Cara Buat Apam Balik Homemade Sedap Dan Mudah
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan? Alhamdulillah, seperti biasa aku sihat sahaja. Mungkin batuk-batuk sikit bila bau rokok sahaja. Hahaš
Okaylah kali ini aku nak kongsikan dengan anda satu resipi mudah yang aku baru sahaja buat dirumah
Kalau aku pergi pasar malam atau bazar ramadhan, pastinya aku akan beli apam balik. Kalau beli untuk keluarga dirumah, aku akan beli banyak. Kalau untuk makan seorang diri aku akan beli saiz kecil.
Alhamdulillah, aku ada dapat bungkusan Ayam Brandā¢ beberapa hari yang lalu dan ada Jagung Manis Ala Krim Ayam Brandā¢ di dalam bungkusan tersebut. Lepas tu aku terus cari resipi paling mudah untuk gunakan produk tersebut dan akhirnya aku jumpa resipi apam balik homemade yang mudah. Bahan-bahannya memang sudah ada dirumah, jadi aku terus membuat apam balik homemade di rumah. (homemade = buat dirumah)

BAHAN-BAHAN

š½1 Biji telurš½1 Cawan gula halusš½1 Cawan airš½1 Sudu teh soda bikarbonateš½1 Sudy tek baking powderš½2 Cawan tepung gandumš½Sedikit esen vanilla - jika suka
BAHAN INTI
š½Jagung manis ala krim Ayam Brandā¢š½Kacang tumbukš½Gula pasir
CARA-CARA

1. Untuk bahagian inti, goreng kacang terlebih dahulu. Goreng sehingga kacang anda sudah betul-betul masak dan baunya sudah naik. Macam aku goreng kacang dalam kuali non-stick. Kacang ni aku beli dikedaisainya terlebih besar. Jadi kena masak lebih lama.

2. Kemudian, blend atau tumbuk kacang tersebut mengikut citarasa anda. Ada yang mahukan saiz kacangnya hancur lumat, ada pulak yang suka kacang yang berbentuk besar. Ikut kesukaan anda ya! Oh, satu lagi sebelum blend, anda kena buang kulit kacang terlebih dahulu persis peribahasa "Seperti kacang lupakan kulit". Kemudian, masukkan Jagung manis ala krim Ayam Brandā¢ ke dalam mangkuk yang lain

3.Okay, untuk bancuhan tepung, pukul telur bersama gula halus sehingga kembang. Kemudian masukkan air. Pukul seketika dan masukkan soda bikarbonate dan baking powder.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika anda suka. Tak letak esen vanilla pun takpa ya

5. Untuk memasak apam, sila gunakan kuali yang senang tanggal, tidak perlukan sebarang minyak. Guna kuali non-stick sebenarnya sangat memudahkan. Nasib baik baru-baru ni aku ada beli satu set kuali non-stick untuk mak aku. Inilah masanya untuk guna

6. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper mengikut saiz yang anda suka. Sekali lagi, untuk saiz, anda boleh mengikut citarasa anda. Kalau anda suka saiz yang besar dan tebal, boleh letak banyak-banyak. Macam aku suka nipis-nipis sahaja

7. Kemudian, letak jagung manis ala krim Ayam Brandā¢, kacang tanah dan gula mengikut tahap kemanisan yang anda suka. Nak letak coklat pun boleh. Ikut suka anda. Kalau tengok di pasar malam, macam-macam perisa ada.
8. Kemudian, biar hingga rangup dan boleh angkat. Ketika memasak, pastikan anda guna api yang kecil sahaja. Ini paling penting, api kecil yang konsisten. Barulah apam dimasak dengan baik
9. Selamat mencuba!

Puas hati bila dapat buat apam balik sendiri. Pertama kali jugak buat. Terima kasih Ayam Brandā¢ sebab hantar bungkusan yang penuh dengan produk Ayam Brandā¢. Kepada anda yang bosan tak tau nak buat apa, bolehlah mencuba resipi ini ya
Sumber : Rasa | Gambar Sendirian Berhad.
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2020/06/cara-buat-apam-balik-homemade-sedap-dan.html