Cara Buat Appointment Maybank Jangan Berurusan Di Kaunter Maybank Kalau Tidak Buat Janjitemu
Cara Buat Appointment Maybank - Jangan Berurusan di Kaunter Maybank Kalau Tidak Buat Janjitemu || hi there. Nasib baik aku ndak main redah saja datang pergi Maybank, kalau tidak mesti kena suruh balik, sia-sia saja aku datang dari Membakut pigi Maybank Beaufort.
Alkisahnya, dua minggu lepas aku mau berurusan di kaunter Maybank. Aku macam biasalah on the spot ajak mr.Husband "Mari kita pigi Maybank" ...
mr.Husband bagitau jangan berurusan di kaunter Maybank kalau tidak buat janjitemu, kedatangan tidak dilayan dia bilang bah. Penat saja drive jauh2 lepas tu kena halau pulang.
Aku pun Oooooooooooooo dengan panjangnya, lepas tu tarik nafas panjang-panjang dengan muka kehampaan tengok mr.Husband.
Dan untuk buat appointment Maybank, aku ingat kena phone call branch Maybank. Hiks, nampak sangat entah apalah aku ketinggalan sangat ni.
mr.Husband sengih-sengih tinguk aku, lepas tu dia cakap "buat appointment online sajalah".
Laju tangan aku tengok website Maybank mau tahu cara buat appointment Maybank.
Cara Buat Appointment MaybankKamu semua yang mahu berurusan di kaunter Maybank, aku share cara buat appointment Maybank ok.
Sap sap sui saja bah, kamu klik saja link
>>> https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
- isi semua details yang diminta, dan pilih masa dan haribulan yang kamu mahu
- isi negeri, daerah, cawangan yang betul
- jangan lupa isi nama, no. I/C, nombor telefon dan email yang betul
- klik I am not robot , dan klik SUBMIT
Nanti, check email tau. Maybank aku beri confirmation appointment korang di email.
Maybank akan sediakan nombor rujukan juga.
Kalau rasa-rasanya nak batalkan appointment kerana tiba-tiba anda ada urusan lain, anda register sahaja new appointment.
Mudahkan nak buat janjitemu di Maybank, kan?. Klik saja link di atas tu.
Datang 10 Minit Lebih AwalKalau kamu memang confirm akan datang pada tarikh janjitemu tersebut, aku syorkan kamu datang awal.
Sebelum tu,.di depan pintu Maybank, ada pegawai bank yang bertugas di kaunter, hanya perlu bagitau kamu ada appointment di Maybank, sekian sekian haribulan.
Macam kes aku, pegawai yang bertugas hanya tanya nama dan phone number aku, lepas tu dia check kejap dalam list dia dan woha! senang gila aku rasa berurusan seperti ini.
Macam kes aku datang 20 minit awal, aku tunggu kejap di luar. Dan lepas 10 minit sebelum appointment, aku tanya kalau-kalau dah boleh masuk. Alhamdulillah, berjaya buat
Memang senang saja berurusan dengan Maybank. Tak sampai 5 minit pun, giliran aku pun sampai.
Very Alhamdulillah. Urusan sangat dipermudahkan.
Doa Agar Urusan Harian DipermudahkanDah alang-alang cerita pasal Maybank ni, aku selitkan doa paling senang minta Allah SWT permudahkan urusan harian kita semua.
Doa ni cuba amalkan ketika baca doa habis sembahyang Subuh, lepas tu minta agar semua urusan harian dipermudahkan, Insya Allah berjaya.
Allahumma Ya Barik 44XSelepas dari Maybank, aku singgah beli barang dekat Servay. Tidak ramai orang di dalam Servay, pergerakan smooth sahaja.
Lepas ambil semua barang yang aku mahu beli, aku pi kaunter pembayaran. Alhamdulillah, ada satu kaunter tu kosong tiada orang beratur, teruslah aku pi bayar barang-barang dekat kaunter tu. Yeay.
- Jomlah jalan -
Sudah lama Nami tidak ikut mommy jalan-jalan. Jadi kali ini aku bawa Nami sekali. Time pakai kasut, sibuk pula budak Nami ni mau pakai boot merah dia, macam Phua Chu Kang lah dia ni.
Tapi apa-apalah Nami ni. Mommy ikut sahaja. Asalkan Nami tidak merajuk
Lepas beli barang di Servey, dan singgah dua kedai di Membakut, kami pun balik
Dan seperti biasalah, mr.Husband yang drive dan peneman aku ke mana juga aku nak pergi padahal boleh saja aku drive sorang-sorang - dasar aku kan isteri manja, ekeke.
Berbalik dengan cerita kami pergi Maybank tadi 7/9/2021, janganlah lupa untuk berdoa agar dipermudahkan semua urusan
Doa tu aku dengar dalam ceramah Ustazah Asma Harun, jadi start sana aku amalkan selalu. Bukan dalam solat subuh sahaja, bila-bila mau baca pun boleh
Blog Lama Tak Update
Satu lagi mau menyelit cerita, blog aku macam lama pula ndak update padahal banyaknya topik aku mau share
Apalah yang aku sibuk sangat ni
Bermula bulan Ogos tu, aku jadi penulis artikel di Newswav. Sebulan wajib hantar 4 artikel. Dan artikel akan diterbitkan di Newswav Apps dan juga di website Newswav selepas diluluskan oleh pihak editor
Salah satu sebab kenapa aku nak jadi penulis di Newswav ialah kerana aku nak mencuba nasib untuk jadi penulis artikel untuk laman web lain, dan aku nak tetapkan niche padahal tulis apa sahaja topik, tidak semestinya kena ada niche
Aku ada letak link dekat sidebar aku senarai artikel yang aku dah tulis setakat ini di Newswav, jemputlah baca ya
Dan ini artikel paling latest yang aku tulis dekat Newswav
Having Menstrual Pain? Try These Foods To Soothe The Pain And Make You Feel Better
Jemputlah baca
Take care dan stay safe semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2021/09/cara-buat-appointment-maybank-2021.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)