Bold, Italic Dan Stylish Font Di Status Facebook Dan Instagram | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah sekian lama menyimpan rasa tertarik pada status-status yang melewati news feed facebook rakan-rakan terutamanya page berniaga. Apa menarik sangat tu? Sha tertarik dengan status yang menggunakan font yang berlainan, paling tidak font yang ditebalkan untuk tajuk sesuatu posting. Jadi bila dah ada jawapan, Sha nak kongsikan kat sini macam mana nak buat tulis bold atau tebal dalam status facebook.
Cara Buat Tulisan Bold, Italic Dan Stylish Font Di Status Facebook Dan Instagram
Memang bosan asyik post status dengan tulisan sama kann? Jadi kita kasi tukar sikit.
Bentuk tulisan yang pelbagai juga memainkan peranan dalam menarik minat pembaca untuk membaca selain penggunaan icon comel. Jadi Sha pun teringinlah nak tahu cara buat tulisan tebal di fecebook. Bila jumpa kawan-kawan, Sha tanya macam mana nak buat tapi ramai yang tak tahu. Jadi bila godek-godek jumpalah cara nak buat tulis cantik-cantik kat status media sosial kita.
Update Status Facebook Dengan Tulisan Bold Dan Italic
Paling simple, Sha memang nak tahu sangat macam mana nak boldkan tulisan dalam status facebook. Akhirnya Sha dah tahu caranya. Maklumlah sekarang dah masuk unit media kenalah nampak kreatif sikit berbanding sebelum ini. Oklah, jom kita tengok cara-cara boldkan tulisan status facebook.
1. Pertama sekali korang hanya perlu masuk ke laman web https://yaytext.com/bold-italic/ .
2. Korang akan dibawa ke laman seperti diatas. Masukkan kata-kata atau status yang korang inginkan ke dalam kotak 'Your Text".
3. Bila korang dah taip, automatik akan muncul pilihan tulisan yang korang mahukan seperti yang korang nampak dalam gambar contoh diatas. Di sini korang nak preview terlebih dahulu pun boleh. Macam Sha suka terus copy sahaja dan paste ke bahagian status facebook Sha.
Pelbagai Stylish Font Untuk Status Facebook Dan InstagramSelain daripada bold dan italic, kita juga boleh pelbagaikan font bagi menyerikan lagi status kita sama ada di paltform facebook, instagram, Linkedin dan lain-lain. Mesti korang teruja lepas ni kan nak update status facebook cantik-cantik. Jadi, macam mana tu? Yang ini pun mudah sahaja. Cara mudah buat status facebook nampak fancy tanpa perlu muatnaik apa-apa apps.
1. Untuk tulisan yang cantik dan fancy korang boleh ke laman web https://www.fancyfonts.top/FontGenerator.html .
2. Sama dengan cara untuk bold dan italic juga. Cuma korang pilihlah mana satu platform korang nak, instagram atau facebook atau lain-lain yang ada tu. Lepas itu korang taip apa korang nak dalam kotak disediakan.
Bila dah taip dia automatik juga terus generate apa kita taip tadi ke dalam bentuk stylish font yang telah tersedia.
3. Kemudian bila dah siap taip, korang tinggal copy sahaja dengan tekan 'copy'. Selepas itu masalah korang dah selesai, tinggal paste sahaja ke ruang status sosial media.
Status Facebook Nampak Lebih Fancy Dengan Stylish FontTulisan yang lain daripada yang lain boleh menarik pembaca untuk membaca. Tetapi harus diingat jangan terlalu fancy sehingga pembaca kita tak boleh baca pula. Tulisan yang cantik sebegini sesuai untuk page jualan berbentuk fesyen, jadi apa lagi? Jom ubah sikit aura media sosial kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2022/01/cara-buat-tulisan-bold-pada-status-facebook-instagram.html