Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas
Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas. Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan resepi yang diperkatakan ini. semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari. Kredit Resepi Mudah..
Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas
Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Ayam Masak Cili Api untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut..
Bahan-bahan
Beberapa ketul ayam
12-18 biji cili api (tambah kalau nak lagi pedas)
1 kotak santan (Ada santan segar lagi sedap)
1 inci kunyit hidup
1 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
Sedikit belacan
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas
Langkah 1
Tumbuk cili api bersama kunyit dan belacan. Kemudian gaulkan bersama ayam hingga sebati.
Langkah 2
Panaskan kuali dengan api kecil dan masukkan ayam yang digaul tadi. Masak ayam sehingga naik bau.
Langkah 3
Kemudian masukkan santan. Tunggu hingga santan mendidih dan pecah minyak.
Langkah 4
Masukkan pula asam gelugur, serai, air dan garam secukup rasa. Biar hingga masak.
Tips Tambahan
# Ada daun kunyit, boleh masukkan juga, dihiris.
Petua orang tua:
Jangan letak bawang supaya masak lemak cili padi tak cepat basi.
Asam keping menghilangkan rasa pahit kunyit, kurangkan pijar pedas cili api.
Tumbuk cili api bersama tangkainya sekali supaya kurang rasa pijar kepada lidah dan tak pedih
semasa buang air.
Resepi Lain > Cara Buat Dan Masak Resipi Kuih Cara Manis
Semoga anda mendapat manfaat dengan resepi yang dikongsikan ini..
The post Cara Buat Dan Masak Resepi Ayam Masak Cili Api Ringkas appeared first on Eresepi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://eresepi.net/2019/11/26/cara-buat-dan-masak-resepi-ayam-masak-cili-api-ringkas/