Bahan Kisar Asyik Berkulat Ini Petua Simpan Cili Bawang Kisar Supaya Tahan Lama


Setiap kali buat stok bahan kisar mesti tak tahan lama. Mula lah berkulat dan permukaan bahan kisar putih dan tak cantik. Kadang-kadang baunya pun tak enak. Entah mana silapnya? Sebenarnya ada petua yang mama boleh ikut untuk pastikan bahan kisar tahan lebih lama. Lebih cepat kerja anda di dapur bila semua bahan kisar sudah tersedia kan? Jom ikuti artikel ini!

PETUA SIMPAN CILI & BAWANG KISAR SUPAYA TAHAN LAMA
Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar & bawang kisar agar tahan lebih lama . Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun dan goreng kue tiaw tinggal cedok jer.. Stok untuk seminggu..😀
CILI KISAR
BAHAN-BAHAN:
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
1 sudu makan garam
Asam keping
Air tapis secukupnya
CARA-CARA:
1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
2. Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
4. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.
5. Bila telah mendidih , tutup api. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
6. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender.
7. Kisar 100 gm cili kering bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih ( 8 @ 9 ulas).
8. Blender menggunakan air tapis. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.
9. Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.
BAWANG MERAH KISAR
BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak masak
1 sudu garam
CARA-CARA:
1. Kupas bawang, cuci , keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
2. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
3. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.
BAWANG PUTIH KISAR
BAHAN-BAHAN:
5 labu bawang putih
Minyak masak
1 sudu garam
CARA-CARA:
1. Kupas bawang , cuci ,keringkan dan hiris kecil. Blender bawang bersama minyak masak.
2. Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang. Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
3. Dah siap blender , masukkan ke dalam bekas.
4. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dlm peti ais.
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.
Kredit: Lia Kamalia

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Bahan Kisar Asyik Berkulat? Ini Petua Simpan Cili & Bawang Kisar Supaya Tahan Lama appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bahan-kisar-asyik-berkulat-ini-petua-simpan-cili-bawang-kisar-supaya-tahan-lama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Stok Bahan Kisar Tahan 3 Bulan Tak Berkulat Jimat Masa Di Dapur

Cara Buat Stok Bahan Kisar Tahan 3 Bulan Tak Berkulat Jimat Masa Di Dapur

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 215 hits
Kerja ibu memasak di dapur lebih mudah dan cepat bila semua bahan asas masakan dah tersedia Jika semuanya dah ada dalam 30 minit pun boleh selesai Cumanya jika tiap kali nak masak baru nak kupas bawang fikir nak buat apa itu yang ambil masa...
Tak Perlu Jemur Beras Tahan Lama Simpan Ikut Cara Ni Tahan Sampai 6 Bulan

Tak Perlu Jemur Beras Tahan Lama Simpan Ikut Cara Ni Tahan Sampai 6 Bulan

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 268 hits
Adakalanya beras yang tersimpan lama akan membuatkan beras jadi tidak elok Beberapa petua boleh dicuba untuk menyimpan beras lebih lama namun tip yang satu ini anda wajib cuba Boleh tahan sampai enam bulan hingga satu tahun Tak perlu dijemu...
Resah Fikir Anak Asyik Kena Gigit Nyamuk Satu Bahan Ni Saja Boleh Halau Nyamuk

Resah Fikir Anak Asyik Kena Gigit Nyamuk Satu Bahan Ni Saja Boleh Halau Nyamuk

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 255 hits
Selain masalah lipas yang menghantui rumah kita Masalah nyamuk juga sentiasa buat kita resah kerana memikirkan bimbang menggigit anak kecil kita yang sedang nyenyak tidur Tak perlukan penyembur untuk menghalau nyamuk rupanya dengan satu bah...
Teknologi Prime Fresh Kekalkan Kesegaran Makanan Dan Tahan Lebih Lama

Teknologi Prime Fresh Kekalkan Kesegaran Makanan Dan Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 247 hits
Peti sejuk antara barangan keperluan yang sangat penting bagi setiap rumah terutama bagi menyimpan pelbagai barangan segar seperti ikan daging sayuran dan buah buahan Ia juga bagi memastikan makanan tahan lebih lama berada dalam keadaan bai...
Ibu Bapa Di Nasihatkan Supaya Tidak Membawa Anak Anak Kecil Untuk Ke Bazar Ramadhan

Ibu Bapa Di Nasihatkan Supaya Tidak Membawa Anak Anak Kecil Untuk Ke Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 609 hits
BAGAN SERAI Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid 19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik Timbalan Menteri Kesihatan ...
Cucur Bawang Rangup Yang Amat Simple

Cucur Bawang Rangup Yang Amat Simple

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 219 hits
Cucur Bawang Rangup Yang Amat Simple Biasa cucur bawang kami akan buat basic je iaitu tepung bawang dan garam Bancuh dengan air Sebab anak anak tak makan kalau ada benda pelik dalam cucur bawang tu contohnya jika ada cili daun sup daun bawa...
Guru Besar Ipb Bawang Merah Melimpah Tidak Perlu Impor

Guru Besar Ipb Bawang Merah Melimpah Tidak Perlu Impor

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 216 hits
Guru Besar IPB Prof Edi Santosa meyakini bahwa ketersediaan bawang merah di pasaran bakal tersedia secara melimpah
Selamat Membaca Saja Aku Selitkan Cerita Ini Supaya Tak Mengantuk

Selamat Membaca Saja Aku Selitkan Cerita Ini Supaya Tak Mengantuk

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 174 hits
Panas Netizen dakwa Iqbal cuba calit minyak pengasih pada VidaMarch 30 2022 Sejak semalam tular video di media sosial memaparkan usahawan sensasi Iqbal Zulkefli dilihat mendekati Datuk Seri Vida ketika konsert akhir Big Stage pada Ahad lalu...
Lirik Tahan Idhan Feat Yaya Sam

Lirik Tahan Idhan Feat Yaya Sam

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 276 hits
kering dijalur sejukkuhanya sekian jarum sampaiuntuk berteriak menyambuthal yang ingin dilakukankosong meretas selerakumenciptakan virus percepat waktuburu buru ingin berburuhanya akan datangkan derumenahan rinduuntuk hadapi bagaimana bersa...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing