Cara Buat Kurma Butter Viral 2024 Hadis Kurma Butter Dan Khasiat Kurma Butter


Cara Buat Kurma Butter Viral 2024, Hadis Kurma Butter dan Khasiat Kurma Butter 3 Pernahkah anda dengar mengenai kurma butter? Makanan ini dikatakan sedang viral di media sosial apabila orang ramai mula berkongsi mengenai juadah tersebut. Namun ada juga yang mengatakan makanan ini merupakan makanan sunnah. Ya atau tidak ?
Buat anda yang tertanya-tanya mengenai juadah ini, disini kami akan kongsikan cara buat kurma butter, khasiat serta hadis yang berkaitan dengannya.
Pengenalan Kurma Butter Apa Itu Kurma Butter? Kurma butter atau kurma mentega merupakan sejenis makanan yang berasakan kurma dan mentega. Kurma yang telah dibuang biji kemudian diletakkan butter ditengahnya. Juadah ini sesuai dimakan ketika bersahur kerana ianya dikatakan hampir sama dengan nilai kalori 1 senduk nasi putih.
Hadis Berkenaan Kurma Butter Mesti ramai yang kurang pasti berkenaan dengan hadis mengenai Kurma mentega tersebut. Ya, memang benar kurma dan mentega merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW.
Dalam satu hadis, dari Abdullah Ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata :
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
Oleh itu, juadah ini amatlah digalakkan untuk anda yang ingin mencuba terutamanya dimakan ketika bersahur dan boleh juga sebagai juadah berbuka puasa kerana di dalam kurma mentega tersebut sendiri terdapat khasiat yang pelbagai.
Khasiat Kurma Butter Apa yang menariknya Makanan viral ini sudah pastinya mempunyai khasiatnya tersendiri yang mampu memberi tenaga yang cukup untuk bertahan sepanjang hari. Berikut merupakan beberapa khasiat kurma mentega yang kami kongsikan:
Sumber tenaga cepat kurma kaya dengan kandungan karbohidrat dan gula semulajadi yang memberikan tenaga pantas kepada badan lebih-lebih lagi yang berpuasa sepanjang hari. Ditambah dengan mentega, ianya membantu memulihkan paras gula dalam darah secara beransur-ansur. Kaya dengan Nutrien mentega kurma mengandungi serat, vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan badan. Serat membantu dalam proses pencernaan yang sihat manakala vitamin dan mineral menguatkan sistem imun. Kurma mentega ini juga sangat mudah disediakan dan dimakan kerana anda tidak perlu menyediakan bahan-bahan yang rumit. Juada ini boleh dihidang denga cepat apabila tiba waktu berbuka puasa mahupun sahur.
Cara Buat Kurma Butter Viral Cara Buat Kurma Butter Viral 2024, Hadis Kurma Butter dan Khasiat Kurma Butter 4 Resepi Kurma Butter Bagi membuat kurma butter yang viral ini sangat mudah. Ianya memerlukan 2 bahan sahaja iaitu :
Kurma Mentega Cara-cara :
Belah kurma tanpa putus dan dibuang bijinya Mentega dipotong berbentuk kiub memanjang (mengikut citarasa masing-masing) Isi mentega ditengah-tengah kurma Siap sedia untuk dihidangkan (boleh disimpan dalam peti sejuk) Untuk rasa yang lebik enak anda juga boleh menambah kacang badam dan pelbagai lagi jenis kekacang.
Anda boleh mencuba resipi kurma butter ini di rumah. Meskipun begitu, anda perlu ingat untuk menggunakan butter atau mentega bukannya planta ataupun margarine kerana ianya terdapat lemak trans.
Bahaya Makan Kurma Butter Namun tahukah anda makanan berkhasiat ini juga terdapat bahayanya jika makan secara berlebihan.
Kurma mentega juga tinggi kalori kerana kandungan gula dan mentega yang semulajadi. Bagi mereka yang mengawal pengambilan kalori, pengambilan mentega kurma secara berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan dan penykit kolestrol.
Selain itu, kandungan lemak tepu dalam mentega boleh meningkatkan risiko penyakit jantung jika diambil tanpa sekatan.
Menurut penjelasan Syaza Nutritionist, tiada masalah untuk makan kurma dengan cara ini, namun ia tentu akan menyebabkan penambahan kalori berbanding kurma biasa.
Soalan FAQs Berkenaan Kurma Butter Bagaimana buat kurma butter? Belah kurma dan buang bijinya dahulu. Seterusnya masukkan butter yang telah dipotong dan diletakkan di tengah-tengah kurma tersebut
Apa rasa kurma mentega? Rasa kurma mentega ini adalah sangat sedap kerana rasa kurma yang manis dan bercampur dengan rasa lemak masin daripada mentega tersebut membuatkan rasa juadah ini lagi menarik
Bahan apa perlu ada untuk buat kurma mentega? Menariknya resepi ini adalah ianya memerlukan 2 bahan saja iaitu kurma dan mentega
Berapakah kalori kurma butter? 1 biji kurma = 20 kalori
1 sudu besar butter = 100 kalori
Jumlah = 120 kalori


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/kurma-butter.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kurma Butter Viral Kalori Khasiat Cadangan Hidangan

Kurma Butter Viral Kalori Khasiat Cadangan Hidangan

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 210 hits
Kurma dibuang biji kemudian diletakkan butter di tengahnya Menu begini nampaknya kembali popular setiap kali menjelang Ramadan Ramai kata menu sahur yang tengah viral ni mengenyangkan dan sesuai pula untuk orang yang susah nak makan kurma B...
Makan Kurma Butter Viral Berpada Pada Cara Terbaik Buat Kurma Butter

Makan Kurma Butter Viral Berpada Pada Cara Terbaik Buat Kurma Butter

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 266 hits
Sana sini share kurma butter viral Sedap katanya Tapi awas ya makan kurma butter ni haruslah berpada pada walaupun sedap Sedap memang sedap tapi tak patut diambil secara berlebihan Sebab apa Boleh baca dari perkongsian di facebook kredit Sh...
Resipi Kurma Salted Butter Viral Yang Tak Suka Kurma Pun Jadi Ketagih

Resipi Kurma Salted Butter Viral Yang Tak Suka Kurma Pun Jadi Ketagih

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 278 hits
Thanks lah yang viralkan kurma letak salted butter tu Resipi simple dan viral sempena Ramadan kali ini terpanggil untuk cuba sendiri Sumpah wehhh sedap giler Kurma salted butter Kurma dark choc Pict crdt group whatsapp SEDAP Gabungan kurma ...
Rasullulah Menyukai Mentega Dan Tamar Viral Kurma Salut Butter Buat Sahur Makan 3 Biji Kenyang Sampai Petang

Rasullulah Menyukai Mentega Dan Tamar Viral Kurma Salut Butter Buat Sahur Makan 3 Biji Kenyang Sampai Petang

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 216 hits
Esok tanggal 12 Mac 2024 seluruh umat Islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan yang mulia selama sebulan Sinonim dengan sambutan Ramadan buah kurma pastinya menjadi juadah wajib untuk sahur dan berbuka kerana s...
Kurma Ajwa Ciri Ciri Khasiat Dan Kelebihan Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

Kurma Ajwa Ciri Ciri Khasiat Dan Kelebihan Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 272 hits
Kurma ajwa sering digelar sebagai kurma Nabi kerana ia dikatakan menjadi kegemaran Rasulullah SAW dan ia juga ditanam di tempat asal baginda iaitu Madinah Berbanding kurma lain ramai yang menganggap kurma ajwa mempunyai kelebihan tersendiri...
Kurma Butter Viral Sedap Tapi Tak Boleh Makan Banyak

Kurma Butter Viral Sedap Tapi Tak Boleh Makan Banyak

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 154 hits
Hai semua Aku paling lambat kalau nak cuba makanan viral Bukan nak ikut trend sangat tapi nak rasa apa yang orang cakap sedap tu betul ke tak Aku suka cuba sendiri baru komen Banyak yang cakap tak elok untuk kesihatan kalau makan berlebihan...
Main2 Sediakan Kurma Butter Tiktoker Diselar Tiada Adab Dengan Makanan

Main2 Sediakan Kurma Butter Tiktoker Diselar Tiada Adab Dengan Makanan

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 216 hits
Seorang TikToker diselar netizen susulan berkongsi video sewaktu main2 sediakan kurma butter kerana terlihat seperti tiada adab dengan makanan Konten macam apa ni Perkongsian tersebut telah dimuat naik semula pengguna X dikenali sebagai ibe...
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Negeri Pahang Menggunakan Ezakat Muip Tahun 2024

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Negeri Pahang Menggunakan Ezakat Muip Tahun 2024

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 226 hits
Hari Raya bakal tiba jadi kepada umat Islam semua jangan lupa untuk lunaskan kejawajiban Zakat Fitrah anda Sama seperti tahun lepas selain buat bayaran melalui Amil yang dilantik orang Pahang khususnya boleh buat bayaran secara online melal...
Makan Buah Kurma Campur Butter Boleh Jadi Punca Masalah Kesihatan Jangan Terlebih

Makan Buah Kurma Campur Butter Boleh Jadi Punca Masalah Kesihatan Jangan Terlebih

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 199 hits
Memulakan hari pertama puasa tahun ini pengambilan buah kurma bersama mentega kembali tular bertebaran di media sosial Walaupun ia merupakan makanan sunnah namun anda tetap perlu berjaga jaga supaya tidak berlebihan Menurut perkongsian Publ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba