Cara Check Tong Gas Dapur Bocor


Cara Check Tong Gas Dapur Bocor

Kejadian gas dapur berbunyi sewaktu aku cuba pasang tong gas baru baru-baru ni jadi an eye opener untuk aku supaya lebih berhati-hati terutama melibatkan bahan mudah terbakar.

Kisahnya, aku beli tong gas baru memandangkan gas dekat rumah habis waktu tengah goreng roti canai untuk makan pagi. Memang setiap empat bulan gas kena beli baru.

Cepat habis sebab hari-hari aku masak. Beza betul waktu aku bekerja dulu, setengah tahun baru gas habis. 

Kalau dah namanya suri rumah, segala perkara berkaitan rumah kau kena tahu. Bukan setakat uruskan anak-anak dan suami tapi lebih dari itu ya.

Kalau tiba-tiba terputus bekalan elektrik, modem Unifi kena sambar petir atau tiba-tiba mesin basuh tak berfungsi atleast kena tahu apa perlu buat bila berada dalam situasi kecemasan macam tu.

Tak perlu tunggu suami balik atau terpaksa merana tunggu bantuan. Pengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa selama hampir empat tahun ni banyak mengajar aku untuk bersedia bertindak sepantas kilat. Ha gitu.

Bagi aku, setiap orang perlu tahu basic survival skill sebab hidup kita ni macam roda. Bukan setiap masa kita berada dekat atas sahaja. Pentingnya supaya kita boleh teruskan kehidupan.

 



Tong Gas Berbunyi Dan Keluar Gas

Macam biasa kalau kehabisan gas aku akan hubungi kedai runcit berdekatan rumah minta dia buat penghantaran. Sebelum ni aku selalu minta bantuan untuk pekerja tu pasangkan tong gas.

Lama kelamaan aku rasa kurang selesa dan beranikan diri untuk belajar cara pasang gas dapur sendiri. Mudah sahaja caranya, cuma yang penting kena ada keberanian.

Banyak kali juga aku berjaya sambungkan tong gas yang baru dibeli, cuma baru-baru ini bila aku cuba pasang tong gas aku dengar bunyi berdesir.

Bunyi gas tu keluar dan beserta dengan bau. Sedikit panik dan cepat-cepat aku tanggalkan semula kepala gas. Risau keracunan gas jadi aku buka tingkap supaya udara dapat keluar masuk.

Aku pernah tengok scene dalam movie, rumah meletup disebabkan kebocoran gas karbon dioksida bila orang cuba buka suis lampu. Masa ni dah fikir macam-macam.

Jadi bila kita rasa ada berlaku kebocoran gas dekat rumah jangan sesekali hidupkan barangan elektrik, buat panggilan telefon serta kena buka pintu dan tingkap supaya ada pengaliran udara keluar masuk.

Oleh sebab perut lapar dan memang aku nak guna dapur gas jadi aku tak putus asa nak cuba apa yang patut sebelum aku hubungi kedai tu semula untuk minta bantuan.

Seperti biasa, tutorial di Youtube sangat membantu. Lepas pastikan keadaan selamat dan terkawal aku cari video tentang gas dapur berbunyi.

Aku jumpa beberapa video yang berkaitan tentang kebocoran gas dan cara untuk baiki. Dua minit boleh selesai katanya.




Dalam video lain juga ada kongsikan beberapa tips yang aku rasa sangat berguna tentang kebocoran gas yang orang perlu tahu.

Kadang-kadang kebocoran gas karbon dioksida berlaku tanpa kita sedar. Kita kena selalu peka dengan perubahan termasuklah deria bau. Antara tanda kita boleh tahu berlakunya kebocoran gas ialah:

✅ Kalau kita ada letak pokok hidup di bahagian dapur, pokok akan layu jika ada kebocoran gas.

✅Perhatikan juga semut suka datang apabila terbau gas dapur. Jadi kalau bilangan semut banyak daripada biasa elok check tong gas anda.

✅Warna api juga memainkan peranan. Warna api biru adalah tanda tong gas dan dapur gas anda berfungsi dengan baik. Kalau warna selain itu, sebaiknya tukar tong gas.






 

Cara Baiki Gas Bocor, Tong Gas Berbunyi

Aku cuba ringkaskan ayat sebaik mungkin supaya korang faham apa aku maksudkan. Benda pertama perlu check adalah keadaan valve dia dalam tong gas.

Valve tu apa? Valve tu adalah getah berwarna biru yang diletakkan di dalam muncung di permukaan atas tong gas tu.

Kalau salah aku minta maaf. Tak arif terutama benda-benda teknikal macam ni. 





Korang kena cungkil valve tu supaya keluar menggunakan benda tajam seperti test pen atau screw driver. Hati-hati jangan sampai valve tu rosak/koyak.

Cungkil berhati-hati semasa keluarkan. Valve dia berkemungkinan telah rosak atau terkoyak sebab telah lama digunakan.





Seterusnya masukkan kembali valve dengan cara terbalikkan valve dari kedudukan asal. Tak susah pun dan semestinya tidak membahayakan.

Selepas tu boleh cuba pasangkan gas seperti biasa.

Cara ini berkesan hanya jika berlaku kerosakan pada tong gas bukan kepala gas ya. Kalau berlaku kebocoran kepala gas memang kita kena tukar terus kepala gas tu.




 

Gas Dapur Masih Berbunyi Walau Telah Dibaiki

Untuk kes aku pula, walaupun aku cuba cara di atas tong gas aku masih keluar dan mengeluarkan bunyi serta ada bau gas. Masa ni aku hampir nak putus asa.

Memang aku dah niat kalau tak berjaya memang aku masak guna pressure cooker je. Putus selera nak makan.

Percubaan terakhir kali masih juga gagal dan di saat genting itu lah aku terpandang yang suis dapur aku terbuka. Cepat-cepat aku tutup dan cuba sekali lagi.

Baru lah tong gas dapur aku berhenti berbunyi dan keluarkan bunyi. Bersyukur sangat semuanya okay. Benda kecil je penyebab dia tapi kesan dia Tuhan saja yang tahu.

Sebelum itu aku dah pastikan memang aku dah tutup kedua-dua suis dapur. Aku syak anak aku main suis tu atau aku betul-betul cuai tak tutup.

Kalau korang kurang yakin dengan apa korang buat, hubungi je kedai dan minta mereka datang baiki.

 

Kesimpulan

Jadi pesanan aku, untuk semua sebelum buat apa-apa untuk baiki tong gas berbunyi, tolong ambil langkah pencegahan. Tak terbayang benda buruk yang jadi kalau aku tersilap langkah.

Sepanjang tempoh percubaan aku memang buka tingkap dan sebelum tu aku dah hubungi suami beritahu keadaan aku.

Risau weh tiba-tiba dia balik kami dah dijemput Ilahi. Syukur nyawa masih panjang.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/04/cara-check-tong-gas-bocor-apa-perlu-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Check Baki Pinjaman Dan Tunggakan Ptptn Online

Cara Check Baki Pinjaman Dan Tunggakan Ptptn Online

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 256 hits
PTPTN Online semak baki pinjaman atau tungakan loan PTPTN anda tanpa perlu call atau pergi ke cawangan mereka Lebih jimat masa serta boleh di semak pada bila bila masa sama ada siang malam mahupun semasa cuti hujung minggu Mudah serta panta...
Momen Angelina Sondakh Rapihkan Dapur Ngecat Dinding Sampai Perbaiki Bocor Sendiri

Momen Angelina Sondakh Rapihkan Dapur Ngecat Dinding Sampai Perbaiki Bocor Sendiri

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 134 hits
Angelina Sondakh sibuk beres beres rumah Kali ini ia fokus merapihkan bagian dapur Angelina turun tangan langsung untuk mengecat dinding memasang wallpaper hingga memperbaiki area bocor dekat tempat mencuci piring Intip beberapa momennya be...
Cara Guna Super App Check In

Cara Guna Super App Check In

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 269 hits
CARA GUNA SUPER APP CHECK IN Untuk pengetahuan anda kini perkhidmatan daftar masuk Air Asia melalui laman web di telefon tidak lagi tersedia dan kerana Air Asia kini telah memperkenalkan Super App untuk memudahankan pelanggannya Disini sini...
Cara Buat Stok Bahan Kisar Tahan 3 Bulan Tak Berkulat Jimat Masa Di Dapur

Cara Buat Stok Bahan Kisar Tahan 3 Bulan Tak Berkulat Jimat Masa Di Dapur

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 162 hits
Kerja ibu memasak di dapur lebih mudah dan cepat bila semua bahan asas masakan dah tersedia Jika semuanya dah ada dalam 30 minit pun boleh selesai Cumanya jika tiap kali nak masak baru nak kupas bawang fikir nak buat apa itu yang ambil masa...
Kaki Perokok Patut Cuba 5 Cara Detoks Paru Paru Antaranya Senamrobik Dan Vitamin D

Kaki Perokok Patut Cuba 5 Cara Detoks Paru Paru Antaranya Senamrobik Dan Vitamin D

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 139 hits
Kaki Perokok Patut Cuba 5 Cara Detoks Paru Paru Antaranya Senamrobik Dan Vitamin D PEROKOK cenderung memiliki paru paru yang kotor dan proses detoksifikasi boleh membantu membersihkan organ itu daripada pelbagai racun yang menempel di dalam...
Cara Paling Mudah Blogger Nak Kecilkan Saiz Image Di Handphone

Cara Paling Mudah Blogger Nak Kecilkan Saiz Image Di Handphone

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 207 hits
Bagi blogger kepantasan speed web adalah sangan penting Kita tak mahu selepas semua usaha kita menangkap gambar menulis review tutorial menjadi sia sia apabila pembaca gagal membuka page entri tersebut Lagi besar image gambar kita lagi lamb...
Cara Paling Berkesan Kempiskan Perut

Cara Paling Berkesan Kempiskan Perut

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 188 hits
Cara Paling Berkesan Kempiskan PerutNak perut kempis Iye memang inilah impian ramai wanita lepas bersalin Nak perut kembali kempis seperti zaman anak dara Mengah sungguh bila perut buncit ni kan Nak bergerak pun tak selesa Bila duduk je nam...
Cara Daftar Rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia

Cara Daftar Rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 210 hits
CARA DAFTAR RUMAH RESIDENSI WILAYAH KELUARGA MALAYSIA Kementerian Wilayah Persekutuan ada menyediakan bantuan perumahan di bawah program Rumah Residensi Wilayah SASARAN PROGRAM RUMAH RESIDEN WILAYAH Projek perumahan ini menyasarkan golongan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa