Cara Buat Semakan Baki Loan Lppsa Secara Online
Bagi penjawat awam yang membuat pinjaman perumahan dengan LPPSA, anda boleh semak baki loan LPPSA anda secara online, sangat mudah dan menjimatkan tenaga.
Dengan kemudahan semakan baki loan LPPSA ini, anda boleh merancang kewangan anda dengan sebaiknya kerana anda boleh tahu berapa jumlah pinjaman yang berbaki dan berapa lama tempoh pinjaman boleh dilunaskan.
Apa itu LPPSA?
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Penubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.
Visi utama penubuhan LPPSA ini adalah menjadi sebuah agensi pembiaya perumahan sektor awam yang cemerlang dan mampan.
Peranan LPPSA
Berikut merupakan peranan utama LPPSA:
Untuk menguruskan Kumpulan Wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767)Untuk menasihati Menteri Kewangan tentang perkara yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; danUntuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta 767
Cara Semakan Baki Loan LPPPSA Secara Online
Untuk membuat semakan baki loan LPPSA secara online, anda boleh melayari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB).
Namun, sekiranya anda baru pertama kali mengunakan sistem SPPB ini, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.
Berikut merupakan langkah-langkah mendaftarkan akaun baru pada portal SPPB ini.
Layari laman LPPSA di alamat https://www.lppsa.gov.my/Pada bahagian menu yang terletak di bahagi atas web LPPSA, klik pada butang “LPPSA MyFinancing”Klik pada butang “Pelanggan Baru”Klik pada butang “Daftar Sekarang”Lengkapkan segala butiran dalam borang online yang diberikan
Setelah lengkap permohonan, anda boleh log masuk ke dalam akaun anda dan menggunakan segala kemudahan dalam talian yang disediakan dalam portal tersebut.
Kemudahan Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB)
Selain semak baki loan LPPSA, laman web atau portal SPPB ini juga menyediakan pelbagai kemudahan lain:
Status bayki pinjamanPenyata tahunanSemakan status permohonan baruStatus bayaran balik (potongan gaji)Bayaran balik pinjamanKalkulator pengiraan kelayakan
Aplikasi MyFinancing
Pengguna juga boleh membuat semakan secara online terus dari peranti mudah alih anda melalui aplikasi LPPSA MyFinancing.
Muat turun aplikasi melalui pautan di bawah:
Google Play – Untuk pengguna Android’App Store – Untuk pengguna iOS
Anda boleh kemukakan maklumat pembiayaan dan inkuiri berkaitan lebihan tersebut untuk bantuan selanjutnya oleh pegawai berkenaan melalui saluran yang disediakan:
1. Portal eTiket (https://etiket.lppsa.gov.my/) atau,
2. Live Chat (https://chatbot.lppsa.gov.my/LiA_DaftarMasuk) atau,
3. Pusat Panggilan Utama LPPSA (03-8880 1600)
Layari laman web rasmi LPPSA di www.lppsa.gov.my untuk info lanjut. Terima kasih.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/baki-loan-lppsa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=baki-loan-lppsa