Kurma Ajwa Ciri Ciri Khasiat Dan Kelebihan Yang Disebut Dalam Hadis Nabi


Kurma ajwa sering digelar sebagai kurma Nabi kerana ia dikatakan menjadi kegemaran Rasulullah SAW dan ia juga ditanam di tempat asal baginda iaitu Madinah.
Berbanding kurma lain, ramai yang menganggap kurma ajwa mempunyai kelebihan tersendiri sehingga ia dinyatakan dalam sebuah hadis. Apakah kelebihannya yang membuatkan ia berbeza berbanding kurma lain?
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Ciri-Ciri Secara umumnya, kurma ajwa mempunyai beberapa ciri unik antaranya berwarna lebih gelap dan bersaiz lebih kecil.
Isinya pula lebih tebal dan rasanya tidak terlalu manis berbanding kurma lain.
Termasuk dalam kategori kurma yang sederhana saiznya, Ibnu Qayyim menyatakan bahawa Ajwah Madinah merupakan kurma yang bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, serta termasuk antara kurma yang paling kuat (sedap), lembut dan harum. (al-Tibb al-Nawawi, hal. 258)
Hadis Nabi Tentang Kelebihan Kurma Ajwa Istimewanya tentang kurma ajwa, ia merupakan satu-satunya jenis kurma yang pernah disebutkan secara spesifik dalam sebuah hadis sahih iaitu :
Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Begitu juga, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً – أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ – أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa ‘Aliyah ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Naj atau dataran rendah dari arah yang lain yang menuju ke Tihamah.
Kawasan ‘Aliyah yang paling dekat dari Madinah adalah pada jarak 3 batu (mil) dan yang paling jauh adalah pada jarak 8 batu. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3) dan Ikmāl al-Mu’lim bi fawāid Muslim]
Manakala daripada riwayat Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda :
والعَجوةُ مِنَ الجَنَّةِ، وهي شِفاءٌ مِنَ السُّمِّ
Maksudnya : “Kurma Ajwah itu berasal daripada syurga, dan ia merupakan penawar daripada racun.” [HR Ahmad (8037), al-Tirmizi (2066) dan Ibnu Majah (3455). Ahmad Syakir menyatakan bahawa sanadnya sahih]
Daripada hadis-hadis ini, secara zahirnya dapat kita fahami bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi akan mendapat fadilat sebagaimana yang telah disebutkan iaitu terselamat daripada sebarang racun dan sihir.
Persoalannya, adakah kelebihan ini khusus buat kurma Ajwah Madinah sahaja, atau umum buat semua jenis kurma?
Ibnu Hajar al-Asqalani menukilkan beberapa pendapat ulama mengenai hal ini. Antaranya daripada al-Khattabi yang menyatakan bahawa :
كَوْنُ الْعَجْوَةِ تَنْفَعُ مِنَ السُّمِّ وَالسِّحْرِ إِنَّمَا هُوَ بِبَرَكَةِ دَعْوَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِتَمْرِ الْمَدِينَة لَا لخاصية فِي التَّمْر
Maksudnya : “Kurma Ajwah bermanfaat bagi mengubati racun dan sihir disebabkan oleh keberkatan doa Nabi SAW kepada kurma Madinah, dan bukan kerana khasiat kurma itu sendiri.”
Manakala Ibnu al-Tin pula berpendapat bahawa :
يُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ الْمُرَادُ نَخْلًا خَاصًّا بِالْمَدِينَةِ لَا يُعْرَفُ الْآنَ
Maksudnya : “Berkemungkinan yang dimaksudkan di sini ialah kurma yang secara khususnya terdapat di Madinah, yang tidak diketahui lagi pada masa sekarang”
Meskipun terdapat beberapa pandangan ulama mengenai perkara ini, Mufti Wilayah Persekutuan menyimpulkan bahawa selagi mana nas tersebut muhtamal (ada kemungkinan), sekiranya seseorang itu memakan tujuh biji kurma dan ia menepati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW, maka dia memperoleh fadilat tersebut. Dan sekiranya ia tidak menepati, perkara tersebut langsung tidak memudaratkannya. [Lihat : Fatawa Nur ‘ala al-Darb li al-Uthaimin (6/2)]
Khasiat 1. Padat Dengan Antioksidan
Kurma ajwa pada dengan kebaikan antioksidan iaitu flavonoid glycosides. Sebuah kajian oleh King Saud University mendapati kadar antioksidan dalam kurma ini setara dengan produk antioksidan yang dijual di pasaran.
Antioksidan ini bertindak dengan melindungi tubuh daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung dan bersifat anti-kanser.
2. Baik Untuk Sistem Penghadaman
Kurma juga sering dimakan pada waktu sahur dan berbuka kerana khasiat seratnya yang tinggi. Disebabkan kurang mengambil air pada waktu siang dan mengubah waktu makan, ramai yang cenderung untuk alami sembelit.
Serat yang dijumpai dalam kurma ajwa serta kurma lain didapati berkesan untuk melancarkan sistem pencernaan dan membantu usu berfungsi dengan lebih baik.
3. Bersifat Antiradang
Kurma ajwa juga didapati kaya dengan mineral penting iaitu zat magnesium. Kurma ini juga mengandungi zat antiradang tertinggi yang setanding dengan ubat-ubatan seperti ibuprofen dan aspirin.
4. Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis
Salah satu keunikan yang dimiliki oleh kurma ini adalah kandungan gulanya yang hanya terdiri daripada monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi.
Ini menjadikan kurma ajwa sesuai dimakan oleh pesakit diabetis type 2.
5. Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil dan Menyusu
Kurma merupakan antara makanan yang cukup sinonim bagi ibu hamil dan menyusukan anak kerana ia dikatakan mampu membekalkan tenaga.
Sebuah kajian daripada Journal of Environmental & Analytical Toxicology turut mendapat kurma ajwa dapat membantu para ibu meningkatkan penghasilan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada jangkitan dan penyakit.
Padat dengan khasiat zat besi, ia juga merupakan salah satu makanan yang disyrokan kepada para ibu bagi mencegah anemia.
Ia juga sesuai untuk dinikmati setiap hari oleh seisi keluarga, bukan hanya pada bulan Ramadan.
Disebabkan ia mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia, kurma Nabi ini harganya agak mahal berbanding jenis kurma lain.
Jadi, mungkin ada yang tidak berpeluang merasai sendiri kurma ini. Namun, anda tidak perlu risau kerana setiap jenis kurma mengandungi pelbagai khasiat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Sumber : Mufti WP, King Saudi University, Journal of Environmental and Analytical Toxicology, NCBI
Baca Juga : 11 Jenis Kurma Yang Dijual di Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kurma-ajwa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kurma-ajwa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Buah Kurma Kenali Khasiatnya Untuk Kesihatan Anda

Kelebihan Buah Kurma Kenali Khasiatnya Untuk Kesihatan Anda

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 215 hits
Kelebihan Buah Kurma Kenali Khasiatnya untuk Kesihatan AndaBuah kurma yang sering dianggap sebagai makanan sunnah bukan sahaja mempunyai rasa yang manis dan lezat tetapi juga mempunyai pelbagai kelebihan yang menyokong kesihatan tubuh Berik...
Rumah Menteri Di Ikn Disebut Mewah Menpan Rb Justru Lebih Kecil Dibanding Di Jakarta

Rumah Menteri Di Ikn Disebut Mewah Menpan Rb Justru Lebih Kecil Dibanding Di Jakarta

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 181 hits
Azwar Anas menuturkan tanah dan bangunan rumah menteri di IKN lebih kecil dibandingkan yang ada di Jakarta
Jawaban Tegas Mahfud Saat Paslon 03 Disebut Tak Diinginkan Rakyat

Jawaban Tegas Mahfud Saat Paslon 03 Disebut Tak Diinginkan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 72 hits
Jalur hukum melalui MK yang bisa membatalkan hasil pemilu asal ada bukti dan hakim MK berani
Paslon 03 Disebut Tak Diinginkan Rakyat Ini Pembelaan Tpn Ganjar Mahfud

Paslon 03 Disebut Tak Diinginkan Rakyat Ini Pembelaan Tpn Ganjar Mahfud

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 170 hits
Jalur hukum melalui MK yang bisa membatalkan hasil pemilu asal ada bukti dan hakim MK berani
Pertolongan Pertama Jika Disengat Ulat Kucing Yang Disebut Sangat Beracun Dan Mematikan

Pertolongan Pertama Jika Disengat Ulat Kucing Yang Disebut Sangat Beracun Dan Mematikan

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 114 hits
Media sosial tengah dihebohkan dengan kabar ulat kucing Ulat bulu ini disebut sebut sangat beracun dan mematikan
Tak Perlu Stres Anak Tak Pandai Macam Anak Orang Lain Ada Kelebihan Mereka Yang Kita Kena Gilap

Tak Perlu Stres Anak Tak Pandai Macam Anak Orang Lain Ada Kelebihan Mereka Yang Kita Kena Gilap

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 213 hits
Mama dan papa usahlah stres sangat bila anak tidak sepandai anak kawan kawan anda yang lain Anak bukan trofi ibu dan ayah Anak adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya menjadi insan yang berjaya Sikap berjaya yang perlu kita...
Kamboja Togel Online Kelebihan Dan Keamanan Bermain Melalui Situs Resmi

Kamboja Togel Online Kelebihan Dan Keamanan Bermain Melalui Situs Resmi

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 272 hits
Kamboja Togel Online Kelebihan dan Keamanan Bermain Melalui Situs Resmi Halo para pencinta judi togel online di Indonesia Pernahkah Anda mendengar tentang Kamboja Togel Online Jika belum saya akan mengulas tentang kelebihan dan keamanan ber...
Video Respons Presiden Jokowi Pdip Disebut Siap Menjadi Partai Oposisi

Video Respons Presiden Jokowi Pdip Disebut Siap Menjadi Partai Oposisi

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 77 hits
Presiden Jokowi menanggapi kabar Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan siap menjadi oposisi 5 tahun mendatang
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel